Masalah Dalam Kehidupan Umpama Kopi – Hidup ni tak pernah lari dengan masalah . Takkan kita nak buat tak tahu je , kena hadap jugak dengan hati yang penuh dengan kesabaran . Cuma Sal tertarik nak kongsi .. setiap permasalahan tu hadapilah dengan jiwa yang tenang .

Betul Ke Masalah Dalam Kehidupan Ni Umpama Kopi

Baru ni Sal terdengar melalui media sosial ceramah ringkas oleh Ustaz Badlisha mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang Hamba Allah . Penerangan yang sangat jelas melalui perumpamaan dan harapnya korang akan faham ya .

Meh baca lanjut … kata ustaz ,

Masalah Dalam Kehidupan Umpama Kopi
Masalah Dalam Kehidupan Umpama Kopi

Masalah yang kita hadapi dalam kehidupan ni umpama segenggam kopi .. nak guna OLDTOWN White Coffee kita masukkan kopi dalam bancuhan segelas air tanpa gula. Pahit tak korang rasa ? Mesti la kan , segenggam kot .

Dan seandainya kita campakkan segenggam lagi kopi ditangan dalam perigi yang besar dan mengandungi banyak air . Ambil segelas air perigi tu dan minum . Rasa tak kepahitannya .. Sure tak kan ?

So , masalah dalam hidup kita ni macam segenggam kopi . Yang bezanya cara kita nak selesaikan masalah tu . Sama ada kita nak guna ‘bekas yang kecil’ seperti gelas atau ‘bekas besar’ yang lain . Bekas kecil akan terasa kepahitan dan sebaliknya bekas besar tak kan berasa .

Setakat ni korang faham tak ?? Sila hadam ya .. hehehe

Maknanya bila kita ada masalah, yang menentukan masalah tu untuk jadikan kita tension , stress atau tidak adalah HATI.

Bila hati kita kecik , masalah tu akan rasa besar. Kalau hati kita besar … tak rasa sangat bebanan masalah tu.

Biar korang besar jiwa … jangan besar kepala.

Dalam kehidupan . Bila kita hadapi masalah , jangan perkecilkan masalah tapi besarkan jiwa .

BACA JUGA: Kena Tahu Jaga Hati Isteri

Kalau jadi pokok paling tinggi … jangan takut ditiup angin . Kalau takut ditiup angin , sila jadi rumput. Tapi rumput dipijak orang pulak kan . Tepuk dada tanya selera !

Kuatkan semangat dalam kehidupan , hadapi rintangan dan cabaran dengan penuh kesabaran . Sebagai manusia mana la nak lari dari masalah .. kiri tepis , kanan datang . Settle depan , belakang mari . Sila jangan lari dari masalah ya korang .

Credit: @ustazbadlisha