Kesempatan hujung minggu digunakan sebaik mungkin…almaklumla hari biasa kita pulun kerja so pandai-pandaila cari masa nak relax . Sebenarnya tak jugak relax kalau dah bergelar isteri dan ibu , tapi kepuasan dinikmati bila bersama insan yang tersayang…lupa segala penat lelah . Untuk itu , apa kata kita lepaskan penat lelah dengan aktiviti mandi manda .

Agak lama sebenarnya Sal tak bercuti so peluang yang ada Sal gunakan untuk melepak di Avillion Admiral Cove…taklah jauh mana pun..Port Dickson je..

Seronok jugaklah dapat bercuti kat sana..nak kata sakan tak jugak , just suka-suka bawak My Lil Khalish turun pool..mula-mula Khalish masuk pool cam cuak gak saya…before this penah bawak dia mandi kat Teluk Kemang..tapi kememeh semacam..puas pujuk taknak mandi gak . Time tu dia baru 8 bulan tak silap tapi kali ni nampak Khalish cam ok.

Kat bilik dah try pakaikan swim vest dia , relax je .. selalu bila try pakai dah mula rimas….terus bawak turun ke pool . Tu diaaa , sakan main air…cuma kat sini nak ke pool kena lalu depan lobby Bila dah basah agak tak selesa nak naik lift ke bilik . Bukan apa , mata ramai la yang memandang bila dah lalu kat lobby..faham-fahamla bila dah basah , heehe .. tapi Sal redah je.

Nak segan ape nyer … still menutup aurat waht !! Seriously, Khalish cukup suka dan Mr Hubby pun sama . Bak kata orang tu terpancar kegembiraan Khalish bila jumpa air dan lagi pulak bila ramai kawan-kawan kat situ. Tapi serasa ibula , Khalish yang paling kecik … huuhuu . Takpela nak , asalkan tak takut masuk dalam pool sudah. Next time kita try tempat lain pulak ya …