Pernah sembang dengan sorang kawan…
topik pasal kecantikan le..ape lagi…pompuan kan…
borak punya borak…tetiba dia tanya
…………………………..
Kawan: Hang amalkan tak makan ulam…..
Saya: Ermmm ade gakla…kacang botol..pegaga..salad comey…
Kawan: Hang patut amalkan ulam-ulaman….awet muda…
Saya: Memang tak nafikan tapi ikut dan…kalau sempat makan…kalau takde ignore je…
…………………………………
Tapi kekecik dulu masa duduk dengan nenek penah gak makan petai…jering..kerdas..
agaknya tak amalkan so anak tekak dah tak nak terima sekarang..
cuma tak dinafikan pelbagai khasiat petai ni…
Hai…pepetang hari buat antry pasal petai pulak dah…
sebab baru balik jengah Cikali…terbaca pasal sambal petai…
Meh kita skodeng jap khasiat petai…

rindu nak tengok pokok petai…

Petai mengandungi 3 sumber semuladi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang 
digabungkan dengan serat yang memberikan sejumlah besar tenaga 
dalam badan manusia. 

Terbukti dalam penyelidikan di mana dua hidangan petai 
mampu menampung tenaga yang mencukupi untuk senaman berat selama 90 minit.

Patutlah orang tua kita dulu-dulu kerja berat-berat pun boleh buat..tak heranla 
petai dikategorikan buah-buahan nombor satu yang terkemuka di dunia. 
tapi tenaga tu bukan satu-satunya cara petai membantu kita jaga kesihatan. 
Boleh jugak bantu mengatasi atau mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit
dan amat sesuai dalam diet harian kita.


Menurut survey terbaru yang dijalankan oleh MIND..orang yang mengalami kemurungan..
kembali pulih selepas makan petai sebab petai mengandungi tryptophan 
sejenis protein yang bertukar kepada serotonin, 
menyebabkan kita tenang…kembalikan awet muda buat kita rasa gembira