• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak

Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak

April 5, 2018

| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Contents

  • Betul ke Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak ??
    • Mudah dihadam dan melawaskan
    • Membantu melegakan pernafasan dan kahak
    • Memberi tenaga untuk fokus belajar
    • Baik untuk kulit dan masalah kulit
    • Mengeluarkan angin
  • Penerimaan Anak Terhadap Lazz Susu Kambing
  • Tips Dan Fakta Sains Kenapa Susu Kambing Mudah Hadam

Betul ke Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak ??

Masa anak Sal kecik , senang je nak menyusu sebab breastfeeding . Bila dah menginjak umur ke 4 tahun .. jenuh jugakla nak mencari kesesuaian susu tepung . Anak Sal yang no 3 ni agak payah sikit nak minum susu asli atau berperisa . Sampai tahap kena paksa tapi kesian la kan kita nak paksa anak ni . Nak bertegas selalu takleh sebab nanti kang mengganggu emosi . Bukan senang ye nak suruh gitu , sebagai parents kita kena ada tahap kesabaran yang amat tinggi . Insha Allah … Sal tak pernah putus asa dan akhirnya bertemu jua dengan lazz susu kambing produk terbaik untuk kanak kanak .

Dan baru ni jugak , Sal ada terbaca viral di media sosial mengenai Lazz Susu Kambing Asli dan Lazz Chocho yang sesuai untuk anak anak diperingkat umur 2 tahun ke atas . Geng blogger #KBBA9 dan ramai jugak la pengguna yang berkongsi tentang keberkesanan Lazz Susu Kambing ni . Sal mula buat research sikit sebab nak tau lanjut adakah Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak ??  Apa yang Sal jumpa , antara khasiat yang dimiliki adalah:

Mudah dihadam dan melawaskan

Membantu melegakan pernafasan dan kahak

Memberi tenaga untuk fokus belajar

Baik untuk kulit dan masalah kulit

Mengeluarkan angin

Khalaf ni ada masalah minor eczema jadinya bila tengok antara khasiat yang ada pada Lazz Susu Kambing , Sal tertarik nak cuba . Tapikan … hehehe , satu persoalannya .. nak ke Khalaf minum ? pernah try bagai susu brand lain perisa asli , vanilla dan choco , tak mahu jugak dia .

Lazz Susu Kambing produk terbaik untuk kanak kanak
yang mana satu pilihan khalaf .. lazz susu kambing dan lazz choco

Penerimaan Anak Terhadap Lazz Susu Kambing

Dek sebab teruja nak try Lazz Susu Kambing untuk Khalaf , Sal bancuh 2 perisa iaitu Lazz Perisa asli dan Lazz Choco . Sal letak depan Khalaf 2 cawan yang berbeza dan suruh dia rasa . Mulanya menolak jugak sebab Sal bancuh dengan air suam tanpa letak ais . Saje nak bagi dia rasa yang suam . Kot la tekak boleh terima ke kan . Pujuk punya pujuk , dia mula rasa sikit bak kata orang hujung lidah .. anak oh anak !!

Dan rasa macam mimpi pun ada sebab dari rasa dia terus minum . Paling best mintak dibancuh lagi . Syukur sangat . Khalaf dah boleh terima Lazz Choco . Sebelum ni Sal pernah order set Lazz Susu Kambing untuk seisi keluarga tapi bila sua pada Khalaf tak mahu dia . Rasa sikit keluar balik dan Sal tak pernah nak paksa biar anak terima dengan kerelaan sendiri .

Lazz Susu Kambing produk terbaik untuk kanak kanak
sekali rasa …berkali nak lagi

BACA JUGA: LAZZ Susu Kambing … Pilihan Terbaik Seisi Keluarga

Tips Dan Fakta Sains Kenapa Susu Kambing Mudah Hadam

Jom kita tambah pengetahuan sikit kenapa Susu Kambing ni lebih mudah hadam jika dibandingkan dengan susu lembu . Terdapat dua jenis Protein dalam Susu Lembu& Kambing iaitu Alpha S1 Casein (S1) dan Alpha S2 Casein (S2)

Protein S1 boleh menyebabkan ketidakselesaan perut jika diuraikan dan menyebabkan rasa sebu atau kembung. Dan pada sesetengah orang , ia bertukar menjadi alergik dan ada yang cirit birit sebab faktor ketidakhadaman . Protein S1 Ini terdapat banyak dalam susu lembu dan sangat sedikit dalam Susu Kambing . Ada juga sumber yang mengatakan tak ada langsung S1 dalam susu kambing . Sal bila terbaca fakta ni yang mula tertarik nak bagi pada Khalaf , Lazz Susu Kambing .

Protein S2 bersifat mudah dihadam dan hypoallergenic. Sebab tu di Barat , susu kambing semakin popular dan dijadikan alternatif pilihan untuk susu rendah risiko alahan.

 Lazz Susu Kambing produk terbaik untuk kanak kanak
kita berswafoto dulu la ye .. suka betul Khalaf dapat minum Lazz Susu Kambing

So , rasanya korang faham dah kot kenapa Sal pilih Lazz Susu Kambing ni . Jangan risau sebab  HALAL . Untuk maklumat lanjut , korang boleh take note butiran dibawah ni:

Web : www.lazzsusukambing.com
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram :  LazzSusuKambingHQ
Tel : 013 308 3354 | 018 2777 290
Sample Percuma : lazzsusukambing.com/sampel-percuma/
LazzDelivery : (sila klik)
Info & Ilmu, My Story, Parenting

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Betul Ke Ephyra Skin Bar Berkesan
Kembali Ke LEGOLAND® Malaysia Resort
Bakal Jadi Kenangan
Previous: Teknik Asas Penulisan di Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari
Next: Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster

Comments

  1. Lia Hasty says

    April 5, 2018 at 5:47 pm

    Susu Kambing Lazz ni memang famous, selalu nampak kat pasaran luar. Susu kambing sekarang dah ramai minum & mula diterima orang di luar sana.

    Reply
  2. Mimi says

    April 5, 2018 at 6:12 pm

    Famous ye susu kambing Lazz ni.banyak juga khasiatnya.tapi susu kambing memang terbaik bagus untuk kesihatan kita

    Reply
  3. sueizza says

    April 5, 2018 at 7:03 pm

    memang sedap,sue suka lazzcafe dah jadi feveret

    Reply
  4. Fieza Sani says

    April 5, 2018 at 11:15 pm

    Ada try jugak jenama Lazz ni..harga pun murah..nak repeat beli pun senang..byk tmpt jual…

    Reply
  5. Ana Suhana says

    April 5, 2018 at 11:28 pm

    Susu kambing susu no 2 terbaik di dunia. Memang banyak khasiat dan elok diminum setiap hari. Lagi2 susu kambing lazz. Terkenal dengan kebaikan.

    Reply
  6. Kak Sue says

    April 5, 2018 at 11:38 pm

    Susu kambing antara makan sunnah, memang bagus kita amalkan Sal kan..

    Reply
  7. Marsha says

    April 5, 2018 at 11:46 pm

    Wah bestnya Lazz serasi dengan Sal dan anak-anak. Susu kambing memang bagus.

    Reply
  8. el says

    April 6, 2018 at 4:06 pm

    susu kambing mmg byk khasiat..kalau boleh nak hari2 minum susu kambing hihi
    tengok lazz ni mcm best je..nti boleh cuba

    Reply
  9. mas saari says

    April 8, 2018 at 1:06 pm

    Memang sedap Lazz ni, takde bau hamis dan kurang manis. Akak yang tak suka susu kambing pun boleh minum.

    Reply
  10. permatabiru says

    April 16, 2018 at 4:53 pm

    lazz susu kambing nie mmg sesuai untuk ank2

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM