Pencuci Muka Terbaik Berkesan – Saja pilih tajuk ni sebab memang dah lama Sal nak share tentang pencuci muka yang terbaik dan diyakini berkesan . Sebelum tu Sal nak tanya .. korang guna pencuci muka jenama apa ya ? Ramai jugak yang tanya Sal guna pencuci muka apa … meh nak share ..

Dari dulu lagi Sal selalu bertukar produk pencuci muka . Sentiasa mencari kesesuaian , suatu ketika dulu muka Sal penuh dengan jerawat . Ni serious tau sampai kengkawan ‘ejek’ sebab jerawat batu tau la kan , teruk nau ! Tapi Sal tak putus asa .. dari segala krim sampai ke petua semua cuba . Dulu banyak petua try sebab zaman student kan mana nak berduit sangat .



Bila dah bekerja , kita cari yang berbaloi dan setanding dengan harga . Bak kata orang ‘alah membeli menang memakai’ . Jangan tersalah pilih ya dan korang kena tahu sedikit sebanyak tentang ciri pencuci muka yang mampu membersihkan kulit wajah lebih mendalam .

Salah satu pilihan pencuci muka Sal adalah tidak berbuih sebab sabun yang berbuih akan menyebabkan kulit muka kering . Korang perasan tak ? Tipula seandainya Sal tak pernah guna pencuci muka yang banyak buih . Dan ia sangat mengeringkan kulit .. hilang kelembapan wehhh . Jenuh jugak la nak recover balik .

Cetaphil Pencuci Muka Terbaik Dan Berkesan

Pencuci Muka Terbaik Dan Berkesan
Pencuci Muka Terbaik Dan Berkesan

Ni Sal nak pesan gak .. jangan suka tiru apa yang kawan pakai ya . Kulit muka kita tak sama dan jangan kesal bila berlaku sesuatu pada muka korang . Nak nyesal pun tak guna lebih baik cegah sebelum padah !

Dekat luar tu banyak pilihan produk penjagaan . Tak susah nak jaga muka ni sekiranya korang buat pilihan yang tepat . Pembersih muka pilihan Sal sekarang adalah Cetaphil . Sure korang pernah dengar kan ataupun silap silap dah try . Pada yang belum , boleh try beli botol kecil dulu . Insya Allah mampu membersihkan kulit muka korang tapi janganla harap muka clear on the spot ya .. makan masa jugak cuma kena consistent . Haaa gitteeww !

BACA JUGA: Potong Rambut Ikut Jenis Muka

Cetaphil ni bebas dari wangian , lanolin dan sabun . Masa cuci muka tak berbuih langsung dan muka akan rasa bersih dan lembut lepas guna . Tak menyumbatkan langsung liang roma pada muka yang boleh menyebabkan kejadian jerawat .. huhuhu . Sape suka jerawat kan !

Pencuci wajah Cetaphil tak memedihkan mata dan mempunyai pH yang seimbang . Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif . Part yang best , Cetaphil amat disarankan oleh pakar dermatologi . Nah , korang nak kata ape lagi ? Sal sendiri mengenali Cetaphil melalui kajian produk yang dijalankan melalui Home Tester Club . 99% wanita yang menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersetuju produk ni mampu membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit .

Kenali Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi anda. Formulanya yang bebas sabun dan wangian telah merangkul pelbagai anugerah dari kalangan industri kecantikan dan pakar penjagaan kesihatan. Formulasinya berkesan untuk semua jenis kulit , termasuk bayi dan mereka yang berkulit sensitif agar kulit sihat dan cantik.

  • 99% wanita bersetuju Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit
  • Jenama penjagaan dermatologi no. 1 di Malaysia
  • Bebas sabun dan wangian
  • Sesuai untuk wajah dan badan
  • Berkesan tanpa menyebabkan rengsaan kulit
  • Formulasi seimbang-pH
  • Boleh digunakan dengan air atau tanpa air
Pencuci Muka Terbaik Dan Berkesan
Pencuci Muka Terbaik Dan Berkesan

Nak travel pun mudah je bawak Cetaphil ni sebab ada pelbagai size . So kepala pun tak pening dah sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni pun 2 in 1 – boleh guna untuk muka dan badan .

Jimat sungguh la … berbaloi sangat !!

Info lanjut tentang Cetaphil:

www.cetaphil.com.my

Instagram: @cetaphilmy

Facebook: CetaphilMalaysia