Manfaat Keberkesanan ID.AZ Mask – Sal nak tanya sikit , korang rajin tak pakai mask di muka ? Serious kata , if kita nak muka cantik … kena la rajin sebenarnya . Tak perlu nak pakai skincare atau produk yang mahal sangat . Cari produk yang bersesuaian dengan bajet korang dan paling penting , rutin seharian atau mingguan kena konsisten .

Sejauh Mana Manfaat ID.AZ Mask

Harini Sal nak share tentang mask wajah yang sebelum ni tak pernah pun try . Ada jugak tercari mask yang bersesuaian dan tidak terlalu leceh nak pakai . Taula , bila kita dah busy kerja memang masa tu terlalu terhad . Tambahan masa Sal banyak dihabiskan dengan urusan anak anak dan rumah . Cuma Sal tak nak jadikan itu sebagai alasan untuk tak jaga kulit muka . Bila ada peluang cuba ID.AZ Mask yang dengarnya mempunyai nutrisi , berupaya melembap dan mencerahkan Wajah .. tak lengah tau . Dengarnya banyak manfaat dan keberkesanan ID.AZ Mask ni .

Pernah kawan bagi tips , sambil buat kerja rumah tu tepek je mask di muka . Ye tak ye jugak kan … sambil  menyapu , basuh pinggan kita letak di muka . Rasanya tak mengganggu pun dan tanpa kita sedar sebenarnya kita dah pun buat rutin penjagaan muka . Banyak pulak celoteh , meh nak share mask yang pada mulanya Sal ingat mahal . Dengar golden je dah takut nak try tapi … bila sekali dah cuba . Memang kena ada stok la kat rumah . Best wooo .

Korang pernah dengar produk ID.AZ Mask ?? Brand Korea dan didatangkan khusus oleh Klinik Deematologi Korea yang khusus untuk anti-aging , menganjalkan dan pendek kata untuk menjadikan kulit muka supaya sentiasa cantik berseri . Mulanya Sal pelik gak kenapa nama produk ni unik sangat . Rupanya ID tu merujuk kepada Asia Beauty Care dan AZ membawa maksud dari A sehingga Z . Huh ! sounds gud kan ?

Manfaat Keberkesanan ID.AZ Mask

ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask (Nutrition) – RM19.90

Sal berpeluang cuba 3 jenis mask dari ID.AZ yang pada kiraan Sal mempunyai kelebihan tersendiri . Paling mengujakan adalah ID.AZ Dermastic GOLDEN-Fit Mask sebab ia dikategorikan sebagai Nutrition Facial Mask . Didatangkan dengan color golden pada mask dan mempunyai ‘kuasa emas’ , tertarik sungguh nak try yang ni dulu sebab packaging dia besar . ID.AZ Dermastic GOLDEN-Fit Mask mempunyai kandungan yang tidak diragui lagi iaitu emas , royal jelly , madu , propolis , ginseng merah , kolagen, pathenol , ceramida dan aloevera .

Memiliki ciri yang mampu mencerahkan kulit selain membersihkan kulit muka dan mengurangkan garisan halus pada kulit . Kandungan madu dan royale jely bakal menjadikan kulit semakin anjal dan sihat .Super wow !! Takyah dah nak keluar rumah ber’spa bagai . Bila pakai lama sikit kat muka , korang akan rasa seperti ada daya tarikan dan pembentukan di muka kesan dari hidro gel golden yang terkandung dalam ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask . Lepas pakai mask ni korang akan terasa muka jadi tegang dan anjal . Sangat mudah dipakai , just lekatkan pada muka sebab full coverage dan selesa .

Pada yang mengalami kulit muka kering , kusam  atau kasar .. recommended !

ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating) – RM12.90

Untuk ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask ni Sal suka gak sebab lepas pakai kulit muka terasa lembap semacam . Macam kena simbah air sebaldi ibaratnya lepas try mask ni . Kulit terasa lembut macam baby . Biasala , Sal keja dalam persekitaran aircond yang sebenarnya tak berapa baik untuk kulit . So , kena rajin lembapkan muka supaya takla cepat berkedut .. huhuhu .

Manfaat Keberkesanan ID.AZ Mask
senang sangat pakai rangkaian ID.AZ Mask dan selesa

Mask ni terdiri daripada kolagen marin (bahan dari air lautan dalam), kolagen air laut, asid hyaluronik , panthenol dan betaine yang bertujuan untuk mendapatkan kesan kelembapan yang terpantas. Masa pakai mask ni memang fit pada kulit muka dan selesa sungguh . Tak perlu dah nak tepek moisturizer bagai . Lupa lak , bila korang bukak pack ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask ni akan ada essence .. jangan buang lak . Korang pakai kat tangan as a pelembap .

BACA JUGA: Tips Elak Muka Berjerawat

Bila kerap korang pakai ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask , kulit muka akan rasa cerah , anjal dan kesan flawless akan timbul . Teruja tak??? hehehe

ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening) – RM12.90

Ha , yang ni mesti ramai  yang nak try kan ? Sape tak nak kulit cerah kan dan Sal percaya yang keserian di wajah akan hadir bila tona muka sekata . Mask ni mempunyai mutiara yang tak kan nampak dengan mata kasar tapi mampu merawat kulit muka ya . Lagi kerap korang pakai , kesan akan nampak .

Kandungan yang terdapat dalam ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask adalah hyaluronic, asid, teh hijau, perar, raspberry, licorice, witch hazel, blueberry dan trehalose. Setiap kepingan mask ni didatangkan khusus berbentuk microfiber … nipis  dan sangat lembut . Bila lembut ia sangat mudah melekat di muka . Cecair atau essence pada mask bila tengok bebetul bukan jernih tapi color putih sedikit .. unik !

Cara Pakai Rangkaian ID.AZ Dermastic Mask

  • Koyakkan pek sheet mask dan tanggalkan plastik
  • Pakai mask pada mula dan adjust ikut kesesuaian muka . Biarkan selama 10-20 minit , kemudian tanggalkan dan tepuk tepuk sikit muka perlahan sehingga serum mask menyerap ke dalam kulit .

Pandangan Tentang ID.AZ Dermastic Mask

Sal amat berpuas hati bila cuba kesemua ID.AZ Dermastic Mask . Sesuai sangat dengan kulit muka dan tiada kesan sampingan . Bila dah try baru berani nak share dengan korang semua . Sebab Sal bukan jenis share produk tanpa cuba dulu . Dah puas hati baru berani nak inform korang .

Bila pakai secara konsisten , akan nampak perbahan pada kulit muka . Bau mask ni pun best dan amat menyenangkan . Sejujurnya Sal katakan memang berbaloi pakai ID.AZ Dermastic Mask sebab dari segi harga memang mampu dibeli (tidak terlalu mahal) . Tapi korang still ada option nak pilih untuk pakai mask yang mana satu .

Lagi satu yang Sal perasan , time nak makeup tu kan lepas settle pakai ID.AZ Mask , smooth giler . Foudation pun mudah nak apply dan sekata . Menjimatkan masa makeup dan muka pun nampak flawless . Korang tengok je la gambar yang Sal share !

Manfaat Keberkesanan ID.AZ Mask
Manfaat Keberkesanan ID.AZ Mask

Jangan lupa ya untuk cuba ID.AZ Dermastic Mask, sebab memang best .  Nak bawak travel pun mudah dan apa yang penting brand ini selamat digunakan dari A hingga Z . Maklumat lanjut atau nak cari mana ID.AZ Dermastic Mask ni korang boleh tengok sini :

Website: id-az.co.kr

WATSON