• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika

Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika

September 21, 2017

Assalamualaikum Sahabat !!

Contents

  • Antara Blog dan Impian , Mana Lebih Penting .. Mood Update Blog Terhenti Seketika
  • Kembali Aktifkan Diri Ber’Bloging

Terpaksa bersiaran petang sebab ada permasalahan yang tak dapat dielakkan berlaku pagi tadi . Nasib baik mood ber’blogging masih ada . hehehe .. kenapa ek Sal kata gitu , sebab sebelum ni memang tak sempat langsung nak sentuh . Bukan tak nak .. bila kita dah terbiasa update entri , agak janggal bila tak buat . Rasa kosong sesangat . Tapi , apakan daya , ada sesuatu yang lebih mustahak perlu diutamakan  dan Sal nak share Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika …

Dan kini , rasa tenang setenangnya nak kembali ‘ meluahkan rasa hati ‘ di blog kesayangan Sal . Giler tak sayang .. punyala bertahun buat ..dan beberapa kali jugak la tukar nama blog .. huhuhu . Kalah retis kan ! ialahhh … bukan senang nak cipta identiti sendiri . Syukur sangat sebab Sal dikelilingi dengan rakanrakan blogger dari ‘Kelab Blogger Ben Ashaari ‘ a.k.a #KBBA9 yang hebat dan tak pernah lokek ilmu nak share tips ! Bagi semangat ! nak nangis rasa …. R . I . N . D . U !! Pada yang terbaca , mungkin akan faham .

Antara Blog dan Impian , Mana Lebih Penting .. Mood Update Blog Terhenti Seketika

Demi melunaskan cita cita , Sal korbankan seketika masa untuk blog . Undur diri kejap dari mengaktifkan diri dari aktiviti kelab . Sal inform secara baik dengan ‘ big bos ‘ KBBA9 . Idak le blah gitu je kan . Tak baik buat gitu , better terus terang . Explain !! Bila hati dah tenang , Sal concentrate dengan study . Bukan gi mana pun , cuma sambung study . Bila sambung belajar part time ni … sambil kerja , adoiiii agak giler la jugak ! Mana dengan family lagi . Uruskan anak anak . Sangat mencabar tapi dah ‘ alang alang menyeluk pekasam ‘ . Redah jugak laaaa

Dan bak kata pepatah ‘ yang pahit akan manis jua akhirnya ‘. Berkat kesabaran dan kecekalan , dari anak 2 sampai 4 . Tamat jugaklah study Sal . Syukur Ya Allah . Ada jugak timbul perasaan nak ‘ menyerah ‘ tetengah semester tu . Rasa takleh dah nak teruskan … seriously !! Mana dengan LIMA’17 lagi  . Time tu program keje melambak lambak . Supervisor dah ‘ push ‘ suh settle kan project paper . Allahu Rabbi . Macam kepala ni dah kena lenyek dengan batu besar !!

Andai tiada kesabaran .. sokongan buddy course .. Mr Hubby .. pastu kenangkan anak anak .. lama dah ‘terbengkalai’ . Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan . Dan Sal berbalik pada yang SATU . Dalam apa jua yang kita lakukan , jangan sesekali kita lupakan DIA . Tak kira waktu sekalipun . SENANG . SUSAH !

Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika
Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya…Istiqamah dan Tawakal

Kembali Aktifkan Diri Ber’Bloging

Bila semua urusan study settle , Sal mula mencari ilmu dalam bidang blog pulak , yelah .. dunia blogging ni luas so kita kena pandai ‘cari jalan’ dan jangan sesekali tersilap langkah ya !! Makanya terjawabla sudah kenapa mood update blog terhenti seketika …

Info & Ilmu, My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Kini Raya Berempat
Sama Sekali Tak Berkecil Hati
Traffic Jam Sana Sini
Previous: Jus Asam Kunyit Madu … Cantik Dalaman dan Luaran
Next: ‘Scam Macau’ Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif

Comments

  1. YB Shehan says

    September 22, 2017 at 2:02 pm

    good luck kak. kita leh handle fmly yg mencabar.. apalah sgt studi kan? hikhik. motivasi tu hehehhe. sy x rajin cm akk. otak karat dah

    Reply
  2. jida says

    September 22, 2017 at 3:19 pm

    tahniah untuk kejayaan sis. memang kagum sangat bila wanita yang bekerjaya sambung study, dengan nak menguruskan anak2 dan rumah tangga lgi.. tak semua mampu…

    Reply
  3. Neeza says

    September 23, 2017 at 11:13 am

    nanti saya semester 6 nanti sama macam sis juga.. time tu lah intern time tu lah kena submit finale thesis huhu.. memang sekarang nak puas-puas blogging sebelum berehat lama nanti, hehe.. chaiyook sis! you can do it

    Reply
  4. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    September 23, 2017 at 12:34 pm

    Semoga berjaya. Terkadang memang tak ter’catch-up’ juga nak update blog dengan perlbagai lagi kerjaya yang perlukan komitmen penuh kan

    Reply
  5. lisak says

    September 23, 2017 at 1:06 pm

    slow slow je kak . buat mana yang perlu diutamakan dulu … semoga berjaya dengan family ,kerjaya dan study akak , ehh skemanya ayat. haha tpi ikhlas dr dalam hati

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM