Sementara nak tunggu masuk waktu solat , Sal baca paper jap . Dalam pada dok baca tu ternampak satu rahsia tentang kentang . Baru ku tahu rupanya kentang mempunyai khasiat tersembunyi . Sebelum ni main belasah je makan , korang tau tak khasiat kentang kuruskan badan dan menyumbang kepada diet yang sihat .

Sejauh Mana Khasiat Kentang Kuruskan Badan

Sal memang suka makan kentang .. kalau ada nasi dan kentang Sal akan pilih kentang . Mau lepas ni turun cafe cari kentang . Nyummylicious !!

Menurut artikel tu , dalam satu penyelidikan oleh Journal of American College Nutrition manusia boleh ambil kentang tanpa risau kerana pengambilan kentang mampu membakar kalori dalam badan dan sekaligus dapat membantu menurunkan berat badan . Nampak macam senang je kan .. makan kentang kurus . Hehehe

Tapi pada Sal , bukan hanya makan je . Nak badan kurus banyak faktor yang perlu diambil kira . Exercise jangan lupa ya ! Banyak aktiviti yang korang boleh buat dan secara tak langsung dah pun bakar kalori .

Meh Sal nak share exercixe yang paling simple boleh kita buat bila ada di rumah . Korang amik mop then mop satu rumah . Agak agak keluar tak peluh ? Rumah bersih , badan pun sihat . kihkihkih .

BACA JUGA: Ibu Mengandung Perlu Makan

Sebenarnya kentang boleh dipelbagaikan dalam masakan dan boleh dijadikan sebagai sajian utama atau sampingan . Korang boleh pilih nak buat masakan moden atau traditional .

Khasiat Kentang Kuruskan Badan

Pengambilan kentang adalah cara terbaik untuk dapatkan karbohidrat dan sumber potasium yang boleh mencegah penyakit kardiovascular iaitu gangguan pada jantung dan pembuluh darah . Bahaya tau…

So lepas ni Sal nak try cari resepi dan masak menu yang berasaskan kentang untuk keluarga tersayang !