Kenapa Bersukan Itu Penting

In Info & Ilmu

Kenapa Bersukan Itu Penting – Korang pernah terfikir tak yang sukan tu penting sebenarnya . Banyak manfaat bila kita bersukan dan ia merupakan aktiviti riadah yang mampu membuatkan kita berpeluh .

Perlu Tahu Kenapa Bersukan Itu Penting

Dari sukan sebenarnya dapat melahirkan minda yang cerdas dan tubuh badan yang cergas . Tapi apabila ‘malas’ bermaharajalela .. tu korang kena tepuk dada tanya hati ya !! Meh nak cerita pasal manfaat yang kita akan dapat bila bersukan .

Bersukan atau Sal lebih suka panggil bersenam dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental . Tak tahu la korang nampak atau tidak , di zaman yang serba moden ni kita banyak berfikir dan gunakan tenaga dalaman . Jangan hanya sibuk dengan kerja sampai lupa nak jaga kondisi diri .

Lately ni Sal sendiri cuba disiplinkan diri untuk join mana mana sukan bila berkesempatan . Mujur bos bagi kelonggaran nak follow aktiviti sukan seminggu sekali . Dapatla peluhkan badan . Taula bila dok dalam aircond ni , badan akan rasa lemau semacam .

So jangan kata takde waktu untuk bersukan atau peluhkan badan . Carilah kesesuaian waktu , weekend pun boleh bersama anak anak . Terkadang dengan kesibukan kita mudah terlupa walhal bila bersenam sebenarnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan . Cegah lebih baik , nak kalau penyakit kronik seperti darah tinggi , diabetes .. penyakit jantung .

BACA JUGA: Tips Elak Muka Dari Jerawat

Melalui sukan sebenarnya mampu mengurangkan strees dan ringankan fikiran . Korang kena enjoy .. Sal suka join zumba , senam tari , aerodance .. ala ikut jerentak gaya . Janji berpeluhkan ?

Pengakhirannya , badan sihat … lemak di badan pecah di samping membantu sistem perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan . Bila badan aktif , imuniti badan akan meningkat dan dapat melindungi badan daripada penyakit .

Bila ada masa lapang tu , penuhkan diri korang dengan bersenam . Sal tengok bila kita join sukan ni kan .. dapat eratkan lagi hubungan dengan rakan taulan . Seronok jugak sebab ada antara kawan yang dah lama kita tak jumpa . Time sukan kita bersua !

Sebab tu kalau korang perasan , kat Malaysia ni aktiviti sukan sedikit sebanyak dapat menarik masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik dan menjadi salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kegiatan sukan dapat melahirkan semangat berpasukan !!

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

9 commentsOn Kenapa Bersukan Itu Penting

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu