Pa&Ma Superkids Fiesta 2019 – Esok dah weekend … korang plan nak buat ape dengan anak anak . Perkara yang selalu Sal fikir bila tibanya hujung minggu . Hari biasa bagi yang berkerja , dah tentu kita busy dan terkadang tu tak sempat nak jumpa anak anak . Pagi dah dyorang sekolah kita pulak balik lewat .  Nak jumpa anak pun dah masuk tidur dan sebolehnya Sal akan cuba yang terbaik untuk lapangkan masa bersama anak anak .

Pengalaman Anak Bersama Pa&Ma Superkids Fiesta 2019

seronok tak terkata jumpa boboiboy dengan yaya .. Pa&Ma Superkids Fiesta 2019

Mingggu lepas sempat Sal bawak anak anak ke Pa&Ma Superkids Fiesta 2019 di Quill City Mall KL . Dapat tahu info berkenaan event pun di FB . Banyak sebenarnya info kat FB tapi kena rajin dan alert .

Banyak jugak aktiviti yang disediakan untuk anak anak selain dari booth untuk pameran . Part best sebab ada petting zoo , so dapatla anak anak tengok haiwan dengan lebih dekat . Sekali masuk kena bayar RM5 , so ok la selain dari kita niat nak menyumbang kan !

Ada jugak jualan lelong amal , aktiviti dari ASTRO ,melukis , kiddie ride permainan AR & VR , pemeriksaan gigi dan lain lain . Tengok anak anak Sal explore sendiri rasa lucu pun ada . Yelah , banyak benda baru yang dipelajari . Next bila ada lagi Pa&Ma Superkids Fiesta memang nak join sama .

BACA JUGA: 7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah

Tengok anak happy , kita pun ikut sama . Bersama dengan anak anak memang masa yang amat ditunggu tambah bila kita bawak anak anak tengok dunia di luar . Sambil tu mulut Sal macam  biasa la … melayan setiap pertanyaan yang keluar dari mulut anak anak yang semakin petah bercakap . Sabar je la kan , hehehe .

Terkadang tu bila kat office , fikiran merewang teringat anak anak . Time tu rasa macam nak berenti terus keja .. tapi demi kelansungan hidup , reda dan pasrah . Sebab tu bila ada kelapangan masa dan ruang Sal akan cuba sedaya upaya bersama dengan anak anak . Dengan cara tu jugak , Sal dapat merapatkan diri dan ambil peluang menyelami hari dan perasaan anak anak .

Terapi diri untuk Sal jugak sebab anak anak ni sangat menghiburkan walaupun ada masa tu macam  nak naik angin bila semua buat perangai , kihkihkih .  

So korang , cari la peluang untuk bersama dengan anak anak . Kita yang rancang dan aturkan .. jangan kata tak boleh . Percayalah , bersama dengan anak anak merupakan masa yang sangat berharga sebab moment yang tak akan dapat dilupakan sampai bila bila