Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan

In Beauty, Review

Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan – Sebelum ni Sal pernah consume minyak zaitun tapi dalam bentuk soft gel . Punya la nak senang kan .. sape tak nak susah dan rasa minyak pun korang dah boleh agak kan macam mana . Masa tu Sal fikir telan je dalam bentuk softgel . Sekali masuk telan terus .

Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Untuk Kesihatan

Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan
Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan

Rupanya tanpa Sal sedari , minyak zaitun ni akan hilang khasiat disebabkan oleh oxidation masa proses memasukkan minyak dalam softgel atau kapsul . Dah rugi sangat Sal rasa kat situ sebab tak dapat 100% khasiat minyak zaitun yang diperlukan oleh tubuh badan .

Jadinya , Sal recommend pada korang minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Oil dari Palestine . Jangan pakai beli tanpa selidik dulu ya . Sebelum korang consume minyak zaitun , pemilihan tu kena tepat dan betul . Sedikit sebanyak kena ambil tahu cara memproses zaitun yang terbaik dan terkini supaya kandungan khaisat dapat dikekalkan sehingga tempoh maksima selama 2 tahun .

Sebenarnya minyak zaitun ni mempunyai kandungan potasium yang amat bermanfaat. Potasium bertindak sebagai penjaga tekanan darah agar tetap normal , berupaya mengubah gula menjadi tenaga serta membantu mengeluarkan sodium dari tubuh .

Waktu nak pilih minyak zaitun , pastikan minyak zaitun dibotolkan dengan betul dan menggunakan gas nitrogen bagi mengekalkan kandungan khasiat . Jika tak , kandungan khasiat akan hilang selepas 3 bulan minyak zaiton dibotolkan  secara manual tanpa menggunakan gas nitrogen . Proses oxidation akan berlaku apabila minyak zaitun terdedah kepada udara . So berhati  hati ya bila nak beli minyak zaitun .

Dapatkan maklumat yang tepat , betul dan benar tentang minyak zaitun dari sumber yang boleh dipercayai

Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan , Terbaik dan Berbaloi Seisi Keluarga

Sehingga ke hari ini Sal masih setia consume minyak zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil . Memang ada perbezaan bila minyak zaitun tu dari sumber yang boleh dipercayai dan berkhasiat . Badan akan rasa ringan dan paling best part lawas . Sebelum ni Sal ada sedikit masalah pelawasan . Alhamdulillah , sepanjang preggy ni mudah nak membuang dan badan tak rasa letih . Memang terasa perbezaan mengandung sebelum sebelum ni .

Banyak lagi khasiat minyak zaitun yang korang kena tahu . Antaranya :

  • Sapuan minyak zaitun bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah dan  melindungi dari bakteria .
  • Mencegah keguguran rambut , menghilangkan penyakit kulit , menghaluskan serta melembabkan kulit , melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala .
  • Kandungan asid linoleic dan antioksidan di dalam minyak zaitun membantu menyeimbangkan kelembapan wajah dan melambatkan proses penuaan . Rawatan terbaik adalah dengan mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun, 1 sudu besar jus lemon dan secubit garam .
  • Cara mudah melalui urutan di wajah . Gosok dengan lembut pada muka yang agak kering dan kasar . Gabungan jus lemon dan garam berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuatkan muka korang akan lebih bersih dan berseri .

BACA JUGA: Minyak Zaitun dan ChickenPox

Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan
Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan

Terbukti juga  yang minyak zaitun merupakan salah satu penawar kepada 1001 penyakit . So korang jom la kita amalkan Al’Ard Extra Virgin Olive Oil.

Amalan minum minyak zaitun mampu menguatkan daya ingatan , menguatkan hempedu , mencegah masalah pencernaan , mengubati penyakit buasir dan impotensi , membantu masalah haid dan masalah masalah yang berkaitan dengan darah .

Secara tak langsung dapat menghilangkan racun dalam tubuh , mencegah pertumbuhan sel-sel kanser , menurunkan kadar gula dan kolesterol , mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan tubuh badan .

Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Jadi Pilihan .. Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan

    • Minyak zaitun terbaik ‘awal musim’ dari pokok zaitun tua mencecah hingga 500 tahun
    • Diiktiraf Organik dan Fairtrade
    • Kandungan acidity di bawah 0.5%
    • Hasil perahan buah zaitun terbaik jenis Nabali , Roomy dan Souri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24 jam selepas dipetik
    • Hasil tanaman dari 50 ladang di sekitar Nablus , Tebing Barat Palestine
    • Diproses secara perahan sejuk (cold pressed) mengikut standard piawaian International Olive Oil Council

Banyak lagi produk organik yang korang boleh cuba macam Jus Delima , Madu Lebah Tropika , Za’atar Blend (Tyhme) , Sabun Minyak Zaitun dan lain lain . Sempena cuti sekolah ni , korang singgah la ke Pusat Edaran Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil di Shah Alam . Dapat Free Gift tau …

Al Masoud Trading
G33A, Block 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5524 5570 / 019 409 5570

Dibuka Isnin – Ahad (Setiap Hari)
Jam: 11:00 pagi – 7:00 malam

Website : https://www.alard.my/

Facebook : Al’ArdMalaysiaHQ

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

15 commentsOn Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu