Makeup Majlis Makan Malam/Dinner – Sal nak tanya korang sikit , seandainya korang kena pegi majlis makan malam atau dinner .. korang makeup sendiri atau guna MakeUp Artist atau MUA ? For sure depends pada bajet kan . Dan pada Sal , pada yang pandai makeup sendiri boleh terus kan . Yang takde , apa kata korang invest sikit untuk hire MUA tapi bukanlah wajib special untuk makeup majlis makan malam/dinner .

Perlu Makeup Untuk Majlis Makan Malam

Uda dan dara…hehehe

Biasanya glongan perempuan ni sukar dipisahkan dengan makeup . Ada sesetengah wanita beranggapan tanpa solekan rasa tak lengkap rutin seharian. Kiranya kuasa makeup ni boleh tahan penting la jugak . Sal sendiri pun bila nak gi kerja atau keluar berjalan , tepek gak muka dengan foundation , eyeshadow  , lipstick  dan eyebrow .

Tapi idak la terlalu ketara .. kita pakai lite je sebab Sal suka nampak natural . Penggunaan color pun natural gak . Sal suka gak tengok kengkawan yang berani guna color yang agak ‘garang’ masa makeup . Terserlah kreativiti dan memang naikla seri pada yang pandai guna bahan solekan .

Untuk pemilihan bahan solekan , memang kena pandai sebab kalau tak nanti muka lepas makeup akan nampak lain dari yang lain . Ayaarrkk , sure korang tak nak kan . Bila makeup , kita akan rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang sebab adakalanya cela atau jerawat yang dok tang muka tu buatkan kita jadi malu .

So dengan adanya makeup , dapat la tutup ‘benda asing’ yang ada kat muka selain korang akan nampak lawa . Bulan lepas Sal ada attend majlis makan malam bersama suami . Mulanya macam malas jugak nak pegi tapi bila fikir balik , lama jugak tak attend dinner .

Sesekali apa salahnya dan mula la dalam kepala otak ni fikir pasal makeup . Sal bukan reti sangat nak touchup muka sendiri . Dah kata dinner , kenala lain sikitkan tang muka ni . Kang over lak , penyudahnya jadi lain dari yang lain – alien .. hehehe . Tambah makeup untuk dinner lagi tak tau . Tangan pun bukan berseni sangat .

Penyudahnya , Sal cari MUA dalam kalangan kawan opis . Kebetulan memang dia ada buat part time MUA . Alhamdulillah dipermudahkan urusan pencarian MUA . Masalah settle . Bukan apa , dengan bantuan MUA bila korang pegi dinner tu kecantikan akan tetap nampak sebab dyorang tahu nak naikkan seri atau kejelitaan . Sape tak nak nampak cantikkan dan for sure husband korang pun senyum je malam tu , hehehe .

Tips Sebelum Makeup

MUA Ijan .. cantik kulit muka dia

Antara perkara yang korang perlu bersedia supaya makeup sentiasa nampak cun adalah:

  • Jangan lupa minum air kosong/masak supaya muka tu tak nampak kering/hydrate
  • Pilih MUA yang betul betul menepati citarasa , kalau perlu tengokla cara dia makeup kat dia dan korang nilai sendiri
  • Bagitau pada MUA korang nak makeup yang macam mana – natural , lite , fancy
  • Buat facial sebelum nak ke majlis –sehari sebelum pun ok
  • Sila tidur awal
  • Pakai pelembap terlebih dahulu sebelum MUA tatarias wajah
  • Pada yang mengalamikulit kering , berminyak atau terlalu kering , tanya MUA foundation yang bersesuaian atau jika takde beli sendiri . Mempermudahkan .

BACA JUGA: Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple

Setakat ni Sal memang berpuas hati dengan MUA yang makeup kan Sal untuk dinner malam tu sebab tak terlalu tebal . Harga pun berpatutan . Korang pun boleh la try guna khidmat MUA Sal .

Maklumat lanjut korang DM atau message kat Instagram MUA:

View this post on Instagram

Main makeup2….😬

A post shared by 조용한 (@ejan_891) on