Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah 1443H . LZS Anjur Bulan Taksir Zakat dan Menang, setiap tahun Sal suka baca info tentang zakat di website Lembaga Zakat Selangor atau singkatannya yang lebih dikenali sebagai LZS . Banyak kemusykilan Sal akan terlerai bila baca setiap informasi yang dikongsikan oleh LZS . Pendek kata , seandainya korang tak berapa nak faham tentang pembayaran zakat simpanan contohnya … boleh singgah web LZS sebab Khidmat Taksiran Zakat pun disediakan . Klik je untuk sesi janji temu , mudah sangat !! Dan untuk kali ni Sal nak share tentang LZS Anjur Bulan Taksir Zakat dan Menang . Menarik tak dengar ??
Mengapa Zakat Perlu Dilunas ?

Jom kita ingat kembali mengapa zakat itu wajib dilunaskan . Zakat merupakan Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat wajib . Zakat adalah Rukun Islam Yang Kelima . mana mana individu muslim yang meninggalkan zakat , tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar . So , jangan pandang ringan tentang kewajipan mengeluarkan zakat . Sebab tu, pihak LZS sentiasa ada dalam mempermudahkan urusan zakat tak kira di mana berada . Walau sesibuk mana sekalipun sebab hanya di hujung jari , semakan bagi setiap taksiran zakat boleh dilaksanakan
Antara taksiran jenis zakat harta yang perlu diketahui adalah :
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Pelaburan
- Zakat KWSP
- Zakat Emas
Jom Taksir Zakat Anda , LZS Anjur Bulan Taksir Zakat dan Menang
Untuk pengetahuan korang , LZS sekarang ni tengah on Kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu sepanjang bulan Julai 2022 . Siapa yang bayar zakat selepas taksir berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik seperti :
- Hadiah utama : Yamaha Lagenda 115Z FI
- Hadiah Kedua : Nintendo Switch OLED
- Hadiah Ketiga : Smart Watch Garmin
- 10 Hadiah Saguhati : Galaxy Tab A8

Serius menarik kan ?? Korang boleh taksir sendiri jumlah zakat yang perlu dilunaskan . Cara LZS buat ni sebenarnya nak didik masyarakat supaya tahu berapa jumlah sebenar zakat yang perlu ditunaikan . LZS juga berusaha melonjakkan bulan Julai sebagai bulan taksiran zakat supaya orang ramai tidak lupa dan menjadikannya sebahagian daripada amalan tahunan .
Harta yang dimiliki bukanlah milik kita sepenuhnya . Sebab tu Sal sendiri sentiasa mengingatkan diri akan istilah ‘berkongsi rezeki’ . Kita tak rugi pun malahan tuntutan ni sebagai kewajipan sebagai umat Islam .
Menerusi Kempen Bulan Taksir Zakat ni , korang just muat turun (download) aplikasi Zakat Selangor . Dan untuk melayakkan korang menyertai cabutan sebagai pemenang kempen .. antara perkara yang perlu dilakukan :
Muat Turun & Log In
Muat turun aplikasi mudah alih “ZakatSelangor” di App Store atau Play Store. Seterusnya , Daftar dan Log Masuk ke akaun anda
Taksir & Simpan
Gunakan fungsi Taksir di dalam aplikasi “ZakatSelangor” , nuat taksiran jenis jenis zakat harta dan “Simpan Taksir Zakat”

Untuk tahu details tentang syarat kelayakan join Bulan Taksir Zakat, boleh rujuk bawah ni ya :
- Layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Buat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
- Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
- Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.
E-Zakat Pay Bersama Lembaga Zakat Selangor
Zaman sekarang ni bila kita nak tunaikan zakat , mudah sangat sebab hanya di hujung jari . Tak perlu dah nak bersesak bagai , nak parking lagi . Aiisshhh , banyak betul kekangan dan halangan . Tapi sekarang bila ada yang mudah , kenapa nak susah !!
So , jangan lupa layari laman sesawang LZS , atau nak lagi mudah Apps kan ada . Yang penting ada akaun bank (online) .
Meh nak share kenapa korang lebih mudah berzakat menerusi online :

Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay
Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank
BACA JUGA: JOM BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE
Tiada bayaran tambahan dikenakan
Pembayar tidak dikenakan sebarang cas tambahan sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah ini, akan tetapi terdapat had minimum iaitu RM 10 bagi setiap pembayaran melalui kaedah ini
Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat
Pengguna tidak perlu download apa jua bentuk Aplikasi untuk menggunakan sistem ini. Walaubagaimanapun, pihak MEPS akan menyediakan pihak merchant (Lembaga Zakat Selangor) dengan “Seller plug-in” iaitu satu perisian keselamatan yang akan letakkan di dalam portal LZS (MAIS) bagi menjamin keselamatan pembayaran yang dilakukan .
Haa … harap korang jelas dan faham tau . Korang jangan risau sebab zakat yang dilakukan secara online ni selamat . Korang bebas nak buat pilihan zakat jenis apa yang nak dilunaskan .
Jangan lupa pulak nak Semak Rekod Bayaran Zakat , Semak Status Permohonan Zakat , Bayar Zakat .. semua ada dalam EZO iaitu Elektronik Zakat Online yang dibangunkan oleh pihak LZS demi kemudahan orang ramai . Macam tagline yang diketengahkan oleh LZS iaitu “Kemudahan Zakat Alaf Baru”
So jangan kata lepas ni korang tak sempat nak berzakat pulak tau .. hehehe . Sila jangan nak ngelat ya !!

Pengagihan Zakat Yang Telah Dilunaskan

Part yang ni korang jangan risau sebab pihak LZS ada story di mana agihan dilakukan setiap bulan dalam website rasmi . Banyak aktiviti dan program dilaksanakan seperti menyantuni golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan , aktiviti imarah Masjid/Surau yang terpilih di kawasan lembah Klang yang memerlukan perhatian , program bersama frontliners ‘Road Tour’ di Cawangan IPD dan Hospital dan juga tidak ketinggalan keprihatinan dalam bidang Pendidikan iaitu program tajaan atau bantuan kepada murid sekolah yang perlu dibantu .
Nak tahu lanjut di mana pengagihan dilakukan oleh pihak LZS , boleh baca menerusi laman web rasmi LZS . Banyak bantuan dihulurkan agar mereka yang kurang berupaya tak rasa dipinggirkan .. sayu hati Sal baca

Jika kita rasa hidup kita susah , sebenarnya masih ada golongan yang amat memerlukan bantuan dari kita sehingga ke saat ini . So fikir fikirkanlah ….
Untuk maklumat lanjut , sila layari:
Laman Web Lembaga Zakat Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Bagusnya anjuran LZS ni, sambil berzakat dapat berpeluang memenangi hadiah mana tau kan rezeki.