Harini saya nak kongsi tentang susu ibu. Mengapa saya sendiri mengambil inisiatif untuk menyusukan sepenuhnya anak saya..sedangkan lambakan susu formula memang tak dinafikanla sekarang..pantang lalu kat pasaraya..sure ada promoter yang tegur …Anak puan berapa tahun ni…?? Minum susu apa ye sekarang ??
Nak cuba tak susu yang ni..ada 2-3 perisa??
Biasanya saya akan senyum dan balas balik…Maaf ye, anak saya setakat ni full BF…kadang-kadang saje saya gatal nak lalu kat tempat susu formula…haahaa…melampaukan..tak mau meleret lagi menceceh…Jom kita timba ilmu mengapa perlu susu ibu…

Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk anak anda kerana ianya mengandungi kesemua nutrien penting yang diperlukan dalam 6 b ulan pertama usia anak anda. Jom kita baca apakah kebaikan yang terkandung dalam susu ibu:

  • Mengandungi kandungan zat besi yang lebih mudah dicernakan berbanding susu lembu, yang membolehkan penyerapan sehingga 70% berbanding 30% dengan susu lembu.
  • Mengandungi kandungan laktosa yang tinggi berbanding susu formula. Laktosa adalah penting sebagai sumber tenaga dan dalam pembentukan sistem saraf tunjang.
  • Mengandungi lebih protein susu daripada casein berbanding susu lembu kerana protein susu lebih mudah dicernakan berbanding casein.

Susu ibu juga meransang pertumbuhan bakteria baik dan menghalang pertumbuhan bakteria tidak baik dalam usus kecil anak anda.  Di samping itu, susu ibu juga kaya dengan antibodi yang menolong badan untuk melawan jangkitan, alahan serta penyakit-penyakit lain.

Manfaat Penyusuan Susu Badan

Kanak-kanak yang diberi susu ibu:

  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah gastroenteritis seperti cirit-birit atau muntah semasa 3 bulan pertama
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah jangkitan pundi kencing
  • Kurang kemungkinan menghadapi asma atau gangguan pernafasan
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah insulin, tekanan darah tinggi atau kandungan kolesterol tinggi di dalam hidupnya pada masa akan datang

Sumber: ANMUM Connections – February 2011