• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Kesan Buruk Tengok Gajet Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu

Kesan Buruk Tengok Gajet Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu

May 26, 2021

Assalamualaikum dan Salam Syawal 1442H . Harap korang semua berada dalam keadaan sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau lebih dikenali sebagai PKP 3.0 ni ya . – Kesan buruk tengok gajet dalam gelap , OPTOM Eyecare Bangi sedia bantu .

Again !! Kita kembali dalam suasana PKP seperti yang pernah kita hadap dulu . Nak tak nak .. kita perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan sebab sekarang ni kita merupakan sebahagian daripada frontliners .

Kita jaga kita jangan lupa dan sepanjang tempoh PKP 3.0 ni jugak .. jangan la asyik tengok atau layan gajet je ya ! Pantau anak anak sekali sebab musim PdPR kembali .

Kesan Buruk Tengok Gajet  Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu
Elakkan anak daripada menggunakan gajet di tempat yang gelap

Kesan Gajet Menyebabkan Mata Cepat Rosak – Kesan Buruk Tengok Gajet Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu

Sejujurnya la kan , Sal cukup takut bila PKP dilaksanakan sebab anak anak akan belajar di rumah menerusi atas talian atau online . Sal pulak sebagai ibu yang berkerjaya perlu tinggalkan anak anak sepanjang tempoh PdPR . Hati ni sebenarnya tak sedap jugak sebab menerusi gajet , banyak info yang boleh di explore . Yelah , kita tak nampak dan Sal kerap jugak pesan dengan anak anak supaya fokus dengan kelas .

Kesan Buruk Tengok Gajet  Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu
Sepanjang tempoh PdPR , anak akan sentiasa mengadap komputer yang boleh mengganggu kesihatan mata

Kena selalu remindkan anak anak yang gajet seperti komputer , laptop , handphone , tablet dan seangkatan dengannya bukan ‘kawan karib’ setiap hari . Aktiviti luar lain seperti berbasikal , joging dan yang tak langgar SOP perlu ditekankan jugak . Kalau tak takut juga ‘addict’ dengan gajet .

Bukan Sal menidakkan kehadiran penggunaan teknologi zaman yang serba canggih ni tapi adakalanya kita perlu jugak memikirkan kesan terhadap pembesaran anak anak . Tambah Sal bekerja , masa nak pantau penggunaan gajet bersama anak anak amat terhad .

Kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu , nak beli gajet pun kurang berkemampuan dek sebab harganya yang mahal . Tapi sekarang , gajet tu dan macam benda ‘wajib’ ada dalam setiap rumah . Kalau tak ada .. peratusan anak anak akan ketinggalan dalam pembelajaran amat tinggi pulak .

Dalam masa yang sama , Sal tetap mencari gali info tentang kesan penggunaan gajet terhadap mata anak anak . Rasanya korang pun dah cukup arif .. just nak refresh kejap :

Penglihatan Kabur : Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda

Mata Kering : Apabila mata melihat gajet pada jarak dekat, daya tumpuan terhadap bahan bacaan melalui skrin akan meningkat. Seterusnya akan mengurangkan kadar kelipan mata iaitu daripada 15 kali seminit kepada 5 kali seminit

Peningkatan Myopia (Rabun Jauh) : Penggunaan gajet secara berlebihan akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang lama. Ini juga akan menyebabkan pemanjangan bebola mata berlaku dan menyumbang kepada peningkatan kuasa rabun jauh terhadap anak-anak

Kesan Buruk Tengok Gajet  Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu
Bahaya kesan gajet terhadap mata anak-anak

Nak elak dari tak guna langsung memang sukar .. sedangkan cara kita berkomunikasi sekarang pun melalui WhatsApp , tambah dengan situasi pandemik yang semakin membimbangkan .. mesyuarat pun diadakan dengan kaedah Google Meet . Bagi golongan dewasa oklah tapi still kena ada limitasi .

