Milk Booster Untuk Ibu Menyusu , Shatavari Himalaya – Pejam celik , dah nak hampir 2 tahun perjuangan ‘titisan emas’ diteruskan .. Syukur Alhamdulillah . Tapi , Sal takleh gembira sangat sebab sebelum ni pernah jugak ‘putus’ susu badan dek sikap leka dan ‘M’ yang melanda . Biasa la , bila anak semakin membesar .. dah mula makan , cepat je ibu hampir lupa dengan tanggungjawab nak buat stok . Alasan utama , anak dah mula kurang menyusu dan bila susu dah merundum … mula ngelabah . Tapikan , tu pengalaman lalu .. sekarang tak lagi sebab Sal dah jumpa milk booster untuk ibu menyusu , Shatavari Himalaya !!
Pernah Dengar Milk Booster Untuk Ibu Menyusu , Shatavari Himalaya ??
Jangan risau ya mommy bila susu badan mula merundum dan please !! never give up . Masih ada peluang untuk kembalikan susu badan dengan produk Himalaya >> SHATAVARI . Sure korang tertanya tanya kan pada yang tak tahu apa itu Shatavari . Pada yang tahu dan penah consume , amacam ?? ok ke pengeluaran susu badan korang .. Sal dah try dan pada mulanya memang agak tak percaya tapi bila dah start consume , baru tahu ‘penangan’ shatavari . Dengan perkataan yang mudah dan dapat Sal gambar kan .. Shatavari Himalaya berbaloi untuk dimiliki – kecil kecil cilipadi … huhuhu .
Pengeluaran Susu Badan dan Kepekatan Meningkat
Lepas consume , makin nampak perubahan pada pengeluaran susu dan kadar kepekatan juga berubah . Adakalanya Sal ni selalu jugak skip makan sebab tak sempat di office . Tau la kalau dah tak sempat nak makan tu , sikit sebanyak susu akan kurang dan bila anak menyusu , rasa macam tak puas . Kita pun sedih la jugak kan sebab salah sendiri tak makan .. tapi dengan Shatavari Himalaya , Sal dah tak risau . Alhamdulillah syukur , pengeluaran mencukupi untuk Kaariz yang kini menginjak umur 1 tahun 7 bulan .
Sal memang berniat nak menyusukan Kaariz sehingga 2 tahun . Sama macam Khalish , Khaleef dan Khalaf .. Syukur Ya Allah , peluang yang diberi oleh Allah SWT Sal gunakan sebaik mungkin dan jujur Sal katakan diri ini tak pernah rasa bosan untuk timba ilmu mengenai pengeluaran susu badan mahupun supplement yang mampu membantu meningkatkan . Sebagai ibu , kita kena usaha sebab susu badan ni banyak sangat kelebihannya . Kalau korang nak tahu , bila anak demam Sal akan kerapkan penyusuan kerana susu ibu mampu menyembuhkan anak . Terbukti !!

Susu ibu bersih dan bebas bakteria selain mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit … antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria . Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri . Sekiranya mommy mempunyai jangkitan contohnya macam demam , jangan risau untuk teruskan penyusuan sebab antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir dalam susu ibu . Bila Sal demam pun , makin kerap Sal susukan anak . Ingat tau Tips Sal ni .. hehehe .
BACA JUGA: Supplement Untuk Tingkatkan Susu Ibu
Kelebihan Shatavari Himalaya Yang Korang Perlu Tahu !!
Antara kelebihan lain yang dapat Sal kongsikan lepas consume Shatavari ni adalah masalah keletihan badan Sal dapat diatasi . Ni bonus dari kandungan herba Shatavari yang merupakan 100% herbal Indian Asparagus . Korang jangan risau sebab Shatavari di HALAL dengan harga yang berpatutan . Shatavari juga mampu mengembalikan dan menstabilkan hormon wanita selepas bersalin . So kalau nak rasa manfaat yang korang akan dapat dari Shatavari Himalaya , sila cuba ya .. Sal pun nak tahu jugak review dari korang !!
Untuk maklumat lanjut , boleh layari:
https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
https://www.instagram.com/himalayamalaysia
kejap je kan 2 tahun tu . macam baru kemarin kak sal bersalin
Alhamdulillah kali ni sampai 2 tahun ye sal. Baru ana tau himalaya ada milk booster. Boleh try kalau ada rezeki dpt anak lagi nanti
Produk himalaya ni mmg ternyata terbaik..k.el pun ada makan shatavari ni
Alhamdulillah setakat ni akak amalkan memang berkesan. TQ Shatavari!
Alhamdullilah, rasa puashati kan dapat susukan anak dengan suau ibu nie.. Bagus produk Himalaya nie kan Sal..
Bagus milk booster ni…selain tu kena pastikan minum air banyak
Bagus milk booster ni…selain tu kena pastikan minum air banyak supaya permintaan selari dengan kehendak
Qaseh pun pernah cuba shatavari ni , memang bagus
tak tau nak komen apa bab ni. semoga susu makin banyak ye hahaha
Selalu juga guna produk keluaran Himalaya ni tapi Lia selalu guna syampoo jer. Tak pernah tahu pun ada produk Shatavari yang sesuai untuk ibu menyusu.Boleh lah lepas ni syorkan dekat kawan-kawan yang dah kahwin.
http://www.liahasty.com
Nak tanya kalau utk anak yg ada g6pd boleh ke ibu mkn pil himalaya nie?minta penjelasan..