Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika

In Info & Ilmu, My Story

Assalamualaikum Sahabat !!

Terpaksa bersiaran petang sebab ada permasalahan yang tak dapat dielakkan berlaku pagi tadi . Nasib baik mood ber’blogging masih ada . hehehe .. kenapa ek Sal kata gitu , sebab sebelum ni memang tak sempat langsung nak sentuh . Bukan tak nak .. bila kita dah terbiasa update entri , agak janggal bila tak buat . Rasa kosong sesangat . Tapi , apakan daya , ada sesuatu yang lebih mustahak perlu diutamakan  dan Sal nak share Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika …

Dan kini , rasa tenang setenangnya nak kembali ‘ meluahkan rasa hati ‘ di blog kesayangan Sal . Giler tak sayang .. punyala bertahun buat ..dan beberapa kali jugak la tukar nama blog .. huhuhu . Kalah retis kan ! ialahhh … bukan senang nak cipta identiti sendiri . Syukur sangat sebab Sal dikelilingi dengan rakanrakan blogger dari ‘Kelab Blogger Ben Ashaari ‘ a.k.a #KBBA9 yang hebat dan tak pernah lokek ilmu nak share tips ! Bagi semangat ! nak nangis rasa …. R . I . N . D . U !! Pada yang terbaca , mungkin akan faham .

Antara Blog dan Impian , Mana Lebih Penting .. Mood Update Blog Terhenti Seketika

Demi melunaskan cita cita , Sal korbankan seketika masa untuk blog . Undur diri kejap dari mengaktifkan diri dari aktiviti kelab . Sal inform secara baik dengan ‘ big bos ‘ KBBA9 . Idak le blah gitu je kan . Tak baik buat gitu , better terus terang . Explain !! Bila hati dah tenang , Sal concentrate dengan study . Bukan gi mana pun , cuma sambung study . Bila sambung belajar part time ni … sambil kerja , adoiiii agak giler la jugak ! Mana dengan family lagi . Uruskan anak anak . Sangat mencabar tapi dah ‘ alang alang menyeluk pekasam ‘ . Redah jugak laaaa

Dan bak kata pepatah ‘ yang pahit akan manis jua akhirnya ‘. Berkat kesabaran dan kecekalan , dari anak 2 sampai 4 . Tamat jugaklah study Sal . Syukur Ya Allah . Ada jugak timbul perasaan nak ‘ menyerah ‘ tetengah semester tu . Rasa takleh dah nak teruskan … seriously !! Mana dengan LIMA’17 lagi  . Time tu program keje melambak lambak . Supervisor dah ‘ push ‘ suh settle kan project paper . Allahu Rabbi . Macam kepala ni dah kena lenyek dengan batu besar !!

Andai tiada kesabaran .. sokongan buddy course .. Mr Hubby .. pastu kenangkan anak anak .. lama dah ‘terbengkalai’ . Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan . Dan Sal berbalik pada yang SATU . Dalam apa jua yang kita lakukan , jangan sesekali kita lupakan DIA . Tak kira waktu sekalipun . SENANG . SUSAH !

Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika
Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya…Istiqamah dan Tawakal

Kembali Aktifkan Diri Ber’Bloging

Bila semua urusan study settle , Sal mula mencari ilmu dalam bidang blog pulak , yelah .. dunia blogging ni luas so kita kena pandai ‘cari jalan’ dan jangan sesekali tersilap langkah ya !! Makanya terjawabla sudah kenapa mood update blog terhenti seketika …

You may also read!

Badan Lebih Sihat Dengan Vitamin C+ Shine 1000mg Produk Kitsui

Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam

Read More...
Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan

Read More...
Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...

5 commentsOn Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika

  • good luck kak. kita leh handle fmly yg mencabar.. apalah sgt studi kan? hikhik. motivasi tu hehehhe. sy x rajin cm akk. otak karat dah

  • tahniah untuk kejayaan sis. memang kagum sangat bila wanita yang bekerjaya sambung study, dengan nak menguruskan anak2 dan rumah tangga lgi.. tak semua mampu…

  • nanti saya semester 6 nanti sama macam sis juga.. time tu lah intern time tu lah kena submit finale thesis huhu.. memang sekarang nak puas-puas blogging sebelum berehat lama nanti, hehe.. chaiyook sis! you can do it

  • Semoga berjaya. Terkadang memang tak ter’catch-up’ juga nak update blog dengan perlbagai lagi kerjaya yang perlukan komitmen penuh kan

  • slow slow je kak . buat mana yang perlu diutamakan dulu … semoga berjaya dengan family ,kerjaya dan study akak , ehh skemanya ayat. haha tpi ikhlas dr dalam hati

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu