• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Parenting / Masa Bersama Anak Begitu Bermakna

Masa Bersama Anak Begitu Bermakna

March 30, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sahabat !! Jarang dapat ambik gambar bersama  Khalish , Khaleef , Khalaf . Jenuh nak suruh bergambar . Ade je yang tergeliat tak kena . Pendek kata payah nak suruh bersama . Tapi kalini dapat jugak dan akhirnya dapat ibu snap gambar anak anak ibu yang genius . Dan harini ibu nak bersama anak anak sebab pada ibu masa bersama anak begitu bermakna . Bukan kata tak selalu bersama , cuma kalini extra sikit la

Masa Bersama Anak Begitu Bermakna Seandainya ….

Semua ralit nonton . Suruh pandang kamera pun taknak dah . Siapa kata tak geram , tapi bolehla simpan sini ebagai kenangan kan ?? dari takde . Lucu pun ada kadang , kudapan tak tinggal . Kebetulan Sal ada beli sekampit kerepek pisanng kat pasar tani . Kadang tu tak sampai sehari selesai 4 hero ngabiskan . Ehh betul ke 4 , ho laaaa . Apak eh jangan lupa lak yea .
Masa Bersama Anak Begitu Bermakna
tekun sungguh anak anak ibu nonton
Bila ujung minggu gini kebiasaannya masa Sal banyak dihabiskan bersama anak anak . Ibu bekerja , ginila kan . Masa ni la Sal akan tengok betul betul perkembangan anak anak . Serius , waktu ni je Sal akan teliti satu persatu setiap perbuatan atau butiran percakapan anak anak . Kadang tu Sal akan buat aktiviti yang simple dengan anak anak . Particular jugak Sal tentang tahap penguasaan skil moto halus anak anak . Bukan apa , skil ni sangat penting sebab nanti bila masuk alam persekolahan .. skil ni yang banyak digunakan .
Jangan ambil mudah ya dan dalam pada tak sedar kadang tu ada aktiviti kita buat bersama anak anak dah ada pun aktiviti motor halus secara tak langsung . Pernah tak korang bawak anak korang ke laut main pasir ? Haaaa , perasan tak kat situ ade dah ransangan anak anak bila bermain dengan pasir .
Sure korang bawak set lengkap permainan yang ada baldi comel , penceduk pasir , acuan , lori kecik dan banyak lagi . Macam Sal , pernah je suruh yang abang abang letak pasir atas badan adik yang kecik . Tapi kena cepat sebab kalau adik bangun , memang tak jadi . Kadang tu bina istana pasir . Tu kalau ke laut la kan .

Masa Bersama Anak Begitu Bermakna Jika Kita ….

Bila tak keluar , Sal akan ajak anak anak main play dough . Memang kesukaan la anak anak sebab banyak bentuk di luar jangkaan yang akan nampak . Play dough ni memang sesuai sangat untuk motor halus anak anak . Biar dia uli , gelek … buat bentuk bagai .
Sal suka tengok part jari jemari tu ha bergerak . Seronok sangat time membentuk . Lepas tu suruh anak story balik apa yang dia buat tu . Sakan happy dia story dengan penuh perasaan . Korang try la yea . Sal ni kadang bila tengah mengemas , memang curi masa duduk kejap main dengan anak anak . Sambil sambil kan … sempat je .

BACA JUGA: 10 Lokasi Menarik Bersama Keluarga Di Kuala Lumpur

Banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat , DIY pun ok . Contoh macam ajak anak menampal kolaj ke . Paling mudah beli je pelekat .. biar tangan dia ada rasa meleket leket tu ha . Dah siap tampal , simpan jadikan kenangan . Macam Sal , ada jugak hasil tangan anak yang Sal frame . Biasa la mak mak kan  !! Sayang nak buang .
Buat lakaran pun ok . Macam tracing balik dot dot tu kan . Anak anak Sal kalau part tracing ni agak jenuh la sebab maybe membosankan kot . Cuma Sal akan guna color supaya nampak la keterujaan masing masing berebut pensel warna tu ha .. kihkihkih .
Masa Bersama Anak Begitu Bermakna
bila siap terus ajuk cakap  ”ooooooo…ooo”
Masa Bersama Anak Begitu Bermakna
comel pulak bila tengok….
Hasil tangan Khalish kat atas ni . Terkadang bila fikir balik , imaginasi Khalish sukar dijangka .
Ade je pendekatan baru yang cuba diolah dan Sal sentiasa berusaha untuk kejar , belajar pemikiran anak anak .
Zaman semakin berubah , dan arus peredaran tu memang kita kena terima . Jangan dok saje sebab pada Sal , banyak pengetahuan dan kemahiran yang korang boleh dapat hanya di hujung jari . Rasanya korang faham kan maksud Sal ??

So sambil sambil tengok anak bermain atau buat aktiviti yang melibatkan skil motor halus , korang dah boleh pantau sekali perkembangan minda anak anak . Perhatikan setiap pelakuan anak anak dan satu Sal nak pesan .

Contents

  • Masa Bersama Anak Begitu Bermakna Seandainya ….
    • Masa Bersama Anak Begitu Bermakna Jika Kita ….
    • BACA JUGA: 10 Lokasi Menarik Bersama Keluarga Di Kuala Lumpur
Jangan malu bertanya sekiranya ada something yang pelik berlaku pada anak korang . Lontarkan kemusykilan korang tu pada yang pakar ya  !! Jangan dok diam . Kelak sendiri yang rugi
Ingat tau korang . Skil motor halus sangat penting sebab ianya melibatkan penggunaan otot otot kecil ang mampu mengawal jari atau tangan
Parenting

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Payung Pun Orait
Hujung Minggu di Bayou Lagoon Park Resort Melaka
Main Sama-sama
Previous: Nasi Lemak Antarabangsa Diakui Tersedap
Next: Makan Cendawan…Terapi Kanser..HIV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM