Assalamualaikum dan Salam Rejab 1444H . Sebut je McDonald’s siapa yang tak suka kan . Sal sendiri ada pengalaman tersendiri bila mana restoran yang boleh dikatakan no 1 di hati ini menjadi pilihan untuk Sal bekerja masa zaman muda mudi dulu . Sebab apa Sal kerja sini ?? Haaaa .. mai baca lanjut story macam mana McDonald’s kukuhkan kedudukannya sebagai majikan pilihan untuk belia
McDonald’s Buka Peluang Untuk Belia
Baru ni Sal dapat tahu yang McDonald’s Malaysia komited mendekati golongan belia di Negara ini melalui platform media sosial . Tujuannya adalah untuk memperkenalkan dengan lebih luas lagi pilihan kerjaya yang boleh diterokai di dalam empayar McDonald’s Malaysia .
Sal kagum dengan inisiatif yang digunakan oleh pihak pengurusan McDonald’s dalam menggunakan platform media sosial untuk menarik lebih ramai lagi golongan belia dan beliawanis menyertai bidang kerjaya yang ditawarkan . Tambah bila platform media sosial sekarang atau lebih dikenali sebagai ‘SOCMED’ menjadi perantara atau penghubung utama McDonald’s Malaysia melalui siri drama mini “Kau Sundaeku” sejumlah sembilan episod .. terus kebaboom lagi restoran pilihan utama family ni . Yang belum tonton siri mini drama tu , pi cepat tengok kat Reels Instagram (IG) .
Baru je disiarkan start 21 Disember 2022 tahun lepas dengan setiap episod mengambil masa hanya satu minit . Siri drama yang berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latar belakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu . Seronok gak Sal layan sebab menunjukkan kepelbagaian bangsa .
Adik adik yang tergolong dalam kumpulan belia tu please , jangan siakan peluang yang ada . Banyak manfaat yang akan diperolehi bila join ‘Family McDonald’s Malaysia’ ni tau . Tak caya cuba apply
Sebenarnya .. generasi muda di Negara kita ni ramai yang mempunyai bakat terpendam dan berpotensi untuk dikembangkan . Setiap dari kita ni dilahirkan mempunyai sifat dan keunikan yang tersendiri . Sebab tu jugaklah bila difikirkan balik , kenapa McDonald’s terus memberi sokongan kerjaya kepada golongan belia .
Kenapa Kerjaya McDonald’s Malaysia Jadi Majikan Pilihan Belia
Bangga jugak Sal dengan keprihatinan pihak Pengurusan Tertinggi McDonald’s Malaysia sebab ambil tahu dan kisah dengan kehidupan golongan belia pada ketika ini melalui media sosial . ‘Thingking Out Of The Box’ sangat dan secara tidak langsung dapat mengetengahkan budaya , nilai dan banyak peluang kerjaya dapat diwujudkan. Siapa kata kerja dengan Mc Donald’s tak best ???
Berbalik pada pengalaman Sal sendiri zaman study dulu , gigih tau buat part time dengan McDonald’s . Banyak pengalaman yang Sal dapat dari segi pengurusan di kitchen , stock masuk dan keluar , jadual dan penugasan kerja shift dan banyak lagi sampai tak ingat . Masa tu pada Sal la , gaji bukan jadi ukuran dan paling best bila banyak program kerjaya yang ditawarkan dalam McDonald’s . Boleh dikatakan kita dah jadi macam satu keluarga besar bila kerja dengan McDonald’s Malaysia .
Korang pun tahu yang McDonald’s ni bukan baharu wujud pun kan . Banyak dah pencapaian yang diperolehi . Bila singgah Mekdi tu bak kata anak Sal , ramai kakak dan abang yang amik order . Tak dinafikan antara sebab Sal selesa dengan McDonald’s … service yang cepat , mudah dan pantas . Korang jangan la kecam part Drive Thru yang panjang berjela kena ‘Q’ tu . Ade je pilihan Nak cepat ha .. masuk dalam restoran , tekan tekan bayar . Siap !! Selamat menjamu selera dengan hidangan yang masih panas
Aduhhhh .. harus lepas ni Sal terus order McDelivery …
Pencapaian Tertinggi McDonald’s Malaysia Sehingga Kini Jadi Majikan Pilihan Belia
Meh Sal nak listkan antara pencapaian yang telah diperolehi McDonald’s Malaysia secara konsisten sebagai Majikan Pilihan Rakyat Malaysia :
- Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
- Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
- Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
- Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015
- Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada tahun 2013 dan berjaya mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.
Seandainya masa tu boleh diundur .. kembali ke zaman muda mudi , nak sangat Sal join bersama McDonald’s Malaysia . Tambah sekarang banyak program berbentuk latihan ditawarkan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman
Jangan tak tahu ya yang McDonald’s ada menyediakan Program Perantis Vokasional McDonald’s . Program latihan berasaskan industri selama 18 bulan ni menggabungkan 70% latihan praktikal di restoran dan 30% pembelajaran teori dalam kelas. Kejayaan program ni jugak hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian . Bukan baru wujud tapi sejak tahun 2018 lagi Program Perantis Vokasional McDonald’s telah berjaya membantu lebih daripada 3,500 belia dan beliawanis daripada pelbagai latar belakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman . Ramai dah tu .. syabas McDonald’s Malaysia
Dari segi pelaburan , jangan kata sikit ya McDonald’s Malaysia melabur untuk wujudkan program latihan seumpama ini . Sebab tu Sal pesan tadi , adik adik jangan lepaskan peluang yang ada depan mata . Kerja dengan McDonald’s Malaysia ni , uniform pun dapat percuma . Tak pening dah nak pakai baju ape ke tempat kerja . Dan sekarang siap hostel – tempat penginapan disediakan bagi yang datang dari luar kawasan .
Sasaran Program Latihan Golongan Belia Bersama McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Melalui pengembangan ini , McDonald’s dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s
BACA JUGA: Eye Pro Vision Bersama Warga Mindef
Fuhhh … Syukur Alhamdulillah . Atleast istilah pengganguran tu dapat jugak dikurangkan . So untuk adik adik … Kak Sal sarankan , sila rebut peluang keemasan ini ya . Jangan banyak sangat fikir , fresh graduate tu terus apply . Mana tahu rezeki . Moga korang beroleh kejayan dan kekal dengan prestasi cemerlang bersama McDonald’s Malaysia
Latar Belakang McDonald’s Malaysia
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Leave a Reply