Kemahiran Sosial Dalam Diri Anak – Sebagai insan yang bergelar ibu .. adakalanya Sal risau jugak bila anak anak tak dapat menguasai kemahiran menulis , membaca , mengira apatah lagi berkomunikasi dengan baik . Nak dipaksa kesian tapizaman sekarang semua kena kuasai di peringkat awal .. hurmmm

Kemahiran Sosial dan kemahiran Emosi Penting Dalam Diri Anak

Tapi sebenarnya tanggapan Sal tu salah sebab ada lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh anak anak selain yang Sal nyatakan tadi . Zaman sekarang ni semua kena amik tahu dan luar dari pemikiran kotak .

Menurut satu kajian , sebagai parents kita tak perlu bimbang sekiranya anak anak belum mahir dalam menulis , membaca atau komunikasi di peringkat umur yang tertentu . Apa yang pasti .. kemahiran yang lebih dititikberatkan adalah Kemahiran Sosial dan Kemahiran Emosi .

So setakat ni ade tak korang perhatikan kemahiran sosial dan emosi pada anak anak ? Boleh dikatakan kedua dua kemahiran ini mempengaruhi kejayaan anak anak apabila besar kelak .

Kemahiran Yang Boleh Diajar Kepada Anak – Kemahiran Sosial Dan Emosi Dalam Diri Anak

Jangan risau sekiranya anak anak korang takde kemahiran sosial atau emosi . Sal pada mulanya cuak gak dan bukan bermakna nak tahu emosi anak tu melalui kemarahan yea . Sebagai parents , kemahiran sosial dan emosi boleh diajar dan diterapkan masa anak anak kecil .. biar proses tu berterusan tanpa henti .

Kemahiran Sosial Dalam Diri Anak

3 Cara Terapkan Kemahiran Sosial dan Emosi

1.         Berkomunikasi Dengan Anak – Borak sambil tanya soalan pada anak . Contoh gini …. “Awak nampak macam tak happy harini .. kenapa ya” . Dari sini kita akan tahu tahap perasaan anak dan lama kelamaan anak akan faham apa yang mereka rasa dalam hati (perasaan sebenar mereka ) secara tak langsung .

2.         Faham Perasaan Anak – Seandainya anak mengamuk atau marah , jangan suruh bertenang tapi biarkan seketika agar anak tahu rasa marah . Rasa macam tak logik tapi biar anak faham yang mereka ada perasaan dan lama kelamaan akan wujud kemahiran emosi dalam diri .

3.         Ajar Anak Mimik Muka – Cuba timbulkan reaksi perasaan melalui wajah pada anak anak . Contohnya cuba suruh anak buat muka marah , sedih , suka . Dalam masa yang sama , anak dapat memahami tentang perasaan itu . 

BACA JUGA: Pupuk Minat Anak Rajin Buat Latihan Di Rumah

Sebenarnya kalau diperhati dengan teliti , cara yang Sal share ni membuatkan anak anak akan tahu cara bersosial dengan orang lain . Kerap juga Sal bertanya dengan guru anak anak untuk tahu perkembangan sosial bersama dengan kawan yang lain . Alhamdulillah , maklum balas positf yang Sal dapat .

Dalam kalangan anak anak pun boleh terapkan kemahiran sosial dan emosi . Biarkan anak berborak sesama adik beradik dan macam Sal , Sal akan pasang telinga . Adakalanya lucu jugak bila dengar patah perbualan dan yang salah kita boleh tegur masa tu jugak .

Anak yang mudah berkongsi cerita , mendengar kata , menyelesaikan masalah dan membantu orang lain akan mudah dibentuk perkembangan kemahiran sosial dan  emosi berbanding yang tidak .

Untuk berjaya kelak , terapkanlah kemahiran ini sejak dari kecil dalam diri anak anak ya !!