Pergimu Takkan Kembali

In My Story
Sayang anak ibu…ibu halalkan setiap titisan susu yang pernah ibu berikan..
tak pernah ibu menjangkakan ini pengakhiran pertemuan kita…
ibarat selembar kain putih…
suci dan bersih anak ibu pergi..DIA lebih menyayangimu…
Cuma ibu terkilan rasa sebab abang Khalish & Khaleef belum puas mengenalimu..
tak sempat untuk kalian bergurau senda..meskipun pernah berjumpa untuk seketika..
pernah jua ibu merancang untuk kita sekeluarga cuti bersama..
namun…kita hanya mampu merancang…
DIA yang menentukan..hanya DIA yang Maha Berkuasa..
Sesungguhnya kamu antara insan yang terpilih…
Tiada lagi pertanyaan yang sering ibu lontarkan pada abah kamu setiap kali di pejabat…
Tiada lagi perkembangan kamu setiap hari yang akan ibu dengar dari mulut abah kamu..
dan..
tiada lagi susu yang mampu ibu bekalkan pada kamu…
Ya…setiap hari kami akan sebut nama kamu….
hanya untuk sebelum ini…
selepas ini..dan hari yang mendatang…tiada lagi sebutan dimulut ibu nama kamu..
biarlah terpahat di hati ibu..
Tenanglah kamu di SANA..
Disisi DIA Yang Maha Agung..
Ahli SYURGA seperti yang dijanjikan..
Ibu Sayang Muhammad Ammar…
anak susuanku..
(10 Oktober 2012 – 21 Februari 2013)
Al-Fatehah..
– Kupanjatkan kesyukuran padaNYA kerana diberi peluang mengenali insan 
yang tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan yang diturunkan olehNYA –

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu