| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 
Lame dah terniat nak ajak Mr Hubby ke Muzium Coklat sebab Sal excited nak bawak anak-anak . Cumanya kadang tu terlintas jugak , agak-agak kalau bawak 2 orang heroku – Khalish & Khaleef ni faham ke ?? Alahai , janji ibu bawak anak ibu jalan kan.

Jom Ke Muzium Coklat

Sampai je kami kat sana , teruja jugak walaupun nampak simple je tempatnya . Sesuai la bawak anak anak . Kalau besar sangat kang jenuh nak berlari sana sini ngejor anak pulak kan ..kihkihkih . Baru Sal tahu yang lokasi sebenar Muzium Coklat di Kota Damansara . Sampai jugak hajat nak bawak anak ke sini ..
Seronok tengok Khalish , semua tempat dia masuk . Penuh keterujaan muka tu dalam Muzium Coklat . Walau pun anak anak kecik lagi , Sal tetap terangkan proses pembuatan coklat seringkas yang boleh . Tak boleh la nak buat ayat panjang sangat , memadai dari mana coklat terhasil . Contohnya dari koko .. dicampur dengan susu , gula . Seringkas  yang boleh .
Muzium Coklat
sempat bergambar sakan…..

Macam macam ada dalam Muzium Coklat ni . Ok jugak bawak anak anak . Sal selalu bila weekend je ..  suka je bawak anak anak outing . Bila masa terluang , wajib bawak anak anak keluar . Masa ni kita rapatkan jalinan dan ukhuwah kekeluargaan ok !!

Muzium Coklat
gambaran dalam…

 

ada info…paling best…shopping coklat…
dan sebelum balik..apa kata kita pancing sikit coklat … bukan sikit sikit , hehe . Se’bag teruih ..

Muzium Coklat
sipa dapat free bag lagi sebab beli banyak…borong laaa

 

Muzium Coklat
hasil tangkapan arini…
Kalau nak tau lebih lanjut tentang Muzium Coklat ni , sila layari: