Nak kurus…..Kena Usaha….(Picca Google)
Lepas raya ni mesti ade yang badan naikkan…Sal pun gitu gak…biasa la Raya…makan tak henti…kuikuikui…bila dah badan naik…baju pun kekadang tak muat….waduhhhh…camno tu…fikiran kusut…hati sakit…tapi…melalui pembacaan Sal..ada makanan yang mampu melansingkan badan selepas Aidilfitri…
Kena la usaha sikit dan jangan makan ikut nafsu sangat…meh tengok makanan apa yang boleh bantu kurangkan berat badan..
  • Telur : Kaya dengan protein dan mampu bina otot dan jana kolesterol baik untuk badan yang lebih sihat
  • Epal : Makan epal sebiji sehari mampu membantu dari segi antioksida yang baik untuk badan..juga mengandungi pectin untuk mengurangkan lemak dalam badan
  • Oat : Setuju !! makan oat boleh mengurangkan rasa lapar sebab mempunyai kandungan serat yang tinggi juga membantu menstabilkan kadar kolesterol dalam darah
  • Bawang Putih : Berupaya mengurangkan lemak dalam badan sebab terdapat kandungan allicin; yakni sejenis antibakteria untuk menyingkirkan lemak jahat dari badan
  • Tomato : Membakar lemak dengan cepat serta mampu mencegah kanser..so jadikan tomato sebagai diet harian ya
  • Coklat Hitam @ Gelap : Walaupun agak pahit tapi ia mempunyai flavonoids iaitu anti radang yang akan mengurangkan kolesterol dalam darah …ia juga meningkatkan pertumbuhan serotonin dalam darah untuk bakar lemak
  • Madu : Makanan sunnah yang terbaik untuk membakar lemak. senang je…campurkan madu dengan air suam dan minum pada setiap pagi..amalkan selalu ya…
  • Teh Hijau : Teh antara yang terbaik jugak untuk mengurangkan berat badan sebab mengandungi antioksida untuk stabilkan balik berat badan…so boleh minum dua cawan sehari untuk dapat kesan yang lebih baik
Bukan susah pun kan…so jangan tunggu lama lama…mulakan dari sekarang….Inshaa Allah berat badan akan kembali ideal..

Sumber: UtusanMalaysia
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari