Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama Inner Dark CollarPejam celik lebih kurang dua minggu lagi sesi persekolahan bagi tahun 2020 akan dibuka . Kejap betul masa berlalu kan , korang dah settle ke baju sekolah anak anak . Sal memang akan ready awal sebab tak nak kalut last minit dan nanti dengan takde size nya . Haru wweehh .

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama .. Inner Dark Collar

Untuk anak anak Sal , pakaian sekolah kebangsaan dah ada cuma yang ‘terkandas’ adalah uniform sekolah agama . Puas gak cari sebab anak Sal yang nombor dua tu badan dia berisi sikit . Pernah ada satu ketika tu bila dapat cari baju , seluar pulak tak muat . Seriously sampai naik fed up !

Tapi , kena la cari sampai dapat .. tak kan nak dok diam je . Sampai Sal terbaca post dari Ben Ashaari tentang satu kedai yang menjual baju sekolah anak anak . Mulanya buat tak kisah tapi Miracle Caliph ni ada daya tarikan yang tersendiri .

Mesti korang akan balas balik …

“Ala uniform sekolah, banyak kedai boleh dapat kot !”

Ha … tapi Miracle Caliph ni lain ye sahabat . Baju sekolah yang didatangkan khas dengan inner dark collar atau nak lebih faham , belah area kolar baju tu ada lapisan kain hitam . Disitulah terletaknya ‘miracle’ pada Sal .

Kenapa Mesti Pilih Miracle Caliph Untuk Uniform Sekolah Agama

Belum pernah lagi Sal jumpa baju sekolah yang berkolar hitam (belah dalam) atau inner dark collar . Sangat memudahkan bila dibasuh dan rasanya semua ibu atau mak mengalami apa yang Sal rasa selama ni bila sesi persekolah bermula . Tiap kali lepas anak bukak je baju sekolah sebelum nak rendam tu , sure dah kena sental part kolar baju . Tu belum lagi part lain yang kena air milo .. sambal .. water color … kaki seluar yang terpijak dengan tumit kasut lagi , haruuuuu

Nak nangis rasa oooiii , bukan sehelah dua . Baju sekolah pagi .. sekolah agama . Yang abang , yang adik . Next year tiga orang sekolah tu . Alhamdulillah , bila terjumpa dengan Miracle Caliph , uniform sekolah agama terus settle tau . Syukur …

Gigih Sal ajak Mr Husband ke Shah Alam sebab rasa berbaloi sangat . Sampai sana layanan memang A++ , tunjuk je anak dengan pantas terus adik yang keja situ tanya nak uniform sekolah apa dan color apa . Dan paling gembira sebab size ada , cakap je anak pakai size apa .. memudahkan .

Baju Sekolah Miracle Caliph Berkualiti dan Berbaloi – Inner Dark Collar

Baju sangat berkualiti dan jahitan pun tiptop ! Ni Sal dengar dari mulut Mr Husband sendiri masa dia dok belek baju sekolah kat situ . Payah gak nak dengar dari mulut dia kata gitu … so korang dah boleh agak kan baju sekolah Miracle Caliph ni macam mana .

Bukan setakat baju sekolah yang biasa je ade kat Miracle Caliph ni . Yang mana anak jadi Pengawas , Pegawas Pusat Sumber (Pustakawan) , Pembimbing Rakan Sebaya  semua ada .. yang pakai vest , ha termasuk tudung sekolah . Serba serbi ada baik sekolah rendah atau sekolah menengah . Pada cikgu taska , tadika atau pra sekolah pun Sal syorkan tempah sini . Harga confirm berbaloi ! Cepat grab sebab tengah ada sale ni potongan 20% diskaun bagi setiap pembelian dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019 .

vest pun pelbagai color ada …
korang test je size yang ada ni..confirm selesa untuk anak-anak pakai

Lagi satu , baju sekolah untuk anak anak perempuan siap ada zip ya di bahagian poket . Tak perlu nak risau kot duit tercicir , tau la ragam anak anak . Sal rasa korang patut pegi dan tengok sendiri uniform atau pakaian seragam keluaran anak tempatan kita ni – Miracle Caliph .

BACA JUGA: Sabun Cuci Uniform Putih

Belum pegi memang rasa cam biasa , tapi bila dah pegi korang akan rasa aura inner dark collar tu disamping set kelengkapan lain macam sampin , stoking .. aiisshhh serba lengkap tau . Tang color tu toksah nak risau la .. pakat ada je .

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama
cakap je nak color ape …

Hurmmm , lupa pulak .. time nak membeli tu Sal ade gak bertanya boleh ke anak anak pakai baju kolar hitam ni . Yelah risau jugak kot dah beli nanti pihak sekolah kata tak boleh pakai . Jawapan yang diterima amat melegakan hati Sal di mana uniform keluaran Miracle Caliph ni memang dah ada kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia – MyIPO

Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama
Miracle Caliph Uniform Sekolah Agama Inner Dark Collar – inovasi anti daki

Fuuuhhh lega !

Insya Allah , untuk tahun yang mendatang Sal dah tahu kat mana nak beli baju sekolah berkualiti , berbaloi dan paling penting inner dark collar atau berkolar hitam . Memudahkan urusan nak membasuh ,lega sangat sebab kerja jadi pantas . Macam Sal ni kerja so akan sentiasa bermain dengan masa .. hehehe .

Oh ya ! Dengan Miracle Caliph ni pun korang boleh beli secara online tau . Janji tau size uniform anak anak ya . Pada yang nak tahu lanjut , korang boleh jengah:

Instagram : Miracle Caliph HQ

Facebook: MiracleCaliph

Atau boleh walk in terus ke HQ:

Alamat: No 27-1 & 27-2 , Jalan Elektron D U16/D , Denai Alam

Shah Alam. 40160 , Selangor. Malaysia

03-77343127

Whatsapp: www.wasap.my/60105527736

(untuk belian atau sebarang pertanyaan )

settle membeli … lega rasa !!