Percutian Itu Perlu Kukuh Ikatan Kekeluargaan – Esok lusa long weekend so ape plan korang ?? jalan jalan ?? balik kampung ?? pada yang buat perjalanan jauh sila servis keta betul betul pastikan condition keta berada dalam keadaaan yang terbaik . Masa drive nanti pastikan diri rest secukupnya sebelum memulakan perjalanan bak kata pepatah ‘biar lambat asalkan selamat’

Maksud Percutian Itu Perlu Kukuh Ikatan Kekeluargaan ..

Sal pun ada gak plan nak bawak anak anak dekat dekat je . Bila ada peluang cuti panjang masa ni la nak pulun !! asyik keje je , stress gak kan . Sesekali nak gak beralih angin . Pada Sal pulak antara cara nak kukuhkan ikatan kekeluargaan , kita kena pupuk melalui percutian .
Alaaaa .. bukan selalu pun . Bila buat aktiviti bersama keluarga akan lebih akrab dan Sal suka ingatkan anak anak tentang teamwork . Walaupun anak anak masih kecil , ia perlu dipupuk sebab bila dah besar nanti agak payah nak dilentur . Sebab tu ada pepatah orang tua kan . Kata kata orang tua tua ni semua ada makna . Kita sebagai orang muda kena beringat dan ambil iktibar .
Percutian Itu Perlu Kukuh Ikatan Kekeluargaan
anak-anak memang suka berjalan – Percutian Itu Perlu Kukuh Ikatan Kekeluargaan
Alhamdulillah , part percutian Mr Hubby no problems melainkan ada hal yang penting dan tak dapat elakkan . Ape pun jangan lupa perancangan ya , sangat penting jugak sebab adakalanya perancangan saat akhir kebarangkalian tak menjadi tu agak besar tapi ada jugak kengkawan Sal yang buat perancangan saat akhir sukses . Terpulang masing masing .
Yang Sal amat concern adalah bajet . Jadinya , Sal akan mula menabung saban bulan supaya adela ongkos sikit nak berjalan kan . Baru best  , atleast persediaan kita dah buat dan kita tak ganggu perbelanjaan yang sedia ada .
Pemilihan tempat pun sama juga .. jangan ikut kawan dan follow la ikut kemampuan sendiri . Kadang tu Sal tengok selalu terikut dan ‘over’ , konon nak sama standard dengan kawan kawan . Jangan gitu sebab kelak diri sendiri yang tersepit dan paling haru melibatkan keluarga …

BACA JUGA: 10 Lokasi Menarik di Kuala Lumpur

Selamat Bercuti ya !!