Zaman sekarang ni terlalu banyak produk pencuci muka di pasaran . Sampai pening kepala nak pilih tapi jangan main belasah je pakai . At least kita kena tahu kandungan agar ianya bersesuaian dengan kulit muka . Bila salah pakai , ‘merana’ kulit muka dan untuk itu Sal nak share pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature yang dah pun Sal guna dalam 2 minggu . Meh nak story tentang pencuci muka Aloe Vera yang baik untuk semua jenis kulit – Hansaegee Nature .

Kenapa Pilih Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature

Sebelum ni Sal pernah guna pencuci muka yang mengandungi Aloevera tapi ada kelainan dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature .

Tekstur cleanser yang sangat soft dan moisturize membuatkan terus ‘jatuh hati’ bila Sal guna . Masa mencuci muka tak terasa langsung ada sabun di muka , bubble cleanser sangat soft dan watery . Bila dicuci , kulit muka rasa lembut , selesa dan bersih . Ni yang kita nak … kulit rasa bersih dari celaan dan kotoran . Paling best ianya sesuai untuk semua jenis kulit sama ada normal atau sensitive . Korang jangan risau !

Bila balik dari kerja , perkara pertama sekali yang akan Sal buat adalah cuci makeup di muka supaya semua kotoran tanggal . Masa cucian memang tak kan duduk berejam dalam toilet . Dengan Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature ni mudah sungguh nak guna .. just pump kat tangan yang basah dan tekan . Bubble akan keluar , lembut sesangat .

Untuk keberkesanan yang lagi jelas , korang tengok ni …

Kandungan utama Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature ni adalah Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Leaf Oil .  Gandingan yang terbaik untuk kulit muka . Rasanya korang memang sedia tahu yang Aloevera dan Tea Tree mempunyai banyak khasiat . Antaranya:

  • Mampu melembapkan kulit
  • Merawat jerawat
  • Mengurangkan kesan jerawat/spot mark pada kulit muka
  • Melembutkan kulit
  • Anti-fungus
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Kurang infeksi

Kebiasaannya , setiap hari Sal akan makeup untuk ke office . Setiap hari ok dan bukannya tebal sangat pun . Just lite je … akan tetapi , Sal akan make sure yang kesan makeup hilang 100% pada kulit muka . Haaaa .. part ni penting sebab penggunaan makeup yang tidak dicuci dengan bersih akan mengundang kepada kehadiran jerawat

Ade ke yang suka muka disinggahi jerawat ??? Semestinya tidakkan dan seriously bila guna Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature , Sal tak perlu dah buat double cleasing dan yes , sebelum ni memang Sal amalkan gitu . Sejak tak buat ni , masa tuk cuci muka lebih menjimatkan .. horrreeeyyyy !!!

Cara Guna Pencuci Muka Aloe Vera Yang Baik Untuk Semua Jenis Kulit – Hansaegee Nature

Kadang kan ,  waktu cuci muka tu Sal terleka gak sebab  terlalu syok dok tengok buih buih halus meresap masuk ke dalam pori muka . Terasa bersih sangat muka lepas cuci ,tambah dengan baunya yang harum . Segar dan terasa betul kelembapan . Takde langsung rasa kulit cekang atau kering . Pernah jugak ‘terpakai’ pencuci muka yang lepas je pakai rasa ‘ketat’ terus kulit muka .

BACA JUGA: Petua Hilangkan Parut atau Tompok Hitam di Wajah

Memang lepas tu Sal terus buang pencuci yang bersifat gitu . Better guna pencuci yang mampu buang segala kotoran di muka dan tiada kesan sampingan . Cara guna pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature mudah sangat sebab didatangkan khas dalam bentuk pump . So time nak guna tu korang pump je .. mudah jugak nak bawak travel .

  • Pastikan tangan korang bersih
  • Basahkan muka dan tangan terlebih dahulu
  • Pump dalam anggaran 2x atau ikut kesesuaian pada tangan yang basah tadi
  • Urut di muka perlahan lahan , dengan gerakan membulat (putar)
  • Cuba tenung yang buih akan terhasil dengan banyak bila kulit muka basah (kalau kering tak keluar kotoran)

So , lepas ni jangan kata takde pencuci muka yang susah nak tanggalkan kotoran atau makeup ya sebab Sal sendiri dah guna dan ternyata nampak keberkesanannya . Yang penting korang kena rajin dan ikut arahan penggunaan atau aturan pakai Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature dengan betul .

Nak muka cantik , sila follow tips ya Sal bagi .. hehhe ..

Mana nak dapat pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Hansaegee Nature ni . Korang jangan lupa singgah:

Website: HANSAEGEE

IG page: HANSAEGEENATURE

FB page: HansaegeeNature

Youtube page: HansaegeeNatureMalaysia