Semalam me berkesempatan menghadiri kursus Perundangan Kekeluargaan…Alhamdulillah pelbagai input yang me perolehi terutamanya dari segi HAK SUAMI ISTERI DALAM RUMAHTANGGA ISLAM..uishhh..macam kursus nikah bunyinyer..tapi ni kira refresh la balik..banyak kisah rumahtangga yang berlaku rupanya diluar sana dan tanpa kita sedari ada yang diluar jangkaan…
Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Datin Noor Aziah Haji Mohd Awal…Pensyarah dari Fakulti Undang-undang UKM…
Terpesona betul me dengan penyampaian beliau yang bersahaja…adakalanya brutal sikit..serius tak mengantuk dibuatnyer..memang tak rugi menghadirkan diri kursus camni…bila balik rumah..terus me kongsikan bersama Mr Hubby..terhangguk-hanggukla dia melayan me berborak…
Banyak yang me nak kongsikan bersama para isteri diluar sana tapi bab yang paling me tak boleh lupa bila ada pendapat dari kitab al-Majmuk yang telah dipetik iaitu:
“tidak wajib ke atas perempuan berkhidmat kepada suami seperti membuat roti, menumbuk gandum dan lain-lain…kerana akad nikah ke atas suami bagi perempuan tujuannya adalah bersuka-sukaan, tidak wajib ke atas perempuan selain dari itu, menjalankan kerja-kerja seperti memasak dan sebagainya..”
Cuma lumrahnya kehidupan seharian kita..bila mengikut adat…tambahan dikelilingi oleh orang-orang lama terutamanya para mak kita dan mertua..semua keperluan suami perlu disediakan dan dilengkapi…isu penat dan letih kena tolak tepi..tambahan hal-ehwal anak pun para ibu jugak yaang sering ‘ditelunjukkan’..tapi demi anak…ibu takkan pernah mengeluh..hatta sekali jemu melayan kerenah anak…
Hakikatnya…apabila berlaku isu jodoh tak panjang…hak penjagaan khazanah anak lebih berpihak kepada bapa sebenarnya…itu yang membuatkan me berfikir bukan sekali tapi berkali-kali…betapa laranya hati seorang ibu sekiranya anak dipisahkan darinya..dan DIA Maha Adil…sebab tu nafkah anak wajib diberi oleh para bapa..besar sebenarnya tanggungjawab yang digalas oleh para bapa…bukan sahaja sebagai pemimpin keluarga..malahan terhadap anak sehinggalah bagi yang berkahwin bagi anak gadisnya..
Kepada para isteri…kita sebenarnya cukup mudah untuk memperolehi pahala…Sabda Rasulullah SAW:
– Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah baik daripada berpuasa setahun
– Makanan yang disediakan oleh isteri untuk suaminya lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah
-Mandi junub si isteri disebabkan jimak dengan suaminya lebih baik daripada mengerjakan 1000 kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin
-wallahualam-
Leave a Reply