Assalamualaikum Sahabat !!
Harap semuanya sihat ye harini .. Sal macam biasa , minggu keja ni dah macam ‘robot’ . Settle anak anak sekolah , jadi ‘buk supir’ la . Namun , chewahhhh bila tengok muka anak anak , segala kepenatan itu hilang . Tambah bila anak ketawa mengekek . Setuju tak mommy ?? Kekuatan seorang ibu terletak pada anak anak ! Pandangan peribadi Sal semata tau .. lain orang mungkin ada maksud tersendiri .
Bila badan dah penat , kadang tu nak buat apa pun agak malas . Lesu sesangat tapi tak kan tak masuk dapur pulak . Kang dapur tak berasap . Jadinya .. untuk atasi kelesuan , Sal amalkan Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) . Kunyit ni banyak khasiat nya untuk dalaman dan luaran wanita . Tapi yang uniknya , JAKM yang Sal consume ni … kaum lelaki dan anak dara pun boleh amalkan . Bestkan !!
Cara makan senang sangat , tiap hari sebelum breakfast dan makan malam Sal minum .. jangan banyak ya . 60ML je. Sal memang sukat guna botol susu anak yang dah tak pakai .. huhuhu . Ikut hati memang sebotol boleh habis … sebab sedap !! Tak rasa kunyit langsung .. masam manis . Boleh diminum sejuk atau suam. Untuk kesegaran berterusan , Sal simpan dalam peti sejuk . Kesegaran akan kekal selama 2 hingga 4 minggu.
Korang ni tahu ke tak khasiat kunyit ? Dari dalaman , JAKM bersifat ‘mencuci’ dan hasilnya akan nampak di luaran . Bukan Sal nak kata apa , kita ni perempuan memang banyak kena ‘invest’ untuk part penjagaan badan . Baik dalaman atau luaran . Yang penting dalaman dulu ya mommy . Bila dalaman dah cantik .. automatik akan nampak luaran . Tak perlu dah nak tepek kat muka ‘berkilo’ krim . Neutral saja sudah ! Adoiii banyak lak membebel .. Sal cuma nak share , JAKM ni bukan jus kunyit semata ya .. yang macam mak bidan dulu buat masa dalam pantang . Kalau yang tu tak boleh nak amal selalu sangat sebab panas dan ‘mengeringkan’ . Dalam pantang , ok la , cuma takut lepas pantang tu ermmm … boleh memudaratkan dalaman wanita .
JAKM ni ‘homemade’ , tanpa bahan pengawet dan 100% di masak menggunakan bahan tradisional seperti ibu kunyit , halia , asam jawa , temu kunci , madu , saffron , habbatussauda dan gula melaka . Setiap ramuan tu ada manfaat yang tersendiri , meh baca jap untuk puaskan hati . Nanti idak la timbul keraguan bila minum:
- Ibu kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman , mengempiskan perut , mencantikkan kulit dan anti bakteria.
- Halia boleh mengeluarkan angin.
- Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga , menghilangkan kelesuan dan letih badan.
- Saffron bagus untuk penjagaan dan kecantikkan kulit.
- Habbatussauda mampu menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
- Madu dapat meningkatkan daya ingatan , anti kanser , meningkatkan kesuburan suami isteri dan sebagai manisan pengganti gula. Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.
Bila Sal dah try , makanya banyak la angin yang keluar .Faham sendiri la ya maksud angin tu .. hehehehe . Badan rasa ringan dan bertenaga . Harap lepas ni ada perubahan pada berat badan . Waaahhhhh …sape tak nak badan solid kan . Selain dapat mengekalkan awet muda , JAKM juga dapat mengurangi lemak dalam badan , memperlambatkan proses penuaan dan melancarkan peredaran darah.
Untuk info berkenaan JAKM ni , atau kot ada pertanyaan lanjut, korang boleh singgah :
Facebook : https://www.facebook.com/jusasamkunyitmadu/
Instagram : https://www.instagram.com/i.am.anirza
HandPhone (Whatsapp) : 010 818 1796 /0193828369
7 commentsOn Jus Asam Kunyit Madu … Cantik Dalaman dan Luaran
Tak sabar nak try , terpengaruh tgk ramai dah cuba
Teringin nak rasa jus asam kunyit madu ni tapi takut tak tertelan pulak..huhu
dah biasa minum kunyit asam ni ,,, yang ni sedap gak. lagi sedap minum ketika sejuk .. aummmm
Asam madu ni bagus tuk dalaman perempuan. Lelaki pon buleh minumm gak
haha tak berapa suka jus asam, tak boleh tahan baunya.
nampak pun dh sedap. elok buang angin ni
First time minum JAKM nie haritu, rasa segar je badan..
Mobile Sliding Menu
Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak
Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru
Read More...OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum
Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas
Read More...Salam Hari Lahir Anak Sulung Ibu I 11 Tahun
Dalam ibu tak sedar , masa kian berlalu . Anak anak ibu makin membesar dan ragam pun semakin mencabar
Read More...Best Sangat Ke Jeruk Mak Kita
Sebelum ni asyik dengar je orang dok sebut pasal Jeruk Mak Kita . Best sangat ke ?? Bukan tak
Read More...Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’
Read More...