Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor – Kita sedia maklum tentang tuntutan dan kewajipan menunaikan zakat yang merupakan Rukun Islam kelima . Tapi sekarang ni ada yang ambil ringan dan pandang mudah tentang hukum zakat .

Ambil Tahu Tentang Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor

Terang lagi bersuluh kan tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang ingkar atau ragu akan fardunya maka terkeluarlah dari Islam . Bagi yang berkemampuan , perlu tahu kesenangan yang diperolehi itu bukan hak milik kita sepenuhnya . Disitu wujudnya hak golongan yang kurang berkemampuan seperti golongan fakir dan miskin . Individu muslim (orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib) yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar.

Banyak hikmat bila kita mengeluarkan zakat dan antaranya adalah:

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat

Baru ni kan , Sal terbaca artikel mengenai kempen zakat ke atas keluarga kita yang lebih dikenali sebagai Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor . Dan jujur Sal katakan … Sal baru tahu tentang kempen yang diaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor . Ingat ada zakat pendapatan , simpanan , emas je . Rupanya dalam tak sedar ada kewajipan lain yang mesti dilunaskan .

Lembaga Zakat Selangor sedang memperluaskan kempen Zakat@Family melalui inisiatif dakwah yang lebih dikenali sebagai ‘Zakat Street On Wheels’ . Ianya diperluaskan untuk memupuk kesedaran terutamanya ketua keluarga atau pihak yang terlibat (penjaga atau wali) dalam memastikan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya . Inisiatif Divisyen Kutipan ini juga sedikit  sebanyak meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor !

Firman Allah SWT,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا

 مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾

Maksudnya   : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan(Surah al-Tahrim: 6)

Bagus sebenarnya pendekatan yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor , supaya setiap individu dalam sesebuah keluarga yang beragama Islam di Selangor  dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta dimiliki selaras dengan kewajipan zakat samada kepada harta yang dimiliki atau diwarisi dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf) . Sekaligus dapat  memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran umat Islam di negeri Selangor khususnya dalam menunaikan ibadah zakat dan kewajipan terhadap tanggungan dibawahnya .

Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor
Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor

Usaha murni Lembaga Zakat Selangor seperti ini harus disokong bahkan Sal sendiri cuba memahami dan share dalam kalangan ahli keluarga yang lain . Mulanya macam sukar nak faham , tapi bila baca dan tanya individu yang sepatutnya , Sal dapat memahami tentang zakat Zakat@Family ni sepenuhnya .

BACA JUGA: Jom Bayar Zakat … Dibuka Sepanjang Disember

Contohnya .. anak kita ada wang simpanan di bank sejumlah RM20 000 dan mereka sebenarnya telah layak menunaikan zakat kerana telah melebihi nisab . Mungkin kita sebagai ibubapa/penjaga tak tahu tentang zakat ke atas keluarga atau family dan bila dah tahu maka menjadi kewajipan untuk kita melunaskannya .

Sebagai penjaga kita perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri , pasangan , tanggungan atau individu di bawah jagaan   setelah mengetahui kelayakan dan jumlah pembayaran bagi setiap yang terlibat . Sal kagum dengan usaha Lembaga Zakat Selangor dan diharapkan melalui perkongsian ini dapat mendidik umat Islam lebih memahamiakan Rukun Islam Kelima ini .

Semoga dengan berkembangnya pelaksanaan kempen dan promosi kempen Zakat@Family ini, diharapkan apa yang dirancang menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan halangan .

Untukmaklumat lanjut , korang boleh layari:

Website: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Facebook: ZAKAT SELANGOR