Manfaat Keberkesanan ID.AZ Mask – Sal nak tanya sikit , korang rajin tak pakai mask di muka ? Serious kata , if kita nak muka cantik β¦ kena la rajin sebenarnya . Tak perlu nak pakai skincare atau produk yang mahal sangat . Cari produk yang bersesuaian dengan bajet korang dan paling penting , rutin seharian atau mingguan kena konsisten .
Sejauh Mana Manfaat ID.AZ Mask
Harini Sal nak share tentang mask wajah yang sebelum ni tak pernah pun try . Ada jugak tercari mask yang bersesuaian dan tidak terlalu leceh nak pakai . Taula , bila kita dah busy kerja memang masa tu terlalu terhad . Tambahan masa Sal banyak dihabiskan dengan urusan anak anak dan rumah . Cuma Sal tak nak jadikan itu sebagai alasan untuk tak jaga kulit muka . Bila ada peluang cuba ID.AZ Mask yang dengarnya mempunyai nutrisi , berupaya melembap dan mencerahkan Wajah .. tak lengah tau . Dengarnya banyak manfaat dan keberkesanan ID.AZ Mask ni .
Pernah kawan bagi tips , sambil buat kerja rumah tu tepek je mask di muka . Ye tak ye jugak kan β¦ sambil menyapu , basuh pinggan kita letak di muka . Rasanya tak mengganggu pun dan tanpa kita sedar sebenarnya kita dah pun buat rutin penjagaan muka . Banyak pulak celoteh , meh nak share mask yang pada mulanya Sal ingat mahal . Dengar golden je dah takut nak try tapi β¦ bila sekali dah cuba . Memang kena ada stok la kat rumah . Best wooo .
Korang pernah dengar produk ID.AZ Mask ?? Brand Korea dan didatangkan khusus oleh Klinik Deematologi Korea yang khusus untuk anti-aging , menganjalkan dan pendek kata untuk menjadikan kulit muka supaya sentiasa cantik berseri . Mulanya Sal pelik gak kenapa nama produk ni unik sangat . Rupanya ID tu merujuk kepada Asia Beauty Care dan AZ membawa maksud dari A sehingga Z . Huh ! sounds gud kan ?

ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask (Nutrition) – RM19.90
Sal berpeluang cuba 3 jenis mask dari ID.AZ yang pada kiraan Sal mempunyai kelebihan tersendiri . Paling mengujakan adalah ID.AZ Dermastic GOLDEN-Fit Mask sebab ia dikategorikan sebagai Nutrition Facial Mask . Didatangkan dengan color golden pada mask dan mempunyai βkuasa emasβ , tertarik sungguh nak try yang ni dulu sebab packaging dia besar . ID.AZ Dermastic GOLDEN-Fit Mask mempunyai kandungan yang tidak diragui lagi iaitu emas , royal jelly , madu , propolis , ginseng merah , kolagen, pathenol , ceramida dan aloevera .
Memiliki ciri yang mampu mencerahkan kulit selain membersihkan kulit muka dan mengurangkan garisan halus pada kulit . Kandungan madu dan royale jely bakal menjadikan kulit semakin anjal dan sihat .Super wow !! Takyah dah nak keluar rumah berβspa bagai . Bila pakai lama sikit kat muka , korang akan rasa seperti ada daya tarikan dan pembentukan di muka kesan dari hidro gel golden yang terkandung dalam ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask . Lepas pakai mask ni korang akan terasa muka jadi tegang dan anjal . Sangat mudah dipakai , just lekatkan pada muka sebab full coverage dan selesa .
Pada yang mengalami kulit muka kering , kusam atau kasar .. recommended !
ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating) – RM12.90
Untuk ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask ni Sal suka gak sebab lepas pakai kulit muka terasa lembap semacam . Macam kena simbah air sebaldi ibaratnya lepas try mask ni . Kulit terasa lembut macam baby . Biasala , Sal keja dalam persekitaran aircond yang sebenarnya tak berapa baik untuk kulit . So , kena rajin lembapkan muka supaya takla cepat berkedut .. huhuhu .

