Nasi Goreng Kampung Perencah SeriAji – Sal nak tanya sikit , korang pernah tak rasa malas semacam nak masuk dapur ? Paling best bila balik keja dan time tu perut korang tengah lapar sesangat … Sal selalu je gitu tapi kena gak masak , takkan nak biar perut ‘mendidih’ .
Resipi Simple Nasi Goreng Kampung Perencah SeriAji
Syukur sangat sebab kat dapur ada ‘3 in 1’ cuma yang ni special sikit .. bukan 3 in 1 air tapi perencah masakan … hehehe . Bila kemalasan melanda Sal akan cuba masak apa yang paling mudah dan baru ni Sal ada try nasi goreng kampung denmenggunakan perencah SeriAji .
Serious mudah sesangat dan korang yang tak pandai masak pun boleh buat . Tak caye korang tengok resipi yang Sal share ni ha ..

Bahan – bahan :
2 sudu minyak masak
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah (kecil)
Segenggam ikan bilis
Semangkuk kecil fishball
Sedikit hirisan kubis (kangkung takde)
Telur sebiji
1 paket SeriAji Perencah Nasi Kampung
Semangkuk nasi putih
Cara – cara:
Panaskan minyak masak
Goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan
Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk kasar sampai naik bau
Masukkan fishball bagi garing sikit
Masukkan perencah SeriAji , nasi dan kubis tadi
Jangan lupa ikan bilis goreng
Last skali pecah telur dan masukkan
Kalau suka boleh letak garam bagi yang pemasin . pada Sal dah secukup rasa perencah tu
Siap !! Rugi tak try sebab rasanya macam order kat kedai . Bezanya yang ni korang masak sendiri dan korang boleh masukkan apa yang korang rasa nak masukkan . Takde pantang larang sebab tekak sendiri kan .
BACA JUGA: Ayam Masak Kurma Sedap
Pada anak dara pulak , sekiranya nak tunjuk skill masak ke bakal mertua pun boleh . Recommended sangat sebab confirm mak mertua puji bakal menantu . Mana yang ada sedara mara nak datang rumah untuk minum pagi atau petang pun boleh sangat nak masak nasi goreng kampung ni . Sure ada yang mintak resipi .
Nak masak ni bukan susah . Dulu Sal pun tak suka gak masak tapi lama kelamaan rasa seronok . Nak bila korang masak .. ada yang berebut nak makan !
Kinah simpan stok ni kat dapur. Bila datang mood nak makan nasi goreng guna perencah ni je. Lebih cepat dan mudah hihi