Nak Shopping Sila Berpada – Alhamdulillah , diam tak diam harini dah 10 Ramadhan . Sekejap betul masa berlalu . Tambah bila bekerjalagi tak perasan . Masuk pagi , balik dah kena prepare untuk berbuka . Nak cari menu berbuka bukannya susah bak kata orang ‘menu tunjuk’ dan sehingga ke harini Sal belum lagi masak yang berat-berat . Setakat goreng sayur ada la dan belumberkesempatan nak masak beria . Insyaallah time weekend kot..

Nak Shopping Sila Berpada

Bila bukak bab bersahur ni kan, Sal nak berterima kasih sangat-sangat kat Mr Hubby yang disayangi sebab menu sahur dia yang sediakan . Sal memang angkat bendera putih , pewai sangat-sangat . Pernah jugak try gagahkan diri bangun masak time sahur tapi esoknya lewat petang terus rasa semacam . Nak pitam ada , muntah ada . Mungkin pembawakan so mintak permission Mr Hubby skip masuk dapur time sahur .

Alhamdulillah , Mr Hubby memahami . Tak lama lagi Syawal pulak menjelang tiba dan setakat ni ada jugak beli barang sikit-sikit . Kena amalkan berbelanja secara berhemat .  Ikut hati pompuan Sal ni semua benda yang nampak nak beli tapi Mr Hubby selalu peringatkan jangan membazir .

Mana Nak Shopping Ni ??? Nak Shopping Sila Berpada

Last weekend sempat jengah ke Jalan TAR n SOGO  . Gagahkan jugak diri sebab shopping punya pasal . Pagi lagi Sal dah ajak Mr Hubby keluar dan Khalish pun follow . Time pagi tak ramai sangat orang so senang sikit nak mencari barang .

Nasib la mood Khalish ok , sempat lagi dia sambung tido . Sebenarnya takde dalam perancangan nak pegi tapi takut dah minggu last-last barang yang nak dicari takde suma dah sold out . Yang tinggal suma tak cantik .

Tahun ni Sal memang berhajat nak belikan Khalish songkok sama patern ngan Mr Hubby Masa Khalish kecik dulu pakai kopiah je sekarang dah besar sikit tukar selera pulak . Untuk kelengkapan yang lain lain Sal akan beli dari semasa ke semasa . Nak pulun beli suma aduss , fulus terhad . heehee…