| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
McDonald’s Malaysia Dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Rai Lebih 500 Anak-anak Yatim dan Asnaf Untuk Berbuka Puasa bertempat di Masjid Kampung Raja Uda , Persiaran Raja Muda Musa di Klang , Selangor .
Majlis berbuka puasa yang diadakan ini merupakan inisiatif tahunan McDonald’s dan penganjurannya dengan kerjasama MAIS , Lembaga Zakat Selangor dan YIDE pada tahun ini menjadikannya sebagai majlis berbuka puasa dengan jemputan paling ramai pernah diadakan oleh McDonald’s Malaysia .
Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10,000 dari RMHC manakala kanak-kanak menerima RM20 setiap seorang menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130,000 yang disampaikan pada majlis ini .

McDonald’s Malaysia dengan kerjasama MAIS , LZS dan YIDE Berkongsi Kegembiraan Bersama Golongan Yang Memerlukan
MAIS berasa amat sukacita dapat bersama sama McDonald’s , Lembaga Zakat Selangor dan YIDE dalam usaha sebegini yang memfokuskan kepada membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf di bulan Ramadan yang mulia.
Usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia, seperti majlis ini, seiring dengan matlamat MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu menjaga kebajikan dan memberi sumbangan kepada golongan yang berhak menerimanya.“Diharapkan supaya anak-anak yang kita raikan pada malam ini terus diberi rezeki yang melimpah-ruah bukan saja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan lain
McDonald’s berasa bangga dapat turut serta melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti ini , lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini .
Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) adalah pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia. Lebih penting lagi, GARSB adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar
Selain meraikan anak-anak yatim dan menjamu mereka dengan pelbagai hidangan tempatan untuk berbuka puasa , McDonald’s turut mengumumkan mengenai Nasi McD iaitu menu baharu yang diperkenalkan sempena bulan Ramadan.
Dilancarkan pada 10 Mei lalu , menu Nasi McD ditawarkan khusus sepanjang bulan Ramadhan untuk pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menggemari hidangan nasi untuk berbuka puasa . Nasi McD merupakan hidangan nasi yang dimasak sempurna dan disajikan dengan sambal istimewa dan juga pilihan sama ada telur rebus, ayam Goreng McD , atau kedua-duanya sekali .
Dengan setiap pembelian Nasi McD, pelanggan juga boleh menambah minuman Teh Ais Limau bersaiz medium dengan harga istimewa.
Tanggungjawab Sosial oleh McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia pada tahun ini amat komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadan , antaranya termasuklah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restorannya , tajaan moreh di 26 institusi pengajian tinggi dan juga agihan kurma dan air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen-stesen LRT terpilih .
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat juga merupakan aktiviti yang sering dijalankan di restoran-restoran McDonald’s di Malaysia . Sejak tahun 2016 sehingga kini, kira-kira 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan oleh restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.
BACA JUGA: McDonald’s Sah Halal
Di samping itu, inisiatif kemasyarakatan jangka panjang – Anugerah Guru Inspirasi telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas mereka lebih dari seorang pengajar dan memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti. Manakala, ‘Bulan Komuniti’pula adalah satu inisiatif di bulan Oktober setiap tahun bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Malaysia yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang difokuskan kepada kanak-kanak .
Latar Belakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 270 restoran di seluruh negara.
Ia turut menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan kerjaya.
Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) adalah pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia dan syarikat ini dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar. GARSB juga didaftar sebagai pembayar Zakat dan pada tahun 2017 GARSB telah membayar zakat sebanyak RM1 juta. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my
Latarbelakang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
MAIS merupakan satu entiti korporat yang ditubuhkan menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang bertanggungjawab menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di negeri selangor selaras dengan hukum syarak. Maklumat lanjut, sila layari http://www.mais.gov.my/
Latarbelakang Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Lembaga Zakat Selangor merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memikul tanggungjawab dalam hal-hal berkaitan pengurusan zakat melibatkan kutipan dan agihan zakat serta kesedaran terhadap pembayaran zakat di negeri Selangor. Maklumat lanjut, sila layari http://www.zakatselangor.com.my/
Latarbelakang Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) merupakan syarikat di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan moto “PRIHATIN KEBAJIKAN UMMAH”. Skop utama syarikat ini adalah menyediakan kemudahan Pusat Rawatan Hemodialisis. Sehingga kini, YIDE mempunyai enam cawangan Pusat Dialisis MAIS (PDM) di Shah Alam, Kapar, Taman Melawati, Kuala Selangor, Sungai Besar dan Bukit Jelutong. Maklumat lanjut, sila layari http://www.yide.com.my/
Berikut senarai rumah-rumah kebajikan yang menerima sumbangan:
- Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS) di Rawang, Selangor
- Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor di Petaling Jaya, Selangor
- Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah di Klang, Selangor
- Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah di Rawang, Selangor
- Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah di Klang, Selangor
- Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang di Kuang, Selangor
- Rumah Amal Raudhatul Jannah di Banting, Selangor
- Rahoma Darul Fakir di Subang, Selangor
- Rumah Kasih Harmoni di Sungai Buloh, Selangor
- Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha di Batu Caves, Selangor
- Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah di Hulu Langat, Selangor
- Pusat Jagaan Siraman Kasih di Rawang, Selangor
Leave a Reply