Assalamualaikum & Salam Jamadilawal 1443H . Kejap betul masa berlalu dan kita dah nak sampai ke penghujung tahun 2021 tanpa sedar . Banyak betul perkara yang berlaku sejak dari tahun lepas dan sampailah ke penghujung tahun ni . Tapikan .. dalam ape pun perkara yang mendatang , kewajipan membayar zakat jangan sesekali dilupakan ya !! – Lembaga Zakat Selangor Saran Bayar Zakat Melalui Perbankan Maybank2u
Zaman makin moden , walaupun Negara kini dilanda wabak pandemik .. ianya tidak menjadi asbab untuk kita tidak melunaskan Rukun Islam yang kelima ini . Korang boleh je tunaikan tanggungjawab bayar zakat secara dalam talian melalui Maybank2u. Tak perlu buang masa dah nak keluar rumah ..driving .. bersesak di luar super jimat dan sambil tu dah boleh lindung atau cegah dari wabak kan ??

Kaedah Bayar Zakat Secara Atas Talian Masih Diragui – Lembaga Zakat Selangor Saran Bayar Zakat Melalui Perbankan Maybank2u

Sure ada yang tertanya macam ni kan…
“Sah ke bayar zakat secara online ni? Takde akad, tak perlu salam tangan amil?”
Hukumnya: SAH sebab akad hukumnya adalah HARUS.
Hurmm sejujurnya kan , Sal sendiri pernah tertanya gini gak . Tapi bila kita musykil .. kita perlu rujuk dan jangan berdiam diri . Korang kena ingat , zaman dah semakin berkembang dengan kepelbagai teknologi . Just pusing tengok keliling .
Zakat seseorang itu sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat . So bila berzakat guna internet banking contohnya menerusi Maybank2u .. niat dah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) pun berlaku .
Seandainya dulu , kita sendiri tengok cikgu guna kapur untuk tulis di papan hitam .. sekarang dah ada whiteboard guna marker . Nak canggih sikit dan mula guna projector untuk slide powerpoint . Haaa tak gitu ???

BACA JUGA: Bayar Zakat Atas Talian Lebih Mudah
Seiring dengan perkembangan teknologi , banyak dah kemudahan disediakan bagi mempermudahkan urusan seharian kita contohnya bayar zakat fitrah secara online dan tak lupa jugak melalui aplikasi pembayaran zakat.

Kaedah secara perbankan online atau atas talian ni sangat disarankan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) . Korang just perlu layari portal rasmi LZS dan banyak pilihan bank yang boleh diakses untuk meneruskan niat bagi tujuan melunaskan pembayaran zakat . Contoh macam Maybank2u yang pastinya ramai dok guna dan lebih familiar.
Perbankan atas talian dengan Maybank2u lebih selesa dan selamat . Secara tak langsung kita dah tunaikan tanggungjawab hanya dari rumah atau di mana sahaja . Part paling best .. di lama web LZS pada ruangan maklumat pembayaran tu lebih dari 10 jenis zakat korang boleh pilih untuk lunaskan. Mudah sangat !!

Bayar Zakat Menerusi Maybank2u – Lembaga Zakat Selangor Saran Bayar Zakat Melalui Perbankan Maybank2u

Jom kita fikir sejenak .. Islam adalah agama yang amat meraikan perubahan . Melalui kecanggihan teknologi dan inovasi baharu , banyak sebenarnya membantu kita melaksanakan ibadah dengan lebih mudah
Seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).

So gunakanlah kemudahan yang diberikan seperti aplikasi Maybank2u untuk melunaskan zakat . Jangan dok tangguh lama sangat tau !! Sebab apa wujudnya aplikasi atas talian ni ?? pernah tak korang terfikir ..

Ianya bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu dari asyik bertangguh dan terlupa untuk menunaikan kewajipan nan satu ni dan Sal sendiri percaya ramai antara kita sibuk berkerja dengan pelbagai urusan sampaikan terlupa perkara yang wajib

Jom Tunai Zakai Melalui Maybank2u Menang dan Kongsi
Oh ya !! hampir lupa Sal nak share . Bermula 15 November yang lalu sampai hujung bulan ni 31 Disember 2021 , korang yang bertuah layak memenangi hadiah yang menarik dan berkongsi hadiah yang dimenangi dengan golongan asnaf. Syarat penyertaan sangat mudah .. just buat bayaran melalui mana mana saluran perbankan yang korang prefer di laman web LZS .

Pilih je akaun yang korang ada .. serius lebih mudah dan pantas !!
Link Peraduan >>> DAFTAR PERADUAN
Hadiah menarik tau berupa simpanan Tabung Haji . Mana tau kan korang antara yang bertuah . Nak tahu lanjut boleh rujuk poster .
Usah ragu- ragu lagi . Jom kita kira zakat dan tunaikan secara perbankan online Maybank2u !! Sebarang persoalan atau kemusykilan berkenaan zakat , korang boleh layari media sosial rasmi LZS:
Laman Web Lembaga Zakat Selangor:
https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Alamat :
Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Wah mudahla kan bila boleh bayar zakat melalui maybank2u ni. Senang keje
Bagus la menyenangkan orang ramai nak berakat. Dah takde alasan tak tunaikan zakat. Sekarang ni online je.
**zakat (sorry lappy ni huruf z je kadang tak keluar)
Sekarang ini tiada alasan tuk tidak bayar zakat kerana itu wajib dan tanggungjawab sebagai orang Islam menyucikan harta…. Kerana sebahagian harga kita adalah milik orang lain ..