| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Lama sangat dah otak tepu .. tapi sikit pun tak patahkan semangat Sal untuk teruskan ‘perjuangan’dalam dunia blog . Mood macam biasa , ada pasang surut dan harap lepas ni tak la surut terus . hehehehe … best sebenarnya dunia blogging ni . Nak .. bila kita ada kelab . Contoh macam Sal masuk Kelab Blogger Ben Ashaari . Makin bertambah kenalan dan kita dah macam adik beradik dalam satu keluarga . Cuma ada seketika Sal terpaksa ‘lupakan’ sekejap dunia blogging atas beberapa komitmen lain . Ok la stop story pasal mood blogging . Harini Sal nak berkongsi story Lawatan Pra Sekolah Khaleef .
Lawatan ke Kilang Coklat dan Biskut Pra Sekolah
Bulan lepas Pra buat lawatan ke kilang coklat dan biskut . Anak anak sekarang sangat bertuah , kekecik dah pegi rombongan . Lain sangat dengan zaman Sal . Yelah , mana nak sama kan . ‘Dulu lain , sekarang lain’ . Masa lawatan tu sempat jugakla Sal mintak Teacher Rohaya snap gambar . Bukan apa , tuk buat kenangan . Jadi la kan dan sambil tu nak jugak tengok aktiviti Khaleef masa lawatan . Sebabkan , dalam hati ni ada gak tertanya . Ok ke Khaleef sepanjang lawatan ??
Alhamdulillah , Teacher Rohaya kata mengikut arahan dan mampu memberikan kerjasama yang amat baik . Seronok tengok aksi Chef Khaleef buat biskut . Bila dipakaikan topi Chef tu . Comel !! Macam tak percaya pun ada gak . Lepas ni boleh ajak Khaleef masuk dapur . Takut ibu je tak tahan nak melayan nanti , kaaannn .

Anak anak Pra diberi dough untuk buat biskut sendiri . Kebetulan Khaleef memang dari kecik suka main play dough tu ha . Sure la kesukaan !! Setiap murid Pra diberi sekotak biskut yang dibuat masa lawatan . Sempat la ibu tengok hasil tangan anak ibu . Cute !!
Ceria sungguh !! Moga ilmu yang diperolehi sepanjang lawatan dimanfaatkan ye anak ibu !! Time balik ibu tunggu .. rutin macam biasa kan .. terpancar kegembiraan pada wajah Khaleef . Banyak betul bawak buah tangan balik untuk ibu , papa , along , uda & nenek. Terima kasih sayang ibu .
BACA JUGA: Khalish dan Pizza


Bila anak happy . Ibu pun gitu la jugak !!
wahh ada lawatan budak2 suka ni …