• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat | Pendaftaran Atas Talian

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat | Pendaftaran Atas Talian

June 10, 2021

Assalamualaikum dan Salam Syawal 1442H . Lagi beberapa hari Syawal akan berakhir dan meninggalkan kita . Sayu rasa hati dan mudahan kita berjumpa lagi ‘rakan karib’ – Ramadan yang sentiasa dirindui . Sal harap korang tenang ye duduk di rumah sambil kita menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan . Mana yang berkerja dari rumah .. buatla sehabis baik . Harini Sal nak share tentang Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat | Pendaftaran Atas Talian

Contents

  • Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki dan Wanita Siri Tahun 2021 Pendaftaran Atas Talian
    • Cara Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki dan Wanita 2021
      • BACA JUGA: Tips Mudah Untuk Dapat Kerja Lepasan Graduan
Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat hanya dengan pendaftaran secara online

Sebelum ni tu kan , bila bukak story pasal keja .. sure ramai yang terkesan dek sebab penangan situasi semasa Negara sekarang. Harap korang dapat bersabar dan tabah hadapi ujian ini . Selalu je terlintas di fikiran tentang golongan yang terkesan dan hanya yang mampu Sal titipkan adalah doa kepada Yang Maha Esa . Moga ada sinar kebahagian buat korang dipengakhiran . Insya Allah .

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki dan Wanita Siri Tahun 2021 Pendaftaran Atas Talian

Bagi mereka yang berminat nak sertai askar , korang dah boleh buat permohonan dan seterusnya mendaftar atas talian . Jangan lengah sangat dan buang jauh jauh sikap ‘tunggu kawan’ ye . Pernah berlaku bila mana nak daftar pun tunggu kawan yang kononnya sahabat sejati … alih alih kawan yang dapat , awak melopong .

Tambah zaman pandemik ni , sila lah ‘lepaskan diri’ sendiri dulu ya . Rezeki ni kadang kita tak tahu dan jangan terlalu memilih kerja .

Pernah jugak Sal berjumpa dengan seseorang yang menyatakan cukup tak berminat nak join askar .. tapi tu masa mula mula mohon . Bila dah diterima masuk , syukur alhamdulillah sebab dapat kerja as a government servant . Nak kata mewah tu tidak tapi banyak sangat manfaat

Cara Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki dan Wanita 2021

Cara nak mohon bagi kemasukan awal Perajurit Muda Tentera Darat adalah secara pendaftaran secara atas talian (online registration) melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD) di beberapa lama web iaitu :

1. Portal Rasmi Tentera Darat

2. Portal Jom Masuk Tentera – Perajurit Muda (Darat)

Bagi Cara Memohon , Syarat Asas , Syarat Fizikal dan Kelayakan Akademik  … korang boleh dirujuk di paparan utama Sistem Pengambilan Perajurit Muda TD (SPPMTD).

Diingatkan agar individu yang mohon digalakkan untuk guna Komputer atau Laptop bagi tujuan pendaftaran atas talian . Pemohon juga perlu memuat naik (upload) dokumen dan gambar dalam format pdf. dan png. / jpeg .

Pemohon juga perlu memastikan agar setiap dokumen atau gambar yang dimuat naik (upload) dlam keadaan terang dan jelas . Maklumat yang kurang jelas atau tidak tepat akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan secara automatil . So sila prihatin part dokumen ya .

BACA JUGA: Tips Mudah Untuk Dapat Kerja Lepasan Graduan

Jangan nanti bila permohonan ditolak .. masa tu sibuk nak mengadu kat ‘Saluran Aduan Awam’ . Walhal silap sendiri !!

Last but not least .. dikongsikan jugak tarikh tarikh PENTING sebagai rujukan . Jangan kata hakak tak payung ya .. jenuh dah story panjang lebar . Kalau tak faham gak hurmmm ..

Tarikh Pendaftaran Atas Talian pada : 10 Jun 2021.

Tarikh Tutup Permohonan pada : 30 Jun 2021.

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat I Pendaftaran Atas Talian
sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut

Permohonan selepas tarikh tutup tidak diterima .. harap maklum ya

My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Bagi Yang Sakit Mata
Kebizian Melanda
Terima Kasih Family #kelabbloggerbenashaari
Previous: AzymaCare Body Wash Yakin Bersih Sepanjang Pandemik
Next: Hipertensi ‘Silent Killer’ Paling Bahaya

Comments

  1. Yanie says

    June 10, 2021 at 3:18 pm

    Bagus Sal share benda ni sebab ramai je berminat nak join jadi tentera muda tapi kadang depa terlepas. Good sharing, moga lebih ramai budak muda berminat jadi perajurit negara.

    Reply
  2. Rawlins GLAM says

    June 10, 2021 at 4:41 pm

    Nie boleh share dengan my cousins nie – anak-anak diorang ada yang tengah mencari peluang juga tu. Ada sorang dua tu yang nampak sesuai jadi perajurit nie

    Reply
  3. Mahamahu says

    June 10, 2021 at 6:04 pm

    Good luck semua moga berjaya dan dapat menjadi tentera darat.. Kita dah tak layak umur dah lebih dan berat badan dah lebih hehehehe anak-anak muda jelah sekarang ni harapan bangsakan..

    Reply
  4. bae roslan says

    June 10, 2021 at 7:24 pm

    dulu-dulu teringin nak jadi tentera sebab arwah ayah askar, rugi kalau budak2 muda tak join perajurit ni

    Reply
  5. Sis Lin says

    June 11, 2021 at 11:14 am

    Ada peluang dan minat, boleh anak muda belia semua mencuba, anak Sis takde kearah ni haaa huhuhu.. memasing dunia IT dan saintis .. nanti nak share pada anak sedara..

    Reply
  6. khai artzfar says

    June 11, 2021 at 6:17 pm

    family khai pun mostly semua keje uniform . yang keje askar pun ada. dorang cakap keje ini seronok. dpt berbakti pada negara, segak pun segak!

    Reply
  7. Ayu Rafikah says

    June 12, 2021 at 10:05 pm

    Menarik ni.. nanti boleh war-warkan pada sesiapa yg berminat..last 30 Jun x lama dah

    Reply
  8. Kitkat Nelfei says

    June 14, 2021 at 9:02 am

    Wow! Ini masanya bagi mereka yang nak berkhidmat untuk Negera tercinta as perajurit kan! Sure ramai yang boleh dapat information penting from here..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM