• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Kenapa Bersukan Itu Penting

Kenapa Bersukan Itu Penting

September 6, 2019

Kenapa Bersukan Itu Penting – Korang pernah terfikir tak yang sukan tu penting sebenarnya . Banyak manfaat bila kita bersukan dan ia merupakan aktiviti riadah yang mampu membuatkan kita berpeluh .

Contents

  • Perlu Tahu Kenapa Bersukan Itu Penting
      • BACA JUGA: Tips Elak Muka Dari Jerawat

Perlu Tahu Kenapa Bersukan Itu Penting

Dari sukan sebenarnya dapat melahirkan minda yang cerdas dan tubuh badan yang cergas . Tapi apabila ‘malas’ bermaharajalela .. tu korang kena tepuk dada tanya hati ya !! Meh nak cerita pasal manfaat yang kita akan dapat bila bersukan .

Bersukan atau Sal lebih suka panggil bersenam dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental . Tak tahu la korang nampak atau tidak , di zaman yang serba moden ni kita banyak berfikir dan gunakan tenaga dalaman . Jangan hanya sibuk dengan kerja sampai lupa nak jaga kondisi diri .

Lately ni Sal sendiri cuba disiplinkan diri untuk join mana mana sukan bila berkesempatan . Mujur bos bagi kelonggaran nak follow aktiviti sukan seminggu sekali . Dapatla peluhkan badan . Taula bila dok dalam aircond ni , badan akan rasa lemau semacam .

So jangan kata takde waktu untuk bersukan atau peluhkan badan . Carilah kesesuaian waktu , weekend pun boleh bersama anak anak . Terkadang dengan kesibukan kita mudah terlupa walhal bila bersenam sebenarnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan . Cegah lebih baik , nak kalau penyakit kronik seperti darah tinggi , diabetes .. penyakit jantung .

BACA JUGA: Tips Elak Muka Dari Jerawat

Melalui sukan sebenarnya mampu mengurangkan strees dan ringankan fikiran . Korang kena enjoy .. Sal suka join zumba , senam tari , aerodance .. ala ikut jerentak gaya . Janji berpeluhkan ?

Pengakhirannya , badan sihat … lemak di badan pecah di samping membantu sistem perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan . Bila badan aktif , imuniti badan akan meningkat dan dapat melindungi badan daripada penyakit .

Bila ada masa lapang tu , penuhkan diri korang dengan bersenam . Sal tengok bila kita join sukan ni kan .. dapat eratkan lagi hubungan dengan rakan taulan . Seronok jugak sebab ada antara kawan yang dah lama kita tak jumpa . Time sukan kita bersua !

Sebab tu kalau korang perasan , kat Malaysia ni aktiviti sukan sedikit sebanyak dapat menarik masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik dan menjadi salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kegiatan sukan dapat melahirkan semangat berpasukan !!

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Set Penjagaan Pantang Bersalin Terbaik Spa & MaSet Penjagaan Pantang Bersalin Terbaik Spa & Ma
Persediaan Menghadapi Bulan RamadanPersediaan Menghadapi Bulan Ramadan
Perlu Bijak Dalam Berbelanja
Previous: Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah
Next: Eye Pro Vision Kedai Spek Viral Malaysia

Comments

  1. mekyunie says

    September 9, 2019 at 12:27 pm

    sukan untuk sihat dan juga untuk release stress dan juga mencungkil bakat yang kita ada. senangnya nak tahu inner strength juga. tapi mek not really in sport. huhu

    Reply
  2. Nisa Kay says

    September 9, 2019 at 1:00 pm

    bersenam ni best. bila keluar peluh, rasa ringan sangat badan. kalau regularly bersenam and berpeluh, badan rasa segar and nak bangun pagi pun senang. and i read somewhere working out juga salah satu cara untuk jaga skin supaya healthy glow gitu.

    Reply
  3. Anis Bakar says

    September 9, 2019 at 2:12 pm

    yup betul sekali..bersukan ni aktiviti yang dah lama ditinggalkan sejak beranak pinak. InsyaAllah akan jejak kembali dalam beberapa tahun ni

    Reply
  4. Fadima Mooneira says

    September 9, 2019 at 2:21 pm

    Betul!!!!!!!!!!!!!! I agree infinity percent with you bersukan itu penting. X main games pun, sekurang2 nya buatlah fitness workout, aerobics, cardio, zumba, tabata, pilates ker. It is important for health.

    Reply
  5. adianiez AIDA says

    September 10, 2019 at 7:46 pm

    Minat.
    Sgt penting bersenam.
    Tapi, tu la.
    Da xde masa 🙁
    Dah bwrbulan x jejak stadium tn fatimah.
    Aduhai…
    Bersenam ni boleh release stress.

    Reply
  6. Syamimi says

    September 10, 2019 at 10:40 pm

    Sesekali dapat bersuka memang best kan.. Pastu badan pun rasa ringan je.
    Erm.. Kita ni tak dapat nak bersenam.
    Cuma bila terlalu banyak buat kerja rumah tu anggap macam bersenam juga la.

    Reply
  7. mawardiyunus says

    September 11, 2019 at 2:41 pm

    Bila baca artikel ni terasa lama betul tak bersukan. nampak gaya nak kena mulakan hidup sihat ni. untuk masa depan. haha

    Reply
  8. huda says

    September 17, 2019 at 7:47 am

    bagus perkongsian akak ni. memang bagus sukan ni, dapat eratkan silaturrahim dan cara social secara sihat.

    Reply
  9. Faries says

    September 25, 2019 at 7:17 pm

    Lama rasa dah tak bersukan.Last tinggal masa sekolah menengah.Tu rasa badan makin gemok.hahaha. Nak kena start bersukan balik ni.heheheh

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM