Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) .. Sal dah mula risau . Bukan apa .. bila kerap tengok skrin tu sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedar . Sal ni kalau boleh memang tak nak anak rabun .. so pencegahan tu perlu dari awal . Mai Sal nak share tentang kids eyewear safer optics anti blue light glasses lindung mata anak .

Sejauh Mana Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak
Kalau dulu kita sebagai parents ada pilihan untuk tegah anak dari terlalu mengadap gajet tapi sekarang dah tak boleh . Contoh macam PC atau komputer , memang satu keperluan supaya anak dapat catch up pembelajaran . Siapa pun tak nak anak ketinggalan dalam pelajaran kan ? Jadi kita ambil pendekatan lain at least mata anak masih dilindungi .

Korang perasan tak kalau kita yang dewasa ni pun bila terlalu kerap tengok komputer , akan rasa kering … pening . Anak anak ni kadang tak perasan tapi bila ditanya akan keluar jawapan macam tu jugak . Cuma bila anak anak dah terlalu leka mengadap sampai lupa .. yelah nama pun budak kan . So kita la yang kena pantau . Jangan ambil mudah ya sebab sinaran dari screen gajet tu yang bahaya .
Cuba tengok condition anak anak . Kadang bila malam susah nak tidur walhal dah time dan kita nampak menguap dah . Ni antara gejala yang akan timbul bila terlalu lama mengadap screen gajet dan Sal memang kerap cari gali info melalui pembacaan . Ramai jugak anak anak geng yang alami perkara yang sama .
Bahaya Ke Sinar Biru Pada Gajet Digital ?
Cari punya cari tentang penjagaan mata anak anak ni … sampailah Sal terjumpa tentang Safer Optics . Tertarik untuk explore lebih lanjut . Rupanya ramai antara geng yang dah try dan feedback pun not bad. Hurmmm , tapi rasanya Sal masih belum terlewat lagi kan untuk bagi pada anak anak pakai Safer Optics Anti Blue Light Glasses ni .

Korang pernah amik tahu tak tentang sinar biru yang ada pada gajet . Pendek kata semua peralatan elektronik yang berbantuk digital ada tau … laptop , PC , TV Led , tablet , handphone . Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak mampu merosakkan sel sensitive cahaya di retina mata . Bila kontras mata dah kurang , mata akan terasa tegang , letih , sakit kepala dan sedikit demi sedikit akan jadi kabur
Tu yang paling merisaukan hati Sal . Nak marah anak anak pun sampai bila kan !! Better kita cegah sebelum terlewat . Sejak pandemik COVID-19 melanda .. memang dah tak de pilihan untuk menidakkan kehadiran gajet dalam kehidupan seharian anak . Banyak masa dihabiskan demi ilmu dan tidak ketinggalan dalam pelajaran .
BACA JUGA: Anak Lebih Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle
Sebab tu Sal pilih Safer Optics bagi tujuan penjagaan mata anak anak . Seriously Sal terpesona dengan design .. banyak betul pilihan . Safer optics ni yang bagusnya ada anti sinar biru untuk mengawal sinar dari terus menembusi mata . Selain selamat dan ada jaminan kualiti . Yang penting frame tak mudah patah kalau terpijak dan sangat ringan bila dipakai .
Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindungi Mata Dari Sinar Biru
Bila dah yakin , Sal terus order Safer Optics Kids – Flex Unbreakable Glasses dan ada 420 Safety . Dan korang boleh pilih cermin mata ikut umur anak . If anak berada di tahap 2 , pilih design yang besar sikit . Yang best kan .. Safer Optics ada info cara macam mana kita nak jaga cermin mata .. antaranya :
Jangan letakkan kaca mata secara terbalik
Bersihkan kaca mata sekerap yang mungkin bagi mengekalkannya dalam keadaan yang optimum
Bilas dengan air sebelum mengelap menggunakan kain
Elakkan dari menggunakan chemical spray dan jauhkan dari suhu yang panas bagi mengelakkan dari kerosakan coating pada lens
Simpan kaca mata dalam bekas apabila tidak digunakan
Sangat recommended sebab korang akan rambang mata nak pilih design tapi jangan risau sebab pihak Safer Optics akan bantu untuk cari yang paling sesuai untuk anak anak . Kanta cermin mata tanpa preskripsi dan mempunyai waranti selama 1 tahun .
Cara Nak Beli Safer Optics Anti Blue Light Glasses

Tak susah mana pun , korang just layari Safer Optics . Mudah sangat dan korang jangan tekejut tau sebab bila dapat parcel nanti akan ada extra gift . Packaging memang selamat dan masa penghantaran pun cepat .
So … jangan fikir lama sangat demi kebaikan anak anak ya ! Jangan terlalu fikirkan kos sebab mencegah adalah lebih baik dari merawat kan ?? Jangan segan nak klik tau untuk tahu lanjut promotion yang sangat berbaloi :
https://www.saferoptics.com?sca_ref=642814.RnQ3BtuHNw
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/saferoptics
Instagram : https://www.instagram.com/saferoptics/
17 commentsOn Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak
menarik..cermin mata mcm ni bagus utk anak2..oh baru tahu cermin mata xboleh letak terbalik. nice sharing
nak try gak spek safer optic ni tapi busy nau lani tak sempat nak shopping kat website dia hehe. nanti nak try gak
Setuju! Kena jaga mata anak kecik sebab memang depa ni asyik ngan phone jer. Bagus Sal.. Kak nina pun ada spek antu blue light gini untuk anak-anak
Betul. Penggunaan spek safer optic nie memang sangat penting di kala pembelajaran semua online kan. Nak belikan for my 4 nephews and nieces la.
masa pdpr dan belajar guna didik tv ni memang sesuai sangat lah guna optics anti blue light glass ni. Selamat untuk mata walaupun mata sentiasa terdedah. Selesa pulak tu dipakai
masa ada promo ni memang berbaloi buat spek baru untuk anak-anak. Sebab diorang ni for sure setahun tu berapa kali pulak nak kena tukar spek. Alah beli menang memakai kan. Tq jugak sharing tips jaga spek ni
Memang kena ada ni untuk anak-anak sekarang, memasing ngadap handphone aje kan.. anak saudara Sis pun Mamanya belikan juga macam ni..
Menarik ni. Anak2 mmg suka tgk TV dan phone kan. Kalau ada ni utk prevent rosak mata, tersgt bagus. Nnt nk belikan lah
Marsha pun tiga2 anak guna safer optics ni. Marsha pun grab untuk diri sendiri. Memang selesa!
Good initiative by parents untuk jaga mata anak2 kan.. yes, zaman skrg budak2 dah spend most of the time on the screen, tak macam kita dulu2. Ni cara terbaik untuk mereka… (Y) I planning to get one for myself too.. ada baca kat blog available for adults juga…
Lagi laaaa budak2 skrg banyak online class, kerap hadap phone & laptop. Memang membantu sgt safer optic ni
Menarik dan groovy nampak design2 kaca mata nie. It’s a good product too. Thank you for sharing your review with me.
Bagus juga ada spec light blue cmni… Sebab yela elakkan cepat rabun… Lagi2 budak skrg kn byk ngadap buat keje dan lain2.. Mcm nk try juga la nanti
Blue light ni memang memudaratkan. Lebih2 lagi waktu sekarang ni, semuanya dilakukan di atas talian, jadi penggunaan barangan electronik pun semakin bertambah.
nampak mmg sangat perlu produk ni..esp skrg ni anak2 mmg sangat mudah terdedah dengan gadget..at least mata dapat dijaga dengan baik
anak huda pun ada spek safer optics ni. memang bagus kan , jaga mata anak2 kita yang kerap tengok gadget
wow! bagusnya cermin mata ni sebab boleh bagi macam-macam kelebihan especially di usia muda. elok didik dari awal bila besar nanti mata pasti okay
Mobile Sliding Menu
Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat
Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam
Read More...Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey
Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan
Read More...Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak
Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..
Read More...Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak
Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru
Read More...OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum
Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas
Read More...