Alhamdulillah…kesyukuran saya panjatkan kepada Yang MAHA ESA kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya melapangkan sedikit masa untuk majlis Tahlil serta Kesyukuran sempena UlangTahun yang pertama My Lil Khalish…kepada yang sudi hadir..jutaan terima kasih saya ucapkan…dan yang memberikan cenderahati buat My Lil Khalish…terima kasih sekali lagi diucapkan..semoga dimurahkan rezeki senantiasa dan dilimpahi seribu Rahmat olehNYA..andai ada cacat cela yang berlaku sepanjang majlis berlangsung..maaf dipinta..sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri saya dan yang indah itu adalah dari DIA Yang SATU..
Tak menang nak layan semua tetamu tetapi yang hadir…Alhamdulillah..My Lil Khalish pandai bawak diri..heehee..ibu ucapkan terima kasih ye sayang ibu…macam tau je ibu banyak keja..papa pun tak dapat nak layan Khalish tapi bukan bermakna tak tengok langsung cuma kadang-kadang ibu terleka bila dah jumpa tetamu..
Ramai kawan-kawan Khalish datang semalam..Khalish pun happy sampai suruh tido pun tak nak..ibu paksa gak Khalish menyusu…tapi bila dengar je suara kawan-kawan menjerit kat luar…tu dia…tak tentu arah nak bingkas bangun…seronok agaknya ramai kawan..dah petang sikit baru la Khalish merengek nak cari bantal..senang betul nak tido..kepenatan agaknya..
Alhamdulillah..Khalish dah mencecah 1 tahun..ibu n papa sentiasa doakan agar anak ibu dikurniakan kesihatan rohani dan jasmani…dibesarkan dengan penuh kasih sayang..didekati dengan sifat Mahmudah..dijauhi Mazmumah..
Semoga impian ibu untuk memperjuangkan misi penyusuan dipermudahkan olehNYA..Insyaallah..amin..
![]() |
Cup Cakes sponsor by Auncle A & Auntie L |
![]() |
Majlis Bacaan Yassin |
![]() |
Birthday Boy |
![]() |
Ni Khalish punya |
Leave a Reply