Mask ni terdiri daripada kolagen marin (bahan dari air lautan dalam), kolagen air laut, asid hyaluronik , panthenol dan betaine yang bertujuan untuk mendapatkan kesan kelembapan yang terpantas. Masa pakai mask ni memang fit pada kulit muka dan selesa sungguh . Tak perlu dah nak tepek moisturizer bagai . Lupa lak , bila korang bukak pack ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask ni akan ada essence .. jangan buang lak . Korang pakai kat tangan as a pelembap .
BACA JUGA: Tips Elak Muka Berjerawat
Bila kerap korang pakai ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask , kulit muka akan rasa cerah , anjal dan kesan flawless akan timbul . Teruja tak??? hehehe
ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening) – RM12.90
Ha , yang ni mesti ramai yang nak try kan ? Sape tak nak kulit cerah kan dan Sal percaya yang keserian di wajah akan hadir bila tona muka sekata . Mask ni mempunyai mutiara yang tak kan nampak dengan mata kasar tapi mampu merawat kulit muka ya . Lagi kerap korang pakai , kesan akan nampak .
Kandungan yang terdapat dalam ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask adalah hyaluronic, asid, teh hijau, perar, raspberry, licorice, witch hazel, blueberry dan trehalose. Setiap kepingan mask ni didatangkan khusus berbentuk microfiber β¦ nipis dan sangat lembut . Bila lembut ia sangat mudah melekat di muka . Cecair atau essence pada mask bila tengok bebetul bukan jernih tapi color putih sedikit .. unik !
Cara Pakai Rangkaian ID.AZ Dermastic Mask
- Koyakkan pek sheet mask dan tanggalkan plastik
- Pakai mask pada mula dan adjust ikut kesesuaian muka . Biarkan selama 10-20 minit , kemudian tanggalkan dan tepuk tepuk sikit muka perlahan sehingga serum mask menyerap ke dalam kulit .
Pandangan Tentang ID.AZ Dermastic Mask
Sal amat berpuas hati bila cuba kesemua ID.AZ Dermastic Mask . Sesuai sangat dengan kulit muka dan tiada kesan sampingan . Bila dah try baru berani nak share dengan korang semua . Sebab Sal bukan jenis share produk tanpa cuba dulu . Dah puas hati baru berani nak inform korang .
Bila pakai secara konsisten , akan nampak perbahan pada kulit muka . Bau mask ni pun best dan amat menyenangkan . Sejujurnya Sal katakan memang berbaloi pakai ID.AZ Dermastic Mask sebab dari segi harga memang mampu dibeli (tidak terlalu mahal) . Tapi korang still ada option nak pilih untuk pakai mask yang mana satu .
Lagi satu yang Sal perasan , time nak makeup tu kan lepas settle pakai ID.AZ Mask , smooth giler . Foudation pun mudah nak apply dan sekata . Menjimatkan masa makeup dan muka pun nampak flawless . Korang tengok je la gambar yang Sal share !

Jangan lupa ya untuk cuba ID.AZ Dermastic Mask, sebab memang best . Nak bawak travel pun mudah dan apa yang penting brand ini selamat digunakan dari A hingga Z . Maklumat lanjut atau nak cari mana ID.AZ Dermastic Mask ni korang boleh tengok sini :
Dah cuba juga. Best dan ada perubahan lepas penggunaan sheet mask ni. Paling suka hydro gel tu
Agaknya untuk yang ada masalah muka macam jeragat pun bagus..
Wahhh cantiknya kulit muka awak! Teringin nak kulit licin tapi diri ini tak rajin sangat nak pakai mask π Lepas baca sharing awak ni excited pula nak jaga muka!
nampak menarik pulak mask ni kak. saya sendiri pon kadang2 bila beli mask tak pakai2. malas. bila tengok je dah tamat tempoh dh haha.
Thank you share tentang mask ni. Macam best je. Bolehla cuba mask yang ni plak nanti
Kulit memang nampak berbeza lah lepas pemakaian! Teringin pula nak cuba ni. Berapa harganya ya? Mahu wajah cantik lembap glowing juga, hehehe
Selalu dengar brand ni dan ramai yg bagi feedback positive. Teringin nak guna nanti boleh try lepas yg sedia ada dah abis
Wah.. Nmpk menarik.. Boleh AM cuba juga mask ID. AZ nie.. Tq atas perkongsian.. πππ
Wah menarik masknya! Saya sebelum ini ada juga beberapa kali pakai mask, itupun selepas dipaksa oleh kakak dan adik beradik yang lain. Haha. Nanti saya recommend mask ni dkt kakak saya ya. π
makin cantik la kakak cantik ni hehehhe
Never heard of this brand before but it sounds so beneficial. Great share!
Menariknya yang masker emas tu. Macam teringin nak try gak.
Rawlins dah banyak baca manfaat dan review elok berkenaan ID.AZ nie. Nampak gaya kena try gak la.