Penjagaan Mata Elak Rabun – Harini Sal nak share tentang penjagaan mata untuk elak rabun . dah rabun baru nak jaga kan .. hehehe . Korang jaga la mata tu elok elok . Susah bila dah rabun sebab bergantung pada spek . Rasa tak puas nak tengok sesuatu bila dah rabun .
Betapa Pentingnya Penjagaan Mata Untuk Elak Rabun
Ada yang tak pentingkan kesihatan mata pun . Tapi sebenarnya ia perlu dititikberatkan dari awal . Sal sendiri selalu jugak pesan pada anak anak .. jangan tengok tv terlalu dekat . Jarakkan sikit bila baca buku dan jangan terlau rapat bahan bacaan dengan mata .
Belum rabun kita tak kisah sangat kan ? Tapi bila dah rabun .. time tu baru nak jaga . Dah terlambat tapi dari tak jaga langsung better korang amik berat .
Antara tips yang Sal dapat melalui pembacaan :
- Jika berkerja mengadap laptop/desktop , korang ke rehatkan mata setiap 20 minit .
- Pandang sejauh mungkin selama 20 saat untuk membolehkan mata berehat dari keletihan fokus masa mengadap laptop atau membaca buku .
- Pastikan jarak yang selesa dari bahan yang dibaca atau dilihat .
- Bila kita fokus , mata kita akan berkelip lebih supaya tercetusnya air mata demi memastikan mata sentiasa lembap . Lebih banyak kita fokus , mata akan jadi semakin kering .
- Makan carrot untuk bantu mata dan penglihatan kita . Lebihkan makan sayuran dan buah buahan .
Jumpa doktor mata untuk pemeriksaan dengan lebih kerap supaya dapat menghindari masalah rabun .
BACA JUGA: Eye Pro Vision Kedai Spek Viral
Harap dapat membantu korang ya untuk penjagaan mata . Sal pun dah mula titikberatkan . Ada kelebihan duit , boleh la amik supplement untuk kesihatan mata .
Semoga bermanfaat ya !!
tips yg bagus,sue ni suka sgt main phone dlm gelap sebelum tido huhuuu dah byk kali kena tegur tapi degil,tu je masa yg ada huhuu
Bagusnya perkongsian ni! Tapi masalahnya kita dah rabun pun. 😂 sekarang ni kita jaga supaya tak teruk lagi rabun tu jelah. Iyalah, mata antara pancaindera yang sangatlah penting dan memang seharusnya kena dijaga dengan sebaik mungkin!
terima kasih tipsnya.. memang bagus elak jadi rabun daripada sudah rabun baru menyesal..
Kena sentiasa pergi jumpa doktor kalau ada masalah. hehe
terima kasih atas tips. kalau lah 12 tahun yang lalu saya terbaca tips ni, mungkin saya tak rabun sekarang ni. haha. Tapi takdalah powernya kuat sangat. biasa2 sahaja. teringin juga nak buat lasik, tapi macam mahal pulak. so pakai je lah dulu cermin mata ni.
Tips yang berguna kepada kita yang memang kerja 24 jam mengadap laptop ni hehehe kat office balik rumah pun mengadap laptop lagi menulis wakakaka.. Kita akan amalkan tips berguna ini thank you…
Mata saya pun dah kabur-kabur sekarang. Lambat fokus bila tgk jauh. Kerja memang dah seharianmengadap PC/desktop. balik umah sambung lagi dgn lappy. Parahhhh. Kena amik jalan jaga mata ni dahla mata jenis sensitip.
Ya kak, mata ni kena jaga. Yang bahaya kerja depan laptop ni..emmng akan dpat penyakit mata la..nad pun baru tau rupanya ada silau tinggi..pergi kedai cermin mata eye provision cek..bgus kedai tu
Bagus tau tips ni. Maklum la bila dah makin berumur biasanya baru nampak segala kesan kalo tak jaga mata dari awal
Thank you share tips ni. Keje kat opis memang 24 jam mengadap pc. Kne ikut tips ina ni untuk penjagaan mata
Ye betul. Rawlins akan sentiasa lelapkan mata setiap 20-30 minit selepas menatap skrin. Pastu kengkawat kat opis kata ‘Ha. Boss, ada orang tido!’ pastu semua pakat gelak. Haha
Thanks share ilmu bermanfaat. Nur tiap kali masak memang wajib letak carrot dekat sayur. Selain maklum khasiat dia bagus untuk mata, nur suka letak carrot sebab dia naikkan warna cantik dekat sayur tu. Haha
Thanks for sharing! Eyes are indeed important to take care of. A lot of people did not know the knowledge & habits of taking care of their eyes. I hope more people will read your blog and learn more about the ways of taking care of their eyes.
Mmg penting penjagaan mata. Sekarang sy pun ada mslh dengan mata. Kena amik me time utk kita rehatkan mata seketika
Hehe ingtkn carrot tu mitos je. Tak snagka memang betul betul untuk mata hahah nice sharing kak sal! Betul lah tu bila mata dah rabun gini baru nk nyesal… Masa mata elok tak beringat haha
thanks tips ni ya. sekarang dah umur 40 ni kena jaga elok2 anugerah Allah yang ni
Bagus tips ni. Qiss pun kena jaga mata juga sebab selalu sangat pandang skrin. Terima kasih saling mengingatkan.
terima kasih atas perkongsian tipsnya kak. mata saya ni makin lama makin tak ok juga rabunnya. hope boleh elokla nanti.
AM mmg rabun.. Lately kena tukar cermin mata sbb lama menghadap laptop sampai kena tambah silau.. Sbb utama adalah buka laptop dlm gelap.. Huhuhu..