Walaupun keberadaan gajet yang sebenarnya memberi kebaikan tetapi tetap akan mendatangkan kemudaratan kepada kesan buruk terhadap penglihatan anak anak yang baru nak membesar kan ?

Pendedahan Jangka Panjang Terhadap Cahaya Biru Dari Skrin Gajet

Sal nak tanya sikit , sebelum tidur kan korang tengok tak fone ? Dalam keadaan bilik yang dah gelap . Rasanya sure ramai kan dan Sal pun ngaku gak . Pernah terlintas di fikiran korang tak sama ada mata tu akan rosak atau tidak bila kita tengok gajet dalam gelap .

Meh kita dengar kejap jawapan oleh Encik Lokman iaitu Optometris dari OPTOM Eyecare berkenaan membaca dalam gelap boleh meroasakkan mata :

Haa … dapat pencerahan tak ? Ni pun peringatan untuk diri Sal jugak  . Nasibla ada geng Blogger KBBA9 yang dah try perkhidmatan check mata secara details di OPTOM Eyecare . Mulanya Sal ingat kan yang OPTOM ni kedai spek mata yang biasa . Tengok dari luar macam kedai spek biasa , rupanya sungguh luar biasa .

Sebab apa Sal kata gitu ? Sebab di OPTOM ni ada mesin check mata yang akan check keadaan mata kita secara keseluruhan dan lebih mendalam . Nak lebih clear lagi .. kat sini je ada empat jenis mesin untuk check mata korang , mesin yang paling jarang ada kat kedai spek biasa ialah MESIN DIAGNOSTIC dan MESIN SLIT LAMP. Haaaa .. nama pun dah rasa cam teknologi sangat !! Bukan just tengok tinggi power rabun atau silau je .

OPTOM Eyecare Bangi
Pemeriksaan mata dilakukan secara details di OPTOM Eyecare Bangi

Part ni Sal suka , lepas PKP 3.0 dan boleh rentas Daerah memang Sal nak pecut bawak anak anak check mata . OPTOM Eyecare ni lebih kepada perkhidmatan klinikal . Ramai gak geng Sal yang dah pegi sangat berpuas hati dan recommended Sal ke sini untuk tengok condition mata . Korang boleh baca pengalaman dari UmmiNani , Qaseh dan MohazSue yang dah jejak kaki dan rasa sendiri perkhidmatan tim OPTOM Eyecare .

Bila pakai spek ni sebenarnya bukan untuk suka suka sebab kalau boleh buat pemeriksaan secara details dan pakai spek yang bersesuaian dengan tahap kesihatan mata kita . Jangan lepas buat spek .. rasa tak sesuai la , kepala sakit , pening , objek nampak kabur . Duit dah labur .. sekali tengok power tak ngam dengan mata … hurrmmm . Dah nak kena buat balik . Membazir !!

Pada Sal , untuk kepuasan hati memang Sal sanggup keluar duit untuk buat pemeriksaan mata untuk anak anak . Kadang dalam diam kita tak tahu yang penggunaan gajet ni menyumbang kemudaratan kepada kesihatan . Risau sangat Sal sebab kemudaratan tu termasuklah menyebabkan retina mata rosak  , meningkatkan risiko kemurungan , mempengaruhi otak , tingkat risiko kanser kesan dari radiasi elektromagnetik dan mata jadi tegang .

Situasi Sebenar di OPTIMO Eyecare – Kesan Buruk Tengok Gajet Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu

Sal tertarik nak mintak korang baca perkongsian oleh Tim OPTOM Eyecare dimana seorang wanita dalam usia 40-an hadir untuk buat pemeriksaan mata . Dalam lingkungan usia ni jarang sebenarnya berlaku peningkatan power yang mendadak . Melainkan sekiranya terdapat faktor penyumbang lain seperti cara kerja . Meh baca jap

…………………………….

Kes 1 : “Saya selesa dengan power cermin mata lama, masalahnya cermin mata saya dah terlalu uzur dan mata saya tak selesa dengan power baru..”

“Begini Puan, biar saya jelaskan. Cermin mata lama yang Puan gunakan, dah tak mampu nak bantu kerjasama di antara fungsi-fungsi sokongan yang ada dalam sistem penglihatan..”

“Maksud Tuan..?”

“Jika banyak tumpuan diberikan kepada komponen yang terganggu tadi, maka lebih banyak tenaga yang perlu dikerahkan untuk memastikan sistem penglihatan Puan berfungsi seperti sediakala.

Apabila keadaan ini berpanjangan, akan ada komponen yang menunjukan tindak balas. Salah satu tanda-tandanya ialah, power mata yang tiba-tiba naik. Myopic progression.”

………………………..

Harap korang faham ya maksud Optometris tu . So jangan lambat nak bertindak sebelum terlewat . Cegah sebelum rawat !!

Bingkai Cermin Mata Ikut Kesesuaian Muka 

Haa … part ni memang Sal nak sangat share dengan korang terutamanya para wanita yang memakai tudung . Sebab Sal sendiri pun ‘specky’ dan agak cerewet dalam pemilihan frame spek .

Bila spek tak kena dengan tudung .. boleh jadi kemurungan tau . Tudung kembang la , bersegi , kemek … aissshhh geram tul .

Tapi kan , di OPTOM Eyecare , kita boleh tempah frame spek yang lebih dikenali sebagai BESPOKE FRAME .

BACA JUGA: Kesihatan Diri Perlu Dijaga

Menerusi aplikasi yang ada , muka korang akan di ukur di bilik rundingan khas . Bermulalah sesi pengukuran dan setiap point yang diukur tu akan diubah mengikut bentuk muka . Masa buat tu korang akan dapat tengok terus bentuk frame spek custom made ikut muka yang di order . Nampak terus tau bayangan muka kita pakai spek . Haa .. masa tu korang deal la terus ya .

Teruja sungguhla Sal nak buat spek kat OPTOM Eyecare ni sebab bukan semua kedai spek yang ada teknologi buat frame spek follow muka kita . Cuma amik masa sikit untuk frame spek tu siap dan tentang harga korang jangan risau sebab still mampu milik dan berbaloi jika nak dibandingkan dengan kedai lain .

Jimat masa dah kalau buat terus custom made . Pengalaman Sal sendiri , punyala banyak nak kena test kalau pilih yang sedia ada . Pakai satu … buka balik … test yang lain . Bazir masa dah kat situ .Lepas tu belum campur lagi rambang mata dengan pattern yang ada kan .. hehehe .

So , still nak dok diam lagi ke tanpa check details condition mata korang ? Nak datang OPTOM Eyecare untuk buat pemeriksaan mata pun boleh je . Korang jangan risau la tentang pembayaran tu sebab masih lagi berpatutan . Dan lagi satu , kalau nak ke OPTOM dalam situasi pandemik ni … korang jangan risau jugak sebab Optom Eyecare SENTIASA DISANITASI . Lepas tempoh PKP 3.0 ni korang leh pegi tau .

Kesan Buruk Tengok Gajet  Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu
Keselamatan anda, adalah keutamaan kami – OPTOM Eyecare BANGI

Oh ya !! Sebelum terlupa .. kalau korang nak menang sepasang cerminta gelap dari OPTOM Eyecare .. terjah cepat IG OPTOM . Mana tau rezeki menang kan !!

Untuk maklumat lanjut , korang boleh rujuk :

OPTOM Eyecare

No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan

(Berdekatan Marrybrown)

GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9

PM DIRECT >> wasap.my/601111479093

FanPage OPTOM Eyecare:

www.facebook.com/optombangi

Website : http://www.optom.com.my

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Jualan Buku Akhir Tahun 2014
Kompleks Renang DBKL Cheras
Rezeki di Hari Jumaat
Previous: Soalan Lazim COVID-19 – Kena Ambil Tahu
Next: Bahaya Risiko Selepas Bersalin

Comments

  1. Firzz Radzi says

    May 26, 2021 at 7:59 pm

    Alamak.. Saya selalu tengok fon dalam gelap..

    Reply
  2. Tekkaus says

    May 27, 2021 at 5:30 pm

    Ya waktu MCO ni anak-anak terpaksa belajar melalui gajet so eloklar ada cermin mata yang boleh lindungi mereka kan.

    Reply
  3. bae roslan says

    May 27, 2021 at 7:24 pm

    bangi ni tak la jauh dengan rumah. lepas pkp ni boleh try pi check mata kat sini

    Reply
  4. huda halid says

    May 28, 2021 at 9:38 am

    bagus betul optom ni. nampak professional servis dia. memang terbaik

    Reply
  5. Kitkat Nelfei says

    May 28, 2021 at 10:02 am

    Wahh! Macam canggih dan lengkap ye kedai ni dengan mesin serba lengkap.. Boleh try lepas PKP nanti…

    Reply
  6. Ayu Rafikah says

    May 28, 2021 at 11:37 am

    Time pdpr ni Kan anak2 mmg terdedah lama dengan skrin. Mmg boleh bahayakan kesihatan mata

    Reply
  7. Sis Lin says

    May 28, 2021 at 11:48 am

    Kalau bab mata ni janganlah sampai operate kan, takut.. selagi boleh cegah kita cegah.. ni ingat nak buat juga spek baru, rasa macam silau naik ni, bolehlah ke sini nanti check mata..

    Reply
  8. Nadia johari says

    May 28, 2021 at 12:27 pm

    Kalau bab mata mmeg tak boleh buat main. Dhla sekrg asyik ngadap laptop screen je. Takit mata jadi tambah teruk. Elok bawk pergi optom ni kan. Skeurgnya kita tau mata kita.. Bolrh buat spek sekaki

    Reply
  9. Rawlins GLAM says

    May 28, 2021 at 2:15 pm

    Dek kerana tak sampai 5 min dari rumah Rawlins, dah jatuh wajib Rawlins pergi consult diorang nie. Almaklum, usia bertambah haha

    Reply
  10. Marina says

    May 28, 2021 at 11:10 pm

    Risau mata anak2 sekarang. Semua sekarang guna online je kan. Bagus ada kedai cermin mata yang menyediakan khidmat nasihat untuk kesihatan mata

    Reply
  11. Nova Leeza says

    May 29, 2021 at 12:07 am

    Risau juga budak2 dengan mak budak ni sebelum tido mesti tengok telefon dulu. Aih tak elok kan. Kena check juga kan utk pastikan mata kita sihat. Tq for sharing

    Reply
  12. Ruby says

    May 31, 2021 at 2:27 pm

    Betul kak, mata kanak-kanak zaman sekarang ni memang banyak terdedah dengan gadget. Dr tv, henfon, laptop, pc dan ipad. Takleh nak elak pun, sebab mereka belajar online. Jadi, ibu bapa kena ada inisiatif sediakan alat bantuan macam akak share ni.

    Reply
  13. ummi nani says

    June 9, 2021 at 5:10 pm

    un rasa terpikat dengan spek mata hitam tu. rasa nak p buat je. plus bagus bawa anak2 check mata disini, details sangat , berbaloi.

    Reply
  14. Farahwahisa says

    June 9, 2021 at 5:32 pm

    Samalah risau lah DEKAt anak2… Skrg gdjet dh jd mcm keperluan tambah2 time PDPR hurmmm mmg kena check KESIHATAN mata anak2

    Reply
  15. JiwaSihat says

    April 1, 2022 at 9:30 pm

    Rasanya generasi muda dan ramai daripada kita mengalami masalah mata akibat daripada terlalu lama mengadap gadjet.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022
  • ReLY Aplikasi Online Tuisyen Terbaik
  • KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH KHUSUS (SBP/SMKA) 2023
  • LZS ANJUR KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT DAN MENANG
  • Seminar Pengukuhan Asas Akademik Peperiksaan Sumatif Akhir Tahun Sekolah Rendah
  • Kelas UPKK & PSRA Cuti Sekolah 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM