McDonald’s Malaysia perluas rangkaian McDelivery melalui khidmat penghantaran – Korang suka makan McDonald’s tak ?? Meh Sal nak share sikit perkembangan terkini di mana setiap pesanan hidangan sajian McDonald’s hanya melalui McDelivery ditingkatkan lagi demi keselesaan dan kemudahan seisi keluarga .
Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s , tambahan titik penghantaran di seluruh negara, dan kerjasama dengan foodpanda dalam satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran mereka pada bila-bila masa , di mana-mana sahaja . Syok woo !!

Capaian dan liputan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun dan 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025
McDonald’s Malaysia Perluas Rangkaian McDelivery Melalui Khidmat Penghantaran
Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang kini menjurus kepada penghantaran khidmat pesanan hidangan set McDonald’s , manisan atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan E-Dagang . Rasa korang dah boleh agak dah …
Peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda , McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini . Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018 , McDelivery telah mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Khidmat Penghantaran McDelivery Melalui Apple App Store dan Google Play Store
Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s , yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store , bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan . Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan , tempahan untuk majlis hari jadi , mencari lokasi restoran , permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s dan juga maklum balas pelanggan .
Pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka . Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai pusat setempat untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini .
Peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari – McDonald’s Malaysia Perluas Rangkaian McDelivery Melalui Khidmat Penghantaran .
Usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan , yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah – Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia .
Rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja , kesesakan jalan raya , atau lebih suka berehat di rumah , mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka . – McDonald’s Malaysia Perluas Rangkaian McDelivery Melalui Khidmat Penghantaran
BACA JUGA: Burger Rio Kini Kembali Sempena Pelancaran Kempen ‘Discover the World’ McDonald’s
Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini , McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang telah tetapkan seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini . Strategi jangka panjang ini adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025 .
Perkongsian Strategik McDonald’s Bersama Foodpanda
Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh Negara . Foodpanda merupakan rakan terbesar di mana McDonald’s teruja untuk memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina bagi mendekati lebih ramai pelanggan di Malaysia .
Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda . Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri – Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das
Memandangkan perkhidmatan penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan , McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang . McDonald’s Malaysia kini mempunyai logo baharu McDelivery .
Untuk mengetahui berita terkini , sila layari :
Leave a Reply