Nasi Beriani Simple Ringkas – Bila ada masa terluang ,Sal akan masak menu kegemaran anak anak . Sesekali bila berhujung minggu kita penuhi permintaan anak anak . Sal kalau pasal makan memang tak sampai hati seandainya tak tunaikan kehendak anak anak .
Mudah Je Nak Masak Nasi Beriani Simple Ringkas
Sebenarnya masak ni bukanlah susah sangat . Cuma kena ada kerajinan dan tolak tepi kemalasan tu . Masak la menu yang simple tapikan .. dari yang susah tu sebenarnya akan jadi simple bila kita selalu buat atau amalkan . Tak caya try la !
Sebagai contoh .. waktu mula masak menu nasi beriani dulu, Sal rasa asyik la tengok resepi . Siap print bagai letak kat dapur . Tapi bila dah selalu masak , automatik kita akan ingat dan time tu main campak campak je masak sebab dah expert .. hehehe
Korang try la pulak ya .. nasi beriani yang simple dan gerenti sedap !!
Bahan – bahan:
4 pot nasi (beras basmathi) – cuci dan toskan
1 kiub pati ayam
4 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Seinci halia – dihiris
Setengah potong bawang besar – dihiris
Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi
½ cawan susu cair
1-2 helai daun pandan
Sedikit pewarna makanan (oren/merah)
Cara – cara:
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang , bahan penumis dan daun pandan . Bila dah wangi , masuk beras.. jangan kacau banyak sangat . Takut beras patah .. bagi sekata bahan yang ditumis tadi dengan beras .
Masukkan beras dalam periuk , kiub ayam , susu cair .
Masukkan air ikut sukatan macam biasa korang masak nasi . Macam Sal dah terbiasa masak atas dapur .Mudah je
Bila nasi agak agak nak masak , korang masukkan pewarna sikit .. kismis dan gajus . Jangan kacau selalu tau nasi . Balik kan je sesikit .
BACA JUGA: Nasi Goreng Kampung SeriAji
Masak nasi beriani ni tak lama , dalam masa setengah jam dah masak . So korang cuba la . Bila beli luar macam mahal kan … puas hati korang masak sendiri . Pekena dengan ayam masak merah … walla !!!
12 commentsOn Nasi Beriani Simple Ringkas
sedapnyaaaa….tq resepi,nak try la
Simplenya resepi nasi beriani nie.. Boleh try la nnt..mkn ngn ayam masak merah ngn jelatah..sedapnyee..
Baiklah. Resipi nie memang mudah.
Rawlins nak share dengan my sisters, dia suka nak mencuba memacam resipi nie, nanti Rawlins nak jadi food taster
Thanks for sharing your recipe, seems pretty easy. I shall give it a try myself wanna start cooking something else other than Chinese and western food.
nampak senang je buat nasi beriani tapi tak pernah try masak. boleh cuba resepi ni nanti. nice sharing 🙂
Wah. Simple nye nk buat nasi beriyani. Ada resepi nasi beriyani tanam Ayam tu tak?
Since bahan-bahan pun dah simple, Indah kena buat jugak ni sebab nampak sodapppppp. Makan dengan kari kambing double sodapppppppp.
Ok nak cubalah resepi ni. Bella pun kalau nak buat nak yg mudah dan simple. Biasa memang malas nak masak nasi2 macam ni sebab malas. Memang betullah kena tolak kemalasan baru menjadik. Hehe.
Macam mudah je ni. Nak cuba lah cara masak nasi briyani macam ni.. sedap ke?
Terima kasih share resepi nasi beriani. Tak pernah lagi masak nasi beriani. Hihi
Ya Allah kenapa kita nampak nasi briani ni waktu hari cuti hehehe sapa nak ajak makan nasi kenduri ni lama nak sangat takut buat tak jadi tapi tengok cara kat sini macam mudah jer hehehe nak juga lah cuba..
Saya bab memasak ni memang fail. Even benda2 simple pun fail haha. TAPI bab makan memang no 1! haha. thanks for the recipe 🙂
Mobile Sliding Menu
Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak
Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru
Read More...OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum
Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas
Read More...Salam Hari Lahir Anak Sulung Ibu I 11 Tahun
Dalam ibu tak sedar , masa kian berlalu . Anak anak ibu makin membesar dan ragam pun semakin mencabar
Read More...Best Sangat Ke Jeruk Mak Kita
Sebelum ni asyik dengar je orang dok sebut pasal Jeruk Mak Kita . Best sangat ke ?? Bukan tak
Read More...Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’
Read More...