Nasi Minyak Simple Mudah Sedap

In Resipi/Resepi

Nasi Minyak Simple Mudah Sedap – Kebiasaannya hujung minggu Sal akan masak yang special sikit untuk anak anak . Menu pilihan Sal macam biasa , janji menggunakan bahan yang serba ringkas dan mudah nak masak . Duduk dapur pun mana boleh lama sangat sebab banyak benda lagi nak kemas dan hujung minggu memang Sal akan guna sepenuhnya . Kiranya masa weekend tu la jadi suri rumah sepenuh masa .

Kena Cuba Masak Nasi Minyak Simple Mudah Sedap

Sebelum nak masak , Sal akan tanya anak anak … boleh tak menu ni . Bukan apa , kang tak kena dengan selera tak makan pulak . Selagi terdaya Sal akan cuba memenuhi citarasa anak anak . Kesian sebab hari kerja memang tak sempat nak layan jadinya bila berpeluang kita penuhi kehendak anak anak . Mujur jugak la anak anak Sal jenis tak kisah part makan … janji ada sambal atau ayam goreng .

Harini Sal nak share resipi ringkas nasi minyak menggunakan bahan yang simple tetapi hasilnya memuaskan dan sedap !

Bahan bahan:

4 cawan beras basmati (basuh dan tos)

1 biji bawang besar (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1 ulas bawang kecil merah (dihiris)

2 helai daun pandan

Setengah tin susu cair

Kulit kayu manis , bunga lawang , buat pelaga

Minyak masak (masuk sikit je sebab minyak jagung takde)

1 ½ sudu besar minyak sapi

Sedikit garam

Sedikit pewarna kuning

Cara cara :

Panaskan minyak sapi  dan minyak masak . Tumis bahan penumis dan bawang yang dihiris sehingga wangi . Tutup api . Masukkan beras yang telah ditos dan gaul perlahan . Jangan kuat sangat takut beras patah .

Masukkan susu cair dan garam . Pewarna kuning jangan lupa . Akhir sekali masukkan air mengikut sukatan dan secukupnya .

Nasi Minyak Simple Sedap
Nasi Minyak dimakan bersamaayam masak merah … best wooo !!
BACA JUGA: Ayam Masak Lada Hitam Resipi Mudah

Masuk dalam rice cooker . Sal masak atas dapur sebab dah terbiasa . Simple je pun cara nak buat nasi minyak . Tak susah mana dan puas hati bila dapat masak sendiri .

Korang cuba la .. pasti menjadi !!

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

One commentOn Nasi Minyak Simple Mudah Sedap

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu