Rasa cam dah bersarang blog ni sebab agak lame dah me tak jengah…masa amat mencemburui sejak kehadiran permata hati kedua…kelam kabut jugak dibuatnya…haru..baru 2 orang…agaknya kalu 4-5 orang camne pulak…sabo jelakan…seingat me masa berpantang Khalish…banyak sangat masa yang me penuhkan dengan mencari info yang berkaitan penyusuan SI…tapi sekarang nak pegang lappy kesayangan pun berkira…jeling jela dari jauh…takpun jerit sikit kat Mr Hubby kalau nak cari info..
Alhamdulillah..hari ke-15 jaundice Khaleef semakin kurang…patutnya harini berulang ke hospital untuk check bacaan jaundice tapi me tak pegi pun…Khaleef semakin hari semakin aktif..berbeza dengan Khalish…mungkin masa preggy pun me aktif semacam..InsyaALLAH…semoga perjalanan me sekeluarga dipermudahkan olehNYA..
Harini pun ramai blogger dan rakan-rakan FB memperkatakan tentang azam sempena kedatangan 2012…ape azam me ye…tiap orang pasti ada impian..me pulak suka berangan je dulu..tapikan..tanpa kita sedari anganan tu adakalanya menjadi kenyataan..happy je rasa bila impian kita tercapai…setakat ni me belum terfikir lagi sejauh mana azam yang perlu dicapai tapi kalau bab berazam nak tambah anak tu adela jugak…boleh tak gitu…heehee…seronok rasanya bila ada big family…dikelilingi oleh anak-anak yang comel dan bijak…InsyaALLAH…tapi bila teringat bab nak bersalin…terus fikir berkali-kali…bak kata Mr Hubby..
“sakit kejap je kan”….
Aduhai….hanya DIA Yang Mengetahui Segalanya sebab kesakitan itu datangnya dari DIA…Subhanallah…tapi ada benarnya…kesakitan yang sekejap itulah menjentik naluri keibuan kita dan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan..
![]() |
Khalish nak merasa gak tempat tido adik |
![]() |
Khaleef…nyenyak betul masa tido…suara boleh tahan nyaring..follow ibu ke.. |
Alah bisa tegal biasa….kuatkan keazaman agar apa yang diimpikan mencapai kejayaan…percaya pada diri sendiri…jangan peduli apa kata orang…kawan bila kita kesukaan pasti ramai yang menghimpit tapi kalau kita sedih..ade ke yang sudi mendengar..
Leave a Reply