Balik dari keja kebiasaannya Sal memang akan berkejar masuk dapur . Seharian dah ada di office so balik je mesti nak uruskan hal ehwal rumah tangga pulak . Setinggi mana pun kelulusan seorang wanita , dapur tetap destinasi yang wajib dikunjungi setiap hari ! Tapi aura kat rumah lain sebab ada Mr Husband dan family .. hehehe . Cuma ada satu perkara yang Sal tak akan lupa bila sampai rumah dan dah jadi kebiasaan pun . Haaa … ni nak citer tentang pencuci muka/cleanser SUCHI – Membersihkan Melembap Menghidrat kulit wajah .

Sejauh Mana Pencuci Muka/Cleanser Suchi Membersihkan Melembap Menghidrat Kulit Muka

Sampai je rumah , selalunya perkara pertama yang Sal buat adalah cuci muka sebab nak berwudhu’ . Memang dah jadi rutin setiap hari .. Sal akan buang segala makeup yang dok tepek kat muka . Jadikan amalan cuci muka tanpa culas kalau nak muka bersih tanpa cela . Lagi satu pemilihan pencuci muka atau cleanser tu biar yang bersesuaian dengan kulit muka .

Untuk pengetahuan korang , Sal memang sejenis suka pakai cleanser yang kurang buih . Pada Sal kalau yang berbuih tu mesti ‘pakej’ sekali dengan bau wangi . Tak suka sangat pencuci muka yang wangi sebab penah guna yang ada bau .. muka terus naik jerawat sikit .

Gambar sebelum pakai pencuci muka SUCHI – Pencuci Muka/Cleanser Suchi Membersihkan Melembap Menghidrat

Pencuci Muka/Cleanser Suchi Tanpa Wangian dan Sah Ketika Ihram

So baru ni ada ter’cuba pencuci muka SUCHI yang diperkaya dengan ekstrak Aqua Cacteen, Tea Tree dan Aloe Vera. Bila dah pakai dalam seminggu  serious nampak kesan yang positif . Tu Sal berani recommend korang untuk cuba sebab berdasarkan pengalaman sendiri

Makin ter’jatuh cinta lak dengan SUCHI sebab:

  • Membersihkan , melembap dan menghidratkan kulit
  • Tanpa pewangi dan alkohol. Sesuai untuk orang yang alergik pada kandungan yang mempunyai bahan wangian.
  • Yang alah pada kandungan Tea Tree, Aloe Vera dan Aqua Cacteen tidak digalakkan pakai.
  • Sesuai untuk mereka yang menunaikan Haji &Umrah sebab sah digunakan ketika Ihram. Pencuci muka SUCHI telah terjual sebanyak 3,000 lebih untuk kegunaan Jemaah Umrah dan Haji Malaysia, Singapura dan Brunei.
  • Tanpa wangian. Cuaca sanakan kering walaupun pada musim sejuk. Apatah lagi pada musim panas

Info tentang SUCHI yang korang kena tahu ..

  • Kandungan Aqua Cacteen(opuntia ficus indica) mampu mengekalkan kelembapan kulit kerana ia merupakan cecair yang ada dalam pokok kaktus dan bertindak sebagai agen untuk melembapkan kulit.
  • Mempunyai 150% lebih banyak Vitamin E berbanding Argan Oil
  • Boleh digunakan pelbagai peringkat umur 
  • Aqua cacteen ni benda rare. Rata rata produk skincare di Malaysia tak guna lagi. Nama science dia Opuntia Ficus Indica.

BACA JUGA: Penting Pakai Mask Muka

Sal kongsikan video cara guna facial cleanser SUCHI . Cara nak pakai SUCHI Cleanser ni mudah je . Korang follow steps dalam video ya . Letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan . Sapu dan urut pada muka . Kemudian , bilas sehingga bersih .

Paling best , produk SUCHI ni ada banyak rangkaian juga seperti bedak talkum, shampoo, lotion, pelembap bibir dan banyak lagi.Yang bakal mengerjakan Umrah buat masa terdekat amat disarankan beli dan pakai ketika di Tanah Suci demi penjagaan kulit muka dan badan . Yang keja dok dalam aircond pun boleh cuba SUCHI Cleanser ni . Harga pun ok sangat ,mampu milik hanya RM18 untuk 100ml untuk pencuci muka SUCHI .

Gambar lepas guna SUCHI

Cuaca yang berhabuk dan berdebu boleh menyebabkan pelbagai masalah wajah . Kita kena cuci muka dengan kerap agar wajah sentiasa bersih dari habuk dan udara . Pencuci Muka SUCHI amat bagus dalam menghilangkan habuk dan debu. Sebab tu bila konsisten pakai , muka Sal akan lebih lembap dan lembut . Pencuci Muka SUCHI juga dapat mengurangkan minyak yang berlebihan di wajah .

Balik keja memang bekejar nak masuk dapur .. kemas rumah tapi sebelum tu kena la cuci muka yang dok tepek makeup…

Posted by Salina Johari on Isnin, 9 Disember 2019

Untuk maklumat lanjut , korang layari:


Website: suchiofficial
Facebook: https://www.facebook.com/suchiofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/suchiofficial/

Jangan lupa cuba ya !