Penjagaan Luka Episiotomi dan Kekoyakan (Tear)

In Beauty, Kesihatan

Penjagaan Luka Episiotomi dan Kekoyakan (Tear) – Dalam tempoh minggu pertama dan kedua pantang , seeloknya berpantang  la dengan betul . Tempoh berpantang jangan dipandang remeh sekalipun dah pernah bersalin sebelum ni . Pada Sal , lagi kerap bersalin .. penjagaan tu makin perlu dititikkberatkan .

Harini Sal nak share tentang penjagaan luka episiotomi dan kekoyakan atau kita panggil tear . Jangan ambil mudah ya especially dalam berpantang . Bak kata orang tu lebih baik mencegah dari merawat . Sal memang jaga betul walaupun tear tak banyak .

Penjagaan Luka Episiotomi dan Kekoyakan (Tear) Sangat Penting

Langkah Yang Perlu Diambil Oleh Setiap Ibu Dalam Penjagaan Luka Episiotomi dan Kekoyakan (Tear) :

  • Tukar pad setiap kali bila penuh atau setiap 2 jam sekali
  • Bersihkan perineum dengan air paip biasa selepas setiap kali buang air kecil atau besar supaya dapat mengelakkan infeksi
  • Cuci perineum dengan cara dari depan ke belakang supaya dapat mengelakkan najis atau organisma dari dubur pergi ke luka episiotomy
  • Lap kering kawasan perineum setiap kali selepas mencucinya dengan kain atau tisu bersih
  • Sapukan ubatan antiseptik iaitu losyen flavin yang telah dibekalkan dari hospital
  • Jangan menyapu sebarang minyak atau ubatan traditional di luka episiotomy atau kekoyakan kerana boleh mencemarkan luka dan menyebabkan infeksi
  • Pakai seluar dalam yang bersih dan kering serta dari jenis kapas supaya dapat menyerap peluh
  • Jangan jalan terlalu cepat , angkat benda berat atau mencangkung untuk mengelakkan luka terbuka dan penyembuhan tidak sempurna
  • Elak sembelit kerana sembelit juga menyumbang luka terbuka . Jika sembelitminta ubat daripada doktor dengan segera
  • Ambil makanan yang tinggi protin , vitamin C dan fiber seperti ikan , ayam , daging , sayur sayuran dan buah buahan untuk elak sembelit
  • Minum air putih secukupnya
  • Gunakan cermin untuk memeriksa luka atau minta bantuan suami . Kenali tanda tanda jangkitan iaitu merah , bengkak , bernanah dan gatal . Jika rasa demam dan ada tanda tanda tersebut segeralah pergi ke klinik/hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan
BACA JUGA: Barut Gantung Baby Masih Relevan Untuk Dipakai ??
Penjagaan Luka Episiotomi dan Kekoyakan (Tear)
Penjagaan Luka Episiotomi dan Kekoyakan (Tear)

Untuk korang yang baru ada pengalaman bersalin anak pertama dan bersalin normal tu .. boleh jadikan sebagai panduan ya apa yang Sal share ni .

Bak kata orang tua tua … berpantang ni bukan satu proses yang singkat dan seandainya kalau korang langgar pun bukannya kesan terus nampak 100% . Makan masa dan satu je Sal pesan .. badan kita ni nak pakai lama so jagalah sebaik mungkin ya !

You may also read!

Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak

Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak

Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru

Read More...
OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum

OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum

Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas

Read More...
Salam Hari Lahir Anak Sulung Ibu I 11 Tahun

Salam Hari Lahir Anak Sulung Ibu I 11 Tahun

Dalam ibu tak sedar , masa kian berlalu . Anak anak ibu makin membesar dan ragam pun semakin mencabar

Read More...

2 commentsOn Penjagaan Luka Episiotomi dan Kekoyakan (Tear)

  • kalau berpantang, bab luka epi ni lah saya paling risau. Sebab masa anak first dulu, aduss sakitnya bahagian jahitan epi ni sampai 2 minggu duk menahan sakit, bila pergi jumpa gynea, doktor kata OK jer semua. huhu. Thanks Kak sal share info ni

  • Saya ikut semua cara tu. Alhamdulillah so far luka sembuh dengan baik untuk kelahiran kedua-dua anak

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu