• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama Inner Dark Collar

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama Inner Dark Collar

December 16, 2019

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama Inner Dark Collar – Pejam celik lebih kurang dua minggu lagi sesi persekolahan bagi tahun 2020 akan dibuka . Kejap betul masa berlalu kan , korang dah settle ke baju sekolah anak anak . Sal memang akan ready awal sebab tak nak kalut last minit dan nanti dengan takde size nya . Haru wweehh .

Contents

  • Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama .. Inner Dark Collar
    • Kenapa Mesti Pilih Miracle Caliph Untuk Uniform Sekolah Agama
      • BACA JUGA: Sabun Cuci Uniform Putih

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama .. Inner Dark Collar

Untuk anak anak Sal , pakaian sekolah kebangsaan dah ada cuma yang ‘terkandas’ adalah uniform sekolah agama . Puas gak cari sebab anak Sal yang nombor dua tu badan dia berisi sikit . Pernah ada satu ketika tu bila dapat cari baju , seluar pulak tak muat . Seriously sampai naik fed up !

Tapi , kena la cari sampai dapat .. tak kan nak dok diam je . Sampai Sal terbaca post dari Ben Ashaari tentang satu kedai yang menjual baju sekolah anak anak . Mulanya buat tak kisah tapi Miracle Caliph ni ada daya tarikan yang tersendiri .

Mesti korang akan balas balik …

“Ala uniform sekolah, banyak kedai boleh dapat kot !”

Ha … tapi Miracle Caliph ni lain ye sahabat . Baju sekolah yang didatangkan khas dengan inner dark collar atau nak lebih faham , belah area kolar baju tu ada lapisan kain hitam . Disitulah terletaknya ‘miracle’ pada Sal .

Kenapa Mesti Pilih Miracle Caliph Untuk Uniform Sekolah Agama

Belum pernah lagi Sal jumpa baju sekolah yang berkolar hitam (belah dalam) atau inner dark collar . Sangat memudahkan bila dibasuh dan rasanya semua ibu atau mak mengalami apa yang Sal rasa selama ni bila sesi persekolah bermula . Tiap kali lepas anak bukak je baju sekolah sebelum nak rendam tu , sure dah kena sental part kolar baju . Tu belum lagi part lain yang kena air milo .. sambal .. water color … kaki seluar yang terpijak dengan tumit kasut lagi , haruuuuu

Nak nangis rasa oooiii , bukan sehelah dua . Baju sekolah pagi .. sekolah agama . Yang abang , yang adik . Next year tiga orang sekolah tu . Alhamdulillah , bila terjumpa dengan Miracle Caliph , uniform sekolah agama terus settle tau . Syukur …

Gigih Sal ajak Mr Husband ke Shah Alam sebab rasa berbaloi sangat . Sampai sana layanan memang A++ , tunjuk je anak dengan pantas terus adik yang keja situ tanya nak uniform sekolah apa dan color apa . Dan paling gembira sebab size ada , cakap je anak pakai size apa .. memudahkan .

Baju Sekolah Miracle Caliph Berkualiti dan Berbaloi – Inner Dark Collar

Baju sangat berkualiti dan jahitan pun tiptop ! Ni Sal dengar dari mulut Mr Husband sendiri masa dia dok belek baju sekolah kat situ . Payah gak nak dengar dari mulut dia kata gitu … so korang dah boleh agak kan baju sekolah Miracle Caliph ni macam mana .

Bukan setakat baju sekolah yang biasa je ade kat Miracle Caliph ni . Yang mana anak jadi Pengawas , Pegawas Pusat Sumber (Pustakawan) , Pembimbing Rakan Sebaya  semua ada .. yang pakai vest , ha termasuk tudung sekolah . Serba serbi ada baik sekolah rendah atau sekolah menengah . Pada cikgu taska , tadika atau pra sekolah pun Sal syorkan tempah sini . Harga confirm berbaloi ! Cepat grab sebab tengah ada sale ni potongan 20% diskaun bagi setiap pembelian dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019 .

vest pun pelbagai color ada …
korang test je size yang ada ni..confirm selesa untuk anak-anak pakai

Lagi satu , baju sekolah untuk anak anak perempuan siap ada zip ya di bahagian poket . Tak perlu nak risau kot duit tercicir , tau la ragam anak anak . Sal rasa korang patut pegi dan tengok sendiri uniform atau pakaian seragam keluaran anak tempatan kita ni – Miracle Caliph .

BACA JUGA: Sabun Cuci Uniform Putih

Belum pegi memang rasa cam biasa , tapi bila dah pegi korang akan rasa aura inner dark collar tu disamping set kelengkapan lain macam sampin , stoking .. aiisshhh serba lengkap tau . Tang color tu toksah nak risau la .. pakat ada je .

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama
cakap je nak color ape …

Hurmmm , lupa pulak .. time nak membeli tu Sal ade gak bertanya boleh ke anak anak pakai baju kolar hitam ni . Yelah risau jugak kot dah beli nanti pihak sekolah kata tak boleh pakai . Jawapan yang diterima amat melegakan hati Sal di mana uniform keluaran Miracle Caliph ni memang dah ada kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia – MyIPO

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama
Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama Inner Dark Collar – inovasi anti daki

Fuuuhhh lega !

Insya Allah , untuk tahun yang mendatang Sal dah tahu kat mana nak beli baju sekolah berkualiti , berbaloi dan paling penting inner dark collar atau berkolar hitam . Memudahkan urusan nak membasuh ,lega sangat sebab kerja jadi pantas . Macam Sal ni kerja so akan sentiasa bermain dengan masa .. hehehe .

Oh ya ! Dengan Miracle Caliph ni pun korang boleh beli secara online tau . Janji tau size uniform anak anak ya . Pada yang nak tahu lanjut , korang boleh jengah:

Instagram : Miracle Caliph HQ

Facebook: MiracleCaliph

Atau boleh walk in terus ke HQ:

Alamat: No 27-1 & 27-2 , Jalan Elektron D U16/D , Denai Alam

Shah Alam. 40160 , Selangor. Malaysia

03-77343127

Whatsapp: www.wasap.my/60105527736

(untuk belian atau sebarang pertanyaan )

settle membeli … lega rasa !!
My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Ramadhan Pergi Meninggalkan Kita .. Syawal MenjelangRamadhan Pergi Meninggalkan Kita Bila Syawal Menjelang
DASHING .. Jom Ke MANCHESTER Secara Percuma 4H 3M
Terkena Sekali
Previous: Kalendar 2020 ASNB Unik
Next: Makeup Majlis Makan Malam/Dinner

Comments

  1. ziana eunos says

    December 17, 2019 at 11:48 am

    sekarang uniform banyak dah orang jua. dulu zaman kecik buat semua baju tu.

    Reply
  2. Racheal Loh says

    December 17, 2019 at 2:44 pm

    wahhh…. smart anak pakai… now so convenience ya.. can purchase online also…

    Reply
  3. Fadima Mooneira says

    December 17, 2019 at 4:02 pm

    Hehehe……. saya x dek anak so x tahu apa mo comment on this post. I just can say that you wrote a good review. Thank you for sharing. Take care.

    Reply
  4. fairyna sharina says

    December 17, 2019 at 4:47 pm

    kat denai alam je.. dekat ni.. nanti nak singgah tengok lah..

    Reply
  5. Fadzil Ahmad says

    December 17, 2019 at 6:30 pm

    Satu pembaharuan baju design dari mircale caliph. Pandai target market ibu2 yg susah nk bersihkn bahagian kolar tu

    Reply
  6. Bella Jamal says

    December 17, 2019 at 7:45 pm

    Bagus la uniform ni. Teringat masa sekolah part kolar tu sental sampai koyak la nak bersih punya pasal. Then pakai nila Ujala sb nak bg biru tk nak nmpak kuning. Bolehla suggest kt kawan2 brand ni.

    Reply
  7. Bro Framestone says

    December 17, 2019 at 7:54 pm

    Dekat area Denai Alam rupanya.. Dekat je dengan kita.. Ada banyak juga uniform dijual dekat sini… Nanti, boleh kot singgah usha2

    Reply
  8. adianiez AIDA says

    December 17, 2019 at 9:21 pm

    Now da byk tempat jual baju skola berkualiti ekk. Byk pilihan d sini.
    Aida settle dah beli baju sekokah anak2.

    Reply
  9. Fas says

    December 17, 2019 at 10:24 pm

    Bila baca nama produk ni ingat milik kumpulan Caliph Buskers ha ha… bagus gak ada baju kolar hitam di dalamnya tak la nmpak kotor sgt.

    Reply
  10. Mahamahu says

    December 18, 2019 at 12:00 am

    Untung budak-budak sekarang ni ada banyak jenama baju sekolah dan juga harga yang berpatutan huhuhuh kita dulu kecil-kecil pakai satu baju jer sampai koyak wakakak orang kampung. Tengok kat sini baju sekolah agama banyak pilihan best…

    Reply
  11. AYU RAFIKAH says

    December 18, 2019 at 12:21 am

    menarik ni..first time dengar brand ni..tersuka pulak..nanti bolehlah cari baju sekolah untuk anak di sini

    Reply
  12. Hanny Abdullah says

    December 18, 2019 at 12:34 am

    Sis tak beli apa2 lagi untuk kelengkapan sekolah anak. Dia kata last year semua boleh pakai lagi..so gunakan apa yg ada. Kalau tak lengkap..selalu dia akan ckp gan kita atau dia mintak duit beli sendiri je nanti..dah besar kan..:)

    Reply
  13. Nadia Johari says

    December 18, 2019 at 1:03 am

    Bagusla sebab baju berkolar itam..senang kalau kotor tak anmapak..kalau putih adoi renyahnya nak basuh..nanti anak dah sekolah darjah satu boleh ke sini

    Reply
  14. Zharif Azis says

    December 18, 2019 at 9:42 am

    Nampak terletak lah baju sekolah miracle caliph nie dan bagus fungsi dark coller tu. xdelah nmpk hitam bahagian tu

    Reply
  15. emi says

    December 18, 2019 at 1:16 pm

    Kejap je rasa dah nak bukak sekolah balik dah. Mak-mak la yang paling kalut nak mencari kelengkapan sekolah anak kan.

    Reply
  16. nikkhazami says

    December 18, 2019 at 1:51 pm

    senang bila semua jenis uniform ada dalam satu tempat ni. tak perlu ke sana ke mari. kualiti dan harga pun terbaik.. memudahkan urusan ibu bapa

    Reply
  17. RAIHANAH AHMAD says

    December 19, 2019 at 8:21 am

    saya belum beli apa2 kelengkapan sekolah lagi ni, baru beli buku. insyaAllah pilihan untuk pakain sekolan boleh cuba brand miracle ni pula

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM