Kalau dulu Sal memang pening sangat bila nak beli minyak zaitun . Tapi sekarang tak lagi dan rasanya korang pun tahu yang Sal memang amalkan minyak zaitun sejak mengandung anak yang pertama . Macam macam brand dah try tapi yang dulu tu memang zero knowledge la tentang minyak zaitun , main beli je . Bila dah jumpa brand yang satu ni … terus consume sampai sekarang . Meh Sal nak story kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil pilihan utama .

Biar Betul … Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Pilihan Utama

Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Pilihan Utama
Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil dah jadi rutin seharian

Bila sembang pasal minyak zaitun ni , masa awal mengandung dulu seriously Sal tak nampak pun kelebihannya . Yelah , nama pun minyak .. mana nak sedapkan untuk dimakan. Rupanya tak rugi kita consume dan jadikan amalan dalam pemakanan seharian . Percayalah !!

Memang terbukti sepanjang mengandung dan waktu bersalin , Syukur Alhamdulillah dipermudahkan urusan . Ni pengalaman Sal sendiri la . Sampai nurse yang selalu Sal jumpa buat rutin check up pun heran sebab bacaan HB cantik . Haaa .. terus sharing apa yang Sal amalkan termasuk minyak zaitun . Masa bersalin pun sama , pada ibu yang tengah preggy tu Sal sarankan korang cuba consume minyak zaitun  Al’Ard Extra Virgin Olive Oil sebab kalau tak cuba .. korang tak kan tahu khasiat dan keberkesanannya !

Hakikatnya memang tak sedap tapi antara khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil yang korang kena tahu dan jadi pilihan Sal seisi keluarga:

  • Hasil dari ladang zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine
  • Minyak zaitun diproses dan dibotolkan mengikut ‘Standard & Piawaian International Olive Oil Council’
  • Buah zaitun dari pokok tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine
  • Menghasilkan minyak dengan kandungan khasiat antioksidan yang lebih tinggi
  • Minyak zaitun extra virgin adalah dari perahan pertama – cold pressed
  • Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade
  • Pilihan buah zaitun terbaik dan diproses pada hari yang sama
  • Minyak zaitun terbaik awal musim atau “EARLY HARVEST”
  • Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri
  • Kandungan Acidity rendah kurang dari 0.5%

Nampak Awet Muda Bila Consume Minyak Zaitun

Pernah satu ketika Sal terjumpa senior di tempat keja yang sentiasa nampak muda . Lama dah Sal nak bertanya tips . Yelah , bila kita tengok seseorang tu sentiasa bertenaga dan awet muda – terutamanya perempuan .. sure nak mintak tipskan ?

Rupanya salah satu amalan beliau adalah amalkan minyak zaitun di awal pagi (masa perut kosong) setiap hari . Dan sejak dari tu , Sal memang amalkan setiap hari . Hasilnya memang baik untuk pelawasan dan badan jadi ringan . Kalau tak sebelum asyik lesu .. mengantuk !

Dari hasil pembacaan Sal jugak , minyak zaitun berupaya membantu dari dalaman tubuh badan kita seperti mencegah penyakit jantung , strok , diabetes , mengawal kesan radang dan mengawal kadar kolesterol dalam darah . Tambah bila pengambilan minyak zaitun yang konsisten secara tak langsung dapat mengawal glukos dalam darah terutamanya kepada pesakit diabetes.

Amalan mengambil minyak zaitun dapat mengurangkan risiko barah, mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda tau . Tu sebab Sal kata tadi tak rugi consume minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil .

Aduhhh , lupa nak inform kenapa Sal pilih minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil ni . Kalau korang nak tahu , minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas :

  1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
  2. Virgin Olive Oil (VOO)
  3. Light
  4. Extra Light
  5. Pomace
BACA LANJUT: Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan
pilihan habbatus sauda yang mudah di tangan anda !!

Perbezaan paling ketara adalah bagaimana ianya diproses dan kandungan khasiatnya . Jenis mana yang hendak dipilih ..  tu bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu . Macam Sal sendiri , Sal pilih pengambilan secara rutin untuk tujuan kesihatan dan sebab tu pilih minyak zaitun yang mempunyai kesan dan khasiat yang maksimum . So minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil memang pilihan yang paling baik .

Resepi Ringkas Perut Kenyang Bersama minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil dan Premium Palestinian Za’atar Blend (thyme)

Rasa macam susah nak telan , tapi tu waktu mula je . Kalau dah rutin setiap hari .. pejam mata terus telan . Fikir demi kesihatan dan kecantikan je .. hehehe

Meh nak share sikit simple resepi bila perut dah terlalu lapar dan mintak diisi dengan segera .. Kadang tu balik keja , kes kat opis tak sempat nak makan haaa kat sini la minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Sal mainkan peranan . Bukan tu je tau , ada something yang Sal add on lagi .. yakni Premium Palestinian Za’atar Blend (thyme) .

resepi ringkas dan sedap !! Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Pilihan Utama

Ni resepi paling simple , kenyang dan sedap okey !

Sebelum bakar roti tu , korang oles/sapu minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil atas roti . Lepas bakar , korang tabur Premium Palestinian Za’atar Blend atas roti tu masa tengah panas . Atau sebelum bakar tadi korang tabur pun boleh jugak . Lagi mengancam makan lepas bakar . Kandungan campuran thyme Palestin ni pada Sal macam herba .. gabungan kualiti tertinggi dari unsur bijan, minyak, garam herba thyme, dan sumac . Makan waktu roti bakar tu tengah panas panas … seriously best !! Anak anak Sal semua suka termasuk Kaisar yang umur setahun lebih

Rasa kenyang dan untuk breastfeed mom , Sal perasan bila consume Premium Palestinian Za’atar Blend ni .. berupaya memperbanyakkan susu badan . Maybe sebab kandungan herba kan . Kemain anak Sal menyusu dengan jayanya .. hahaha . Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan produk kesihatan yang sangat bermanfaat .

Berjaya Buat Anak Consume Habbatus Sauda  

Black Seed Paste Al'Ard
Sal masukkan Black Seed Paste dalam ice cream … mudah sebab dia dah cair gitu

Last sekali , kalau sebelum ni anak anak cukup susah nak consume produk yang berasaskan habbatus sauda , tapi sekarang Sal dah ada jalan penyelesaian . Bukan susah pun sebab Sal hanya gunakan tiga bahan yang sangat ringkas .

Korang hanya perlukan :

  • Aiskrim Perisa Vanila
  • Serbuk Orea
  • Black Seed Paste (Habbatus Sauda)
boleh letak dalam masakan tau … sebab yang ni jenis lembut sikit

Terus anak anak suka … korang try la ya !!

Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Pilihan Utama
Suka betul tengok Khilfi makan .. bila tanya ada rasa lain tak ice cream..dia jawab , sedap bu !!

Rasanya dah panjang lebar Sal story pasal minyak zaitun .. so korang jangan pening tau . Jangan tersalah beli yang rosak atau kurang khasiat . Jangan kata tak tahu mana nak cari yang betul sebab korang boleh beli Premium Organik Extra Virgin Olive Oil Al-Ard Palestin , Premium Palestinian Za’atar Blend (thyme) dan Black Seed Paste (Habbatus Sauda) sekaligus di sini :

Nak beli produk Al’ Ard , korang boleh hubungi nombor ni :

013 747 6570 
Website http://www.alard.my
Facebook: Al Ard Malaysia 
Instagram @alardmalaysia