Buah dan sayuran merupakan sumber utama yang membekalkan
vitamin..mineral..serat dan antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan..
Mengapa Perlu Makan Buah dan Sayuran
  •  Vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit
  • Serat dapat mengurangkan masalah sembelit
  • Potasium menguatkan fungsi otot
  • Antioksidan melambatkan proses penuaan
Buah dan sayuran juga boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia rendah 
kalori dan kaya dengan serat..kita perlu mengambil 2 sajian buahan dan 
3 sajian sayuran setiap hari..
segar dan menyelerakan

Sedikit tips untuk meningkatkan pengambilan buahan dan sayuran
  •  Makan pelbagai jenis buahan segar
  • Jadikan buah buahan sebagai gantian makanan snek ringan
  • Minum jus buah buahan segar tanpa ditambah gula
  • Makan sayur sayuran dan buah buahan yang terdiri daripada pelbagai warna
  • Pilih sup sayur dan kurangkan pengambilan makanan berkrim
  • Amalkan ulam ulaman
  • Utamakan buah buahan segar berbanding buah buahan dalam tin

Panduan mengekalkan kandungan nutrien buah buahan dan sayur sayuran
  • Cuci buah dan masak sayur sebelum dimasak atau dimakan
  • Elakkan merendam buah dan sayur selepas dipotong
  • Elakkan masak sayur dalam jangka masa yang lama
  • Gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup
  • Masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu
  • Masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas
  • Simpan sayur dan buah di tempat penyimpanan yang sesuai
sayuran baik untuk kesihatan
Sila amalkan 5 M
  • Mengurangkan gula
  • Mengurangkan garam
  • Mengurangkan minyak
  • Melebihkan buah buahan
  • Melebihkan sayur sayuran
so…dah taukan serba sedikit kenapa perlu makan buah dan sayur…
banyak khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan kita…dan kalau rajin sikit..
buat jus…manis yang asli…jangan tambah gula pulak ya…

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari