Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical

In Info & Ilmu
Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical
pilih…pilih !! banyak yang berkenan ni . Berkualiti dan bukan FAKE yea

Sebelum ni susah betul hati sebab setiap kali nak buat cermin mata , dok mikir kedai mana la nak gi buat . Memang betul , kedai melambak tapi nak cari yang betul betul berkualiti dan bagi perkhidmatan yang superb tu payah gak . Bukan apa , pernah terkena buat cermin mata sampai beratus ratus tapi kualiti out . Hurrmmm .. meh nak citer kenapa pilih cermin mata Eyes Vision Optical yang akhirnya dimiliki .

Sebelum berkira nak ke Sungei Wang Plaza , dan sebenarnya lama dah terniat nak ke sana sebab spek yang sedap pakai dah terpatah . Penangan tersalah letak . Sal ni kadang minah cicir dan agak ganas la sikit . Korang tau la spek ni kena jaga dengan teliti . Tapi pernah gak terfikir .. ade ke frame cermin mata yang tahan lasak kiranya yang kalau terduduk ke , terpijak sikit tak patah ??

Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical – Berbaloi Melampau Sangat Ni

Ade la satu hari tu Sal terbaca post di Instagram Ben Ashaari tentang spek mata yang dia buat kat satu kedai area Sungei (Sg) Wang Plaza . Nampak cam menarik tapi Sal tak pulak tanya berapa harga . Kadang pada Sal biar la kita ni ‘menang membeli’ . Memang dari dulu lagi dok berpegang pada pepatah ni .

Sepantas kilat terus ajak Mr Hubby ke Eyes Vision Optical . Takut lewat kang kedai tutup sebab sepanjang tempoh PKPP ni rata rata kedai memang tutup awal . So Sal decide lepas Asar ke Sg Wang Plaza .

Sampai sana alhamdulillah , cukup selesa untuk membuat urusan . Segala SOP bagi langkah pencegahan COVID-19 dipatuhi . Kalau korang pegi dun worry la . Penjarakan sosial/fizikal semua ada , tak perlu risau .

Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical
Pematuhan SOP sebagai langkah pencegahan pandemik COVID-19 diamalkan -Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical

Dan Sal macam biasa la , bila dah sampai kedai tetiba cam lupa diri sebab dok ralit nak pilih frame yang ada . Korang nanti jangan pening pening tau . Just bagitau nak spek yang bentuk macam mana pada staf kedai .

Perkhidmatan Eyes Vision Optical Memang Terbaik

Perkhidmatan Eyes Vision Optical Memang Terbaik
Korang tengok spek … boleh lentur gitu , tahan lasak

Sal pulak memang time tu tengah mencari spek untuk pakai harian dan untuk melasak . Jadinya Mr Jun , bos Eyes Vision Optical akan terus carikan spek yang memenuhi kehendak dan keinginan di hati . Dia amat berpengalaman tau dan confirm akan suggestkan korang spek paling terbaik dan sesuai untuk muka . Pakai spek pun nak jugak nampak cantik !!

Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical
Banyak betul pilihan … rambang mata terus

Sambil pilih pilih spek tu , korang akan dipanggil untuk check power mata guna mesin khas . Bukan takat tu je , mata korang akan di test guna kanta manual . Mata tu akan di test sampai rasa selesa dan nampak setiap butir abjad yang terpapar pada skrin hadapan korang . So time ni buat bebetul ok , bukan apa takut bacaan power mata lari dan akan rasa kurang selesa bila spek siap .

Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical
Mata korang akan di test dengan teliti supaya cermin mata rasa selesa bila pakai

Tak Rugi Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical Sebab …

Yang bestnya kan , bukan tujuan nak promote semata ni tau tapi spek yang korang akan dapat tu siap dengan lens Alpha (menyekat sinar biru dari skrin gajet/komputer) ..anti silau  … boleh tukar gelap bila dok bawah terik cahaya matahari dan yang penting , kalau terkepak atau terduduk pun confirm tak patah (very strong frame) .

Tak Rugi Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical
Fuhhh .. takut gak nak kepak spek sendiri ..hehehe

Tak lama pun korang nak tunggu cermin mata siap , dalam sejam atau 30 minit dah siap . Seandainya tak ramai yang datang kedai , cepat je siap sambal korang borak borak atau cuci mata tengok sunglasses pulak .

Jangan tak percaya ok , Sal siap belanja Mr Hubby sunglasses tau . Sesekali kita hadiahkan untuk cinta hati yang sanggup melayan kerenah kita ni apa salahnya kan  . Korang jangan la dok risau part harga , kita deal sampai jadi .

Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical
haaa … ni untuk yang tersayang Mr Hubby . Murah je ni…tak caye terjah Eyes Vision Optical !!
BACA JUGA: Penjagaan Mata Elak Rabun

Jangan dek sebab dok fikir harga sampai menghalang niat korang nak buat spek mata . Try dulu dengan Eyes Vision Optical . Sal ada jugak recommend pada kengkawan kerja untuk try dulu . Alhamdulillah , rata rata yang Sal recommend dah pun buat terus spek dan ada yang buat untuk parents & anak anak . So , benda baik better kita sharing kan !

Nah maklumat lanjut tuk korang ….

Kedai dibuka setiap Isnin-Ahad (termasuk cuti umum) dari jam 11.00 pagi – 7.00 malam sepanjang tempoh PKPP
EYES VISION OPTICAL, G FLOOR, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.
Landmark: Next to Public Toilet
Atau boleh hubungi:
Mr Jun +6016 363 6464

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

16 commentsOn Